Tiap kali Syawal menjelma pasti ramai umat umat Islam akan menziarahi tapak perkuburan. Kita akan melihat disegenap pelusuk tapak perkuburan akan dibanjiri oleh umat umat Islam. Ianya kelihatan seperti sebuah pesta.
Menzairahi tapak perkuburan menjelang Syawal telah menjadi kebiasaan bagi umat umat Islam dinegara kita, namun ianya tidak menyalahi hukum syarak. Bagi aku menzairahi tapak perkuburan dapat membuat kita insaf, dan mengingati diri kita bahawa kita pasti akan kesana jua.
Sudah pasti yang hadir akan menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah dan Yaasin kepada penghuni kubur. Ingin aku coretkan disini firman Allah dan sabda Nabi Muhammad SAW agar dapat menjadi renungan dan panduan kita :
Rasulullah SAW bersabda :
"Apa bila roh itu telah keluar dari jasad anak Adam selang tiga hari, maka berkatalah roh tersebut : "Wahai Tuhanku izinkanlah aku untuk berjalan dan melihat yang telah aku tepati. Allah SWT mengizinkannya, dan datanglah dia kekubur dengan melihatnya dari jarak yang dekat.
Ternyata telah mengalir darah dari kedua lubang hidung dan mulut jasad tersebut, maka menangislah roh tersebut berpanjangan seraya berkata : "Aku sungguh kasihan jasadku, kekasihku. Tidakkah kamu ingat waktu hidupmu bahawa ini adalah tempat yang keras, tempat bencana, tempat kesusahan, tempat kesedihan dan tempat penyesalan. Lalu kembalilah roh tersebut.
Setelah selang lima hari roh trsebut memohon kepada Allah SWT : "Wahai Tuhanku, izinkanlah aku untuk menjenguk jasadku. "Maka Allah SWT mengizinkannya. Datanglah dia ke kubur dan melihat jasadnya dari jarak yang dekat. Ternyata telah mengalir darah dari kedua lubang hidungnya, mulut dan kedua telinga jasad itu. Darah itu bercampur nanah yang sangat kental.
Lalu menangislah roh tersebut, seraya berkata : "Aduh sangat kasihan wahai jasadku. Tidakkah kau ingat dikala hidupmu, bahawa ini adalah tempat kesedihan, kesusahan dan cubaan serta ulat ulat dan kala jengking. Daging dagingmu dimakan olehnya, kulit kulitmu koyak kerananya, begitu pula tubuhmu." Lalu kembalilah roh tersebut.
Setelah selang tujuh hari roh itu memohon kepada Allah SWT. "Wahai Tuhanku, izinkanlah aku untuk mengunjungi jasadku." Lalu Allah SWT mengizinkannya dan datanglah dia kr kubur melihat dari jarak yang dekat. Ternyata jasad tersebut telah dipenuhi oleh ulat yang sangat banyak. Menangislah roh tersebut, seraya berkata : "Wahai jasadku, tidakkah kau ingat dimasa masa hidupmu? Dimana anak anakmu, dimana sanak saudaramu, dimana teman temanmu, dimana isterimu, dimana sahabat sahabat karibmu dan dimana tetangga tetanggamu yang sama rela atas tetanggamu yang lain pada hari ini mereka sama menangis aku dan engkau."
Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra., Apabila telah mati seorang mukmin. Maka rohnya mengitari sekitar rumah sebulan. Dia melihat apa yang telah dia tinggalakan, bagaimana cara membahaginya, dan bagaimana cara melunasi hutang hutangnya. Apabila telah genap sebulan kembalilah dia ke tempatnya. Setelah itu berputar kembali hingga genap waktu setahun, maka diqa lihat siapa mendoakannya, dan siapa yang merasa susah kerana kerananya. Apabila telah genap setahun maka datanglah roh tersebut ke tempat berkumpulnya para roh hingga tiba hari kiamat, iaitu pada hari ditiup suatu sangsakala.
Firman Allah SWT :
"Para Malaikat sama sama turun, demikian juga roh."
(Al-Qadar : 4)
Para Malikat tersebut turun membawa roh dan Roihan dikatakan pula bahawa roh itu merupakan Maliakat yang agung turun untuk melayani orang orng mukmin.
Firman Allah SWT :
"Pada suatu hari roh dan Malaikat Maliakat berdiri berbaris dan tidak berkata sepatahpun kecuali atas izin Allah. Jika Allh mengizinkan maka berkatalah mereka dengan benar."
(Al-Naba : 38)
Makna roh dari ayat tadi iaitu rohnya anak cucu Adam as. Ada pula yang menafsirkan rohnya Jibril as. Ada pula yang menafsirkan rohnya Nabi Muhammad SAW dibawah Arsy yang memohon izin kepada Allah SWT untuk turun dimalam Lailatul Qadr untuk memberi salam pada kaum mukminin dan mukminat dan berlalulah roh itu atas mereka. Ditafsirkan pula bahawa roh itu adalah roh roh ahli kubur yang memohon izin kepada Allah SWT : "Wahai Tuhan kami izinkanlah kami untuk berkunjung ke rumah kami menjenguk anak anak dan keluarga kami." Maka turunlah mereka dimalam Lailatul Qadr.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Telah berkata Ibnu Abbas ra.., apabila datang hari Raya, hari Jumaat pertama dan bulan Rejab, malam Nisfu Syaban, Lailatul Qadr dan malam Jumaat keluarlah roh roh orang mati dari kubur mereka dan berhenti dipintu pintu rumah mereka dan berkata : Kasihanilah kami pada malam yang penuh berkah ini dengan bersedekah atau memberi makan (orang yang memerlukan), kerana kami ini sangat memerlukan (pahala itu). Apabila kalian kikir untuk itu dan idak mampu memberikannya, maka ingatlah kami dengan membaca Al_Fatihah pada malam yang penuh berkah ini. Adakah orang yang mengasihiku? Adakah orang yang mengingat pengembaraanku?
Wahai penghuni rumahku, wahai orang yang menikahi isteriku, wahai orang yang menempati bangunan bangunanku. Kami sekarang dalam kesempitan kubur. Wahai orang yang membahagi harta bendaku, orang yang menghina anak yatimku, adakah diantara kalian seseorang yang mengingat pengembaraan kami ini. Kitab kitab amalku telah tertutup, sedang kitab amal amal kalian masih terbuka.
Tidak ada bagi mayat dalam kubur secarik kainpun, maka janganlah kalian lupakan kami dengan bersedekah sesuap makanan dan doa doa kalian, kerana kami memerlukan selamanya. Apabila mayat tersebut menemui sedekah dan doa, maka kembalilah mereka dengan riang gembira. Dan apabila tidak, maka kembalilah dia dengan penuh kesedihan, penyesalan dan keputusasaan.
Semuga apa yang aku coretkan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Wallahhuallam.

No comments:
Post a Comment