Isteri Pak Sudin sibuk mengemas apa apa saja barang kepunyaan Almahrum suaminya. Adalah diberi tahu barang barang kepunyaan Pak Sudin tidak boleh di-beri kepada orang lain kerana roh jahat atau hantu perliharaannya akan datang menggangu.
Aku pernah menulis mengenai bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia datang mengujungi kubur dan rumah mereka. Teman teman boleh membaca di-dalam blog ini dan clik di tajuk Menziarahi Kubur.
Mengenai masaalah roh kita cuma yakin dan beriman kepada firman Allah s.w.t. yang ertinya:
"Mereka hendak bertanya padamu (Wahai Muhammad) tentang roh. Katakan bahawa roh itu adalah urusan Tuhan." (Bani Israil: 85)
Apabila semua barang barang peninggalan Pak Sudin sudah dikumpul, isterinya mengarahkan orang yang ada di-situ untuk membakar kesemua pakaian Pak Sudin.
"Mabulak! mabulak! mabulak!." Tiba tiba Pak Sudin tercegat ditempat pakaiannya dibakar. Apa lagi orang orang disitu cabut lari. Bayangkan ianya terjadi pada siang hari, kalau ikut akal kita yang waras ini, kita tidak dapat terima cerita begitu. Namun bagi aku tiada yang mustahil bagi Allah, kerana apa yang berlaku ada peringatan Allah kepada kita. "Mabulak ertinya terbakar. Namun pakaian itu tidak hangus dijillat api.
Pada malamnya, majilis tahlil diadakan di rumah Pak Seman. Aduhai, kalaulah aku ada disana pada malam itu, pasti aku pingsan. Yang menyambut kedatangan orang yang bertahlil pada malam itu adalah Pak Seman sendiri. Dia menunggu dikepala tangga. Pada mulanya mereka tidak perasaan, apa bila sudah masuk dalam rumah, baru mereka perasaan yang menyambut mereka adalah Pak Seman. Apa lagi, cha ya lam alif but, cabut!
Kesemua yang hadir malam itu cabut lari. Bagi aku yang cetek pengetahuan dalam bidang ini, cuma dapat memberi kesimpulan. Apabila kita sirik kepada Allah bumi pun tidak sudi menerima kita, maka bergelandangagnlah roh roh mereka.
Ganggaun ganggun Hantu Pak Seman berlarutan sampai sebulan lebih. Maka selama itulah orang kampung berkurung dalam rumah setiap malam. Pak Seman sebenarnya mengamalkan ilmu kepala terbang. Pada malam malam tertentu Pak Seman akan memisahkan kepalanya dari badan. Badannya akan di simpan disebalik pintu agar tidak di ganggu dan mudah baginya untuk masuk kembali. Ilmu ini adalah ilmu keturunan. Kemungkinan ada ikatan janji dengan syaitan keturunan Pak Seman mesti menjadi penaggalan (hantu kepala terbang) sebagai memenuhi syarat.
Insya Allah aku akan bercerita lagi tentang tahyul tapi benar dari keluarga Pak Seman. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dan Selamat menyambut Hari Kerbangsaan Kita. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:
Post a Comment