Friday, 12 August 2011

Balik Kampung

Alahamdulillah, hari ini sudah 12 hari kita berpuasa, hanya tinggal 18 hari lagi, kita akan meraikan kejayaan kita, Insya Allah. Sekarang ini tentu  ramai yang merancang hendak bercuti.

Bila aku kata bercuti, ertinya kita tidak berkerja. 
                                   Bercuti pada hari perayaan pula memberi erti yang berlainan, ia pasti ada hubung kait dengan balik kampung. Bercuti bererti balik kampung. Benarkah demikian? Mungkin ada benarnya dan mungkin tidak.

                                   Aku sendiri pernah bercuti pada Hari Raya Aidil Fitri tapi tidak balik kampung. Bukan aku tidak mahu balik , bajet aku yang tak mahu cukup, akibatnya aku duduk seorang diri didalam bilik. 

                                   Masih jelas dalam ingatan ku,pagi itu akulah lelaki yang paling segak, awal awal lagi aku sudah berada dimasjid. Selesai solat sunat masjidil, aku turut serta dengan orang ramai melaungkan takbir raya, mula mula aku rasa gembira, kerana aku dapat menunai ibadah puasa penuh satu bulan, tapi rasa itu berubah menjadi sedih, pilu, dan macam macam lagi, waktu itu aku tidak sedari air mata ku mengalir lebih deras dari air terjun. Aku teringat kedua orang tua ku, dapat ku bayang wajah wajah pilu mereka menanti kepulangan ku.

                                   Kepulangan kita sudah pasti dinanti nantikan oleh kedua orang tua kita,
kalau kita tidak dapat balik, awal awal lagi beri tahu mereka, jangan sampai mereka berburuk sangka kepada kita. Silap silap kita boleh diketegori anak derhaka. Nauzubilahminzalik. Pulanglah selagi ada kesempatan, jangan tunggu sampai saat itu tiba. Cuba kita renongkan firman Allah dibawah ini:

                                   "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapakmu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua duanya perkataan husy (hah) dan jangan kamu membentak mereka dan uchapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapakanlah, "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka telah mendidik aku wakti kecil."
(Al-Isra: 23-24)

                                   Ada anak anak tidak mahu balik bukanlah sebab mereka tidak ingat atau lupa budi kedua orang tua mereka. Sebagai orang tua kita mesti mengerti kedudukan anak anak, adakan ekonomi mereka sudah stabil, jangan mengharap sangat balasan daripada anak anak, kadang kadang orang tua telalu mementing material, kalau anaknya balik tidak memberi wang ringgit yang mereka harapkan , mulalah mereka menarik muka, perbuatan begini akan menakutkan anak anak untuk balik, jadi siapa yang harus disalahkan. Sebagai orang tua kita yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada anak, agar anak itu kelak apa bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak tidak mengikut jejak kita. Jikalau perangai ini tidak kita ubah, maka lahirlah genarasi materialisma.

                                   Sebagi seorang anak janganlah oleh kerana sebab itu kita coba membina bentang antara kita dan orang tua kita. Kalau kita sudah berbakti kepada kedua orang tua kita, tapi masih juga orang tua kita merajuk dan merengek, jangan lah kita cepat melatah, kita simpan saja kekesalan kita didalam hati asal jangan diluah kan , kerana Allah maha mengetahui, Coba kita renungkan firman Allah dibawah ini:


                                 "Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang orang yang baik (shaalihiin), maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang orang yang bertaubat.

                                   Sebenarnya kita tidak akan mampu membalas jasa kedua orang tua kita, lebih lagi jasa seorang ibu. Maka dari itu kita wajib bersabar diatas kerenah kerenah mereka. Seperti apa yang Rasulullah sabdakan:

                                  "Ya Rasulullah! Siapakah gerangan orang yang saya harus membaktikan diri kepadanya? Nabi menjawab: Ibumu. Aku bertanya lagi setelah itu: Siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Aku bertanya setelah itu: Sesudah itu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi: Setelah itu siapa? Menjawablah Nabi s.a.w. : Ayahmu dan setelah ayahmu lalu kerabatmu yang terdekat."
(Riwayat Abu Dawud-Sunan Abu Dawud 4 : 456) 

                                   Begitulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan disini, sebenarnya coretan ini adalah untuk mengingati diri ku serta keluargaku agar dapat bersabar menghadapi setiap dugaan daripada Allah menerusi orang tua kita, agar nanti apabila kita sudah mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai anak, kita sudah bersedia untuk menghadapinya.

                                   Buat teman teman yang akan balik kampung, berhati hati dalam perjalanan, hanya kepada Allah kita berserah . Allah sebaik baik pelindung.                                                                    

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog