Monday, 15 August 2011

Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah 10 malam terakhir bulan Ramadan. Pada 10 malam terakhir inilah umat umat Islam yang benar benar mengharap ganjaran dan pahala daripada Allah akan beribadah semaksima mungkin. Ianya tepulang kepada keikhlasan induvidu tersebut.

"Ya Allah, Ya Rabb, hamba mohon kepadaMu andainya apa yang hambaMu nukilkan disini, tidak dapat hamba tunaikan, dan jika ianya menjadi hisab dihari perhitungan, janganlah hambaMu ini ditempatkan bersama sama orang yang munafik, maka ampuni dosa dosa hambaMu ini. Amin Ya Rabilalamin.
            Allah swt telah menjanjikan bagi sesiapa yang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan ianya bersamaan dengan 1000 bulan. Salah satu daripadanya adalah diampuni segala dosa yang lalu. Aku tidak berani berkata, ramai orang tidak sanggup merebut tawaran Allah swt pada malam yang penuh dengan keberkahan ini, kemungkinan ada faktor faktor lain yang membuat mereka leka, hingga peluang keemasan ini mereka lupa. Siapalah aku untuk menilai ibadah orang lain, sedangkan aku sendiri masih terkial kial untuk menuju kearah itu. Namun pun demikian sudah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam memberi tahu tentang keistemewa 10 malam terakhir ini, semuga segala usaha yang sekecil ini dapat memberi kesedaran kepada kita.

            "Aisah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW, apabila maksuknya sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam, mengemaskan kainnya dan mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama isteri). Hadis Imam Bukhari  dan Muslim.

            Rasulullah SAW melipatgandakan  amalannya pada 10 malam terakhir, walaupun Baginda adalah hamba Allah yang tidak berdosa. Ini membuktikan kepada kita bahawa mengejar kerahmatan sepuluh malam terakhir itu menjadi keutamaan Rasulullah SAW.

            Firman Allah SWT maksuhnya:
            Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (Al-Qadar: 1-3)

            Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
            "Barang siapa yang melaksanakan Qiyamullail pada malam Ramadan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa dosanya yang telah lampau."

            Adalah kita digalak memperbanyakkan amalan amalan seperti solat sunat tahjud, sunat hajat, sunat taubat, tadarus Al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT, semuga apa yang kita amalkan mendapat ganjaran dan pahala. Tiada lain impian kita iaitu mendapat balasan syurga daripada Allah SWT. Waallahualam...
           

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog