Thursday, 11 August 2011

Wanita Jilbab Pakai Buang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Aku ingin menyentuh tentang wajibnya bagi wanita wanita Islam memakai Jilbab. Di zaman ini sudah ramai wanita wanita Islam menutup kepala mereka, ini satu petanda baik bagi umat Islam.

Yang menjadi tanda tanya aku, apakah mereka benar benar faham hukum memakai tutup kepala itu, atau mereka cuma ikut ikutan sahaja. Kerana sekarang ini aku lihat memakai tutup kepala hanya sebagai fesyen.
           Aku tidak menuduh ini adalah kenyataan. Bagi aku wanita golongan ini  layak di beri gelaran Wanita Jilbab pakai buang atau Wanita Jilbab Mee Segra. Bukti yang nyata adalah semasa pergi kemajlis kematian, majlis perkawinan, atau pergi ke makamah syaiah. Sudah pasti gaya mereka memakai tutup kepala ini pun berlainan dengan Wanita wanita yang benar benar tahu hukum menutup aurat. Apabila majlis selesai belum sampai rumah lagi tutup kepala itu sudah tersadai di tepi bahu, ada juga yang sempat sampai rumah, tutup kepala itu pasti menangis meraung raung kerana di limpar di bawah kerusi.

            Aku tidak menyalahkan mereka 100%. Sudah pasti suami sebagi pemimpin rumah tangga wajib memberi tahu kepada isteri dan anak anak prempuannya yang sudah baligh bahwa memakai tutup kepala itu wajib, kerana suamilah yang akan di pertanggung jawab di akhirat kelak.

            Di dalam Al Quran, surah An Nur Ayat 30 dan 31 Allah swt telah menegaskan (berfirman)

            "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang orang lelaki yang beriman, janganlah mereka memandang kepada yang di larang dan hendaklah mereka menjaga (memelihara) kehormatan mereka (jangan berzina)......dan katakanlah (juga) kepada wanita beriman, agar jangan mereka memandang kepada yang di larang dan hendaklah menjaga kehormatan (maruah) dan jangan lah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung kepala (jilbab) mereka hingga menutup dada. Janganlah mereka menedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak anak mereka,  anak anak suami (tiri) mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki kepada saudara lelaki mereka, dan saudara perempuan mereka (anak saudara) perempuan perempuan Islam, hamba lelaki mereka, khadam lelaki mereka, yang teleh tidak mempunyai keinginan kepada prempuan (kerana telah tua) dan kanak kanak yang belum ada keinginan kepada perempuan. Dan janganlah mereka berjalan menghentak menghentakkan kaki untuk memperdengarkan perhiasan (gelang) kaki mereka. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang orang beriman mudah mudahan kamu mendapat kemenangan."

            Surah Al Ahzab ayat 59 :

            "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri isteri mu dan anak anak perempuan mu serta prempuan prempuan orang orang yang beriman, hendaklah mereka menutup kepala dan badan mereka dengan kain tudung (jilbab) mereka, yang demikian itu mereka akan mudah di kenali (sebagai wanita baik) dan agar mereka tidak di ganggu (oleh lelaki yang biadab dan tidak bermoral)."

             Dengan jelas firman Allah di atas menyentuh tentang peraturan dan undang undang pergaulan di antara lelaki dan prempuan bukan mahram serta batas batas aurat wanita.

            Sebenarnya yang menjadi masaalah sekarang adalah isteri Pak Imam, isteri Pak Ustaz pun sama saja, ada yang tak pakai tutup kepala, bagi aku mereka patut menjadi contoh pada masyarakat, aku menyatakan ini semua adalah ingin mengingati diri ku dan keluarga ku adakah kita tunggu sampai rambut beruban atau dah gayut baru nak tutup kepala, ingatlah ajal tak tunggu itu semua.         

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog