BAHAYA KEDUA : perkataan yang berlebihan.Itu juga tercela. Dan ini termasuk turut campur pada yang tidak penting dan menambah pada yang penting sekadar perlu. Kerana orang yang mementingkan sesuatu itu mungkin ia menyebutkannya dengan perkataan pendek. Dan mungkin membesarkannya, menetapkan dan mengulang ulangi. Dan manakala tercapai maksudnya dengan sepatah kata, lalu disebutnya dua patah kata. Maka kata kedua itu berlebihan. Artinya : berlebihan dari keperluan.
Itu juga tercela, kerana apa yang tersebut dahulu, walaupun tak ada dosa dan melarat padanya. 'Atha bin Abi Rabah berkata : "Bahwa orang orang sebelum kamu, tidak suka akan perkataan yang berlebihan. Mereka menghitung kata kata yang berlebihan, selain kitab Allah Ta'ala dan sunnah Rasulullah SAW atau amar ma'ruf atau nahi mungkar atau engkau memperkatakan keperluan engkau dalam kehidupan engkau, yang tidak boleh tidak. Adakah engkau membantah, bahwa terhadap diri engkau ada para malaikat yang menjaga, yang menulis amalan, duduk dikanan dan kiri? Apa saja perkataan yang diucapkan, ada padanya yang mengawas dan yang mencatat. Apakah seseorang engkau tidak malu, apabila disiarkan lembarannya yang di imla'kan (didiktekan) oleh permulaan siangnya, adalah kebanyakan padanya tiada menyangkut dengan urusan Agama dan dunianya?" Dari sebahagian sahabat, ada yang mengatakan : "Bahawa seseorang yang akan berkata kata dengan aku dengan suatu perkataan, dimana jawabnya lebih menyukakan aku, dibandingkan dengan air dingin bagi orang yang haus, maka aku tinggalkan jawapan itu. Kerana takut jawapan itu perkataan yang berlebihan".
Matraf bin Abdullah berkata : "Hendaklah kebesaran Allah itu agung dalam hatimu! Maka janganlah engkau menyebutkanNya, pada seumpama perkataan salah seorang kamu untuk anjing dan keldai : "Wahai Allah, Tuhanku! Hinakanlah dia!". Dan kata kata lain yang serupa dengan itu". Ketahuilah, bahwa perkataan yang berlebihan itu tidak terhingga banyaknya. Tetapi yang penting itu, terhingga pada Kitab Allah Ta'ala. Allah 'Azza wa Jalla berfirman :
Artinya : "Tiadalah mendatangkan kebaikan banyaknya rapat rapat rahsia mereka, tetapi yang mendatangkan kebaikan, orang orang yang menyuruh bersedekah, menyuruh berbuat baik atau menyuruh mendamaikan manusia,
(An-Nisa : 114)

No comments:
Post a Comment