Monday, 15 August 2011

Meriam Buluh

Aku masih ingat waktu zaman kanak kanak ku. Apa bila tiba bulan Ramadan kami akan sibuk pergi kehutan mencari buluh untuk membuat meriam.  Kami akan pergi berkumpulan, dan setiap kumpulan mestilah membawa perkakas untuk menebang buluh.

Kebetulan pula di kawasan perkampungan kami masa itu banyak ditumbuhi oleh rimbunan buluh buluh liar, maka perkerjaan untuk mendapatkan buluh yang besar begitu mudah buat kami.

            Cara membuat meriam buluh cukup mudah. Kita cuma perlu buluh yang agak besar dan mempunyai ruas yang panjang. Setiap jarak satu kaki buluh itu mesti dikat dengan dawai, ini adalah untuk keselamatan, andai buluh itu meletup atau terbahagi dua ianya tidak membahayakan kita. Di hujung buluh tempat kita mencucuh api, kita buat lubang sebesar jari kelengking. Jarak lubang pencucuh api dari hujung buluh lebih kurang enam inci, Akhir sekali minyak tanah. Nah kita sudah bersiap sedia.

            Pemainan meriam buluh ini nak dikatakan seronok tak juga, ianya meletihkan,. Cuba teman teman bayangkan, untuk membuat meriam buluh itu berdentum atau berbunyi, ianya perlu warm up. Inilah adingan yang paling aku benci. Mula mula kita cucuh api agar minyak tanah didalam buluh itu panas. Lepas itu ditiup menerusi lubang pencucuh untuk menghilangkan asap. Perbuatan ini harus diulangi bebrapa kali, sehingga minyak didalam buluh itu benar benar panas. Pernah sekali aku kehilangan alis dan bulu mata akibat aktiviti meniup ini. Kita kadang kadang telalu asik meniup sampai terlupa bahawa masih ada api didalam buluh, tiba tiba api itu keluar dari lubang pencucuh dan terus menyambar alis dan bulu mata , jawabnya gondol lah alis dan bulu mata.

          Yang seronoknya apabila minyak dah panas, maka kendengaranlah dentuman disana sini, terjadilah perang Jepun dan Korea. Masa itu yang makan hati adalah Pak Imam. Tengah Pak Iman angkat takbir untuk solat tarwih bila terdengar bunyi dentuman yang sangat nyaring, niat solat tarawih boleh bertukar jadi niat solat Hari Raya. Bukan itu saja mana mana makcik makcik yang ada anak kecil, maka kedengaran tangisan anak anak mereka, yang berpenyakit latah, melatah sepanjang malam, belum lagi yang mulut celupar tak sanggup aku nak bagi tahu di sini kecelupaan mereka. Bagi aku yang belum faham erti perikejiranan pada waktu itu, itulah keseronokan yang sebenar.

            Belum lagi dengan kepuasan itu, mana mana jiran yang pernah menyakitkan hati kami, kami akan bawa meriam buluh itu betul betul dekat dengan rumah mereka dan kami letupkan meriam buluh itu beramai ramai didepan rumah, cuba bayangkan kalau ada tujuh kumpulan, dan ketujuh tujuhnya megeluarkan dentuman, betul betul dahsyat. Aku rasa itu lah zaman brutal aku.

            Itu dulu kini semua tinggal kenangan, budak budak kampungku tidak bermain meriam buluh lagi, mereka bermain bunga api, sekali sekala terdengar bunyi mercun. Aku cuma bermain dengan hati, terkenang masa silam, kenakalan ku semasa kanak kanak, tapi selepas itu aku tidak lupa meminta maaf pada Pak Imam dan jiran jiranku. Akhir kata Selamat menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi akan menjelang, Maaf Zahir dan Batin.   

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog