Showing posts with label Ini kata aku. Show all posts
Showing posts with label Ini kata aku. Show all posts

Thursday, 29 November 2012

Maruah

Kemenangan Harimau Malaya semalam telah menafikan segala tomahan penyokong yang tidak setia (season supporter). Sebagai rayat Malaysia yang mencintai bangsa dan negara tidak seharusnya lekas melatah. Kenyataan aku ini bukanlah berdasarkan kemenangan Harimau Malaya semalam dan bukan juga kerana emosinal, kerana penentuan Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingn seterusnya adalah pada malam Sabtu ini.

Sememangnya kita sebagai penyokong Harimau Malaya mahukan kemenangan, kalau kalah pun kalah bermaruah. Namun pun demikian aku tidak menyalahkan seratus peratus kemarahan penyokong Harimau Malaya ketika menentang Singapura. Kekalahan 3 gol digelanggang sendiri amat memalukan. Bagi aku,seandainya Harimau Malaya dapat menjaringkan satu gol digawang Singapura pada malam itu tentu kemarahan itu tidaklah membuakbuak. Penyokong mahukan jaringan walau sekadar satu, sekurangkurangnya kita membalas bukan diperbudakkan. Harimau Malaya pada malam itu betul betul macam harimau hilang kuku.

Kenyataan aku ini bukanlah sesuatu yang mutklak, sesiapa saja boleh memberi kenyaatan asalakan ianya membangun, dan dari sudut pandangan ku, mesti ada pro dan kontra dari pihak penyokong, kalau tidak suram dan muramlah sukan bolasepak di negara kita ini. Akhir kalam dari kata ku ini, Harimau Malaya selamanya.

Sunday, 25 November 2012

Misai berdiri tegak

Lawak ke dak. Ada seorang permuda yang cacat pada sebelah bibir atasnya, alias sumbinglah tu. Pada satu hari ketika dia melihat dirinya di cermin ajiabnya, dia terperasaan ada kekurangan pada dirinya ia itu pada bibir atasnya. Lawak ke dak.

Rupa rupanya selama ini dia tidak terperasaan ada kecacatan pada bibir atasnya alias sumbing. Dia menyentuh dan meraba bibir atasnya.

"O mak ai, bila bibir atas ku ni terluka." Bisiknya dalam hati.

Tiba tiba kedengaran ada suara yang berteriakan. "Woi itu bukan lukalah, SUMBINGLAH ada faham kah bangang betul!" Suara itu terus menghilang.

Permuda itu tersenyum, senyuman yang tak menjadi, kalau jadi pun orang lain fikir itu bukan senyuman. Lawak ke dak.

"Ini tak boleh jadi." Bisik hatinya. Almaklum, bibirnya cacat, dia asik berbisik mengunakan hatinya saja. Permuda itu kebingungan, Apa kah benar bibirnya sumbing, atau suara itu cuba memperlikannya. Direnungnya dalam dalam dicermin ajiabnya pada bibir atasnya sambil jari jemarinya menjelajahi keseluruh bibir atasnya. Terlihat dan terasa olehnya ada satu belahan ditengah tengah bibirnya. "O mak ai, saluran sungei kah ni." Bisik hatinya.

Hatinya berbisik lagi "Mungkin benar kata suara itu, kalau luka tentu ada terasa pedihnya."

Permuda itu mengambil keputusan untuk berjumpa dokor pakar bibir untuk membuat permeriksaan. Hasil dari permeriksaan itu dia didapati positif menghidap penyakit kesumbingan. Doktor pakar bibir memberi cadangan supaya belahan dibibirnya dicantumkan alias pembedahan kulit. Permuda itu pun setuju.

Tampa membuang waktu, permuda itu terus membuat pembedahan kulit keatas bibirnya. Hasil dari pembedahan itu, sempurnalah bibir atas pemuda itu. Tiada lagi belahan kedua, tiada lagi saluran sungai. Dia tersenyum. Kali ini senyumannya menjadi, malah menjadi jadi membuat orang berfikir ini tidak boleh jadi. Lawak ke dak.

Pada satu hari. Hari liburan sipemuda itu pun pergi bersia sia di tepi pantai. Tujuan utamanya adalah nak menunjuknunjukkan senyumannya yang dah menjadi.

Malangnya ada sesuatu pelik terjadi pada misainya. Setiap kali dia tersenyum pada awek awek misainya turut berdiri tegak. Seolah olah misainya itu lebih gairah daripada dirinya.

"Ini tak boleh jadi." Katanya pada diri sendiri. Kini dia tidak berbisik pada hati, almaklum bibir dah sempurna. "Aku mesti berjumpa doktor pakar itu lagi." Katanya."

"Tuan doktor, saya ada satu kemuskilan pada misai saya, setiap kali saya tersenyum pada awek, misai saya akan berdiri tegak. Sebelum permedahan kulit, misai saya ok ok aje. Bolehkah tuan doktor memberi penjelasan." Pintanya.

"O mak ai, saya terlupa  nak bagi tahu awak tempoh hari, sebenarnya semasa pembedahan berjalan saya terambil sedikit kulit kemaluan awak. Mungkin itu penyebabnya misai awak akan berdiri tegak apabila awak melihat atau tesenyum pada awek awek." Kata doktor itu.

"O mak ai, patut pun." Kata pemuda itu.





Saturday, 24 November 2012

Didalam Tempayan

Nak dijadikan cerita, ada sebuah keluarga mualaf sedang bersaliturahim kerumah keluarganya. Ali nama samaran, masih mempunyai bapa. Ketika Ali berkunjung ke rumah bapanya, dia hairan ramai sanak saudara yang hadir. Didalam hatinya tertanya tanya, apa kah gerangan yang terjadi. Apa bila hampir dirumah bapanya Ali diberi tahu bapanya sakit tenat alias nazak.                                                      

Ali begitu cemas sekali, bukan cemas kerana takut kehilangan bapanya tapi takut bapanya tidak sempat memeluk agama islam, takut tidak sempat menguchap dua kalimah sahadat.

 Mengikut adat kebiasaan kaum Ali (bangsa kena sensor) sesiapa yang meninggal dunia akan di masukkan kedalam tempayan. Tempayan itulah menjadi kubur mereka.

Ali mendekati bapanya.
"Bapa ku, ada kah kamu masih dapat mendengar ku ?" Tanya Ali kepada bapanya.

"Masih anak ku." Jawap bapa Ali dengan suara yang tertahan tahan.

"Bapa ku, cuba ikut uchapan ku."  Ali cuba memberi panduan agar bapanya dapat melafaskan dua kalimah sahadat dengan harapan kematian bapanya nanti sebagai orang islam.

"Baiklah anakku." Tampa membuang waktu bapanya cuba melafaskan sahadat itu. Ass...Ass...Assalamualaikum dan terus meninggal dunialah  dia.

Oh tidak! Ali tidak dapat menahan sebak didada. Ayah ku, oh ayah ku, akhirnya didalam tempayan juga kembalinya engkau.

Monday, 29 August 2011

Panggilan Dari Luar Pantai

Setiap kali telefon berdering, setiap kali juga Ana mengharap itu adalah panggilan daripada Zig suaminya. Ianya amat menyiksa.

"Zig kenapa kau tak call." Keluh Ana.

Dia baru saja bangun dari tidurnya. Tidur yang diulit mimpi. Mimpi yang terbawa bawa hingga kewaktu sedarnya.

Terompah Kayu Berwarna Merah (Bhg Akhir)

Kini enam tahun sudah berlalu. Berita tentang Jono, tidak lagi kedengaran. Emak dan bapa Jono pasrah. Hanya kepada ilahi berserah.

Zaiton tidak sanggup menanti. Satu penyeksaan katanya. Takut jadi andartu. Takut tidak laku. Di-fikir satu persatu. Tindakan jangan melulu. Lebih baik kawin umur dua puluh satu. Umur dua puluh dua dapat anak satu. Cuma satu, minta direstu, kedua pihak  harus setuju, jangan sampai dikata anak hantu.


Sunday, 14 August 2011

Kad Raya

 Assalamualaikum, kepada semua teman teman muslimin dan muslimat, ada sebahagian daripada teman teman kita tidak pernah menerima Kad Raya.  Era mengirim dan membalas Kad Raya sudah berakhir.

Kalau dulu setiap rumah pasti mempunyai kad raya, mereka akan menghias kad kad itu mengikut kreativiti mereka. Ianya menjadi kebangaan. Setiapkali apabila berkunjung kerumah kawan kawan pasti kad raya jadi tumpuan. Mereka pasti bertanya berapa banyak kad raya yang diterima, lebih lebih lagi kalau kad itu datangnya daripada penyanyi atau pelakon idola mereka.

Friday, 29 July 2011

Harimau Luka Di Jajahan Sendiri

     KECEWA itu sudah pasti kita rasakan, bagi aku itu adalah lumrah, walau apa pun  alasan di beri, aku tetap dengan pendirian ku yang kalah tetap kalah. Kalau di lihat dari segi pemainan kita akan memberi alasan Team Singa melambat lambatkan permainan, itu adalah taktik, tapi aku tertanya tanya dalam lambat lambatnya sang Singa mereka mendapat satu gol. Alasan apa yang patut kita beri ?

     SATU  gol yang di sumbatkan oleh sang Singa membuktikan TARING mereka lebih tajam daripada kuku sang Harimau, sebelum ini aku pernah katakan bahagian pertahanan kita yang paling lemah, kalau tiada penjaga gawang sehandal Fahmi aku berani katakan sang Harimau bukan saja luka tapi penuh dengan bekas bekas gigitan sang Singa, mungkin keterlaluwan aku berkata begitu, aku bukan tak sokong sang Harimau tapi kenyataannya memang sebegitu, aku minta maaf kalau menyinggong perasaan segelintir orang.

     WALAU bagaimana pun aku tetap puji bahgian penyerang, mereka telah cuba sedaya upaya namun tetap gagal, mungkin nasib tidak menyebelah mereka, aku tetap akur. Pasti esok hari di dada dada akbar negara sang Singa penuh dengan kata kata pujian diatas kemenangan mereka, bagaimana pulak di dada akhbar kita, adakah masih mepertahankan kelemahan sang Harimau, jawapannnya akan dapat kita baca esok.

     WAHAI sang Harimau usah kau kecewa kekalahan hari ini bukan bererti kita kalah untuk selama lamanya, berjuang terus berjuang, selagi ada kemampuan. Kalah atau menang, semangat ku tetap bersama mu. majulah sukan untuk negara. 

Thursday, 28 July 2011

HARIMAU vs SINGA

PASTI malam besok stadium akan penuh dengan penyokong kedua dua team, suasana pasti meriah. Bagi peminat peminat bola sepak kedua pasukan yang tidak kesempatan boleh menonton di depan tv. Aku harap pasukan kita Malaysia akan bermain bermati matian. Ini ada peluang terbaik untuk mengangkat martabat bola sepak negara kita setelah sang Singa mampu menumpulkan kuku kuku Harimau pada pusingan pertama.

Kali ini sang Harimau pasti mengaum sambil menunjuk kuku kukunya, lebih lebih lagi di jajahan sendiri, begitu juga sang Singa mereka pasti tidak mahu kuku kuku Harimau mencakar mereka, sudah pasti tiga hari yang lalu sang Singa sibuk mengasah taring taringnya. Sang Harimau harus menerkam dahulu agar sang Singa tidak sempat menunjukan taringnya.

Kelemahan sang Harimau jelas di bahagian pertahanan, aku harap sang Harimau berhati hati di bahagian ini. Aku tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang kekuatan dan kelemahan  sang Harimau, apa yang aku impikan adalah kemenangan yang mutlak dari sang Harimau.

Hanya ada beberapa perkataan semangat yang aku bekalkan kan agar menjadi panduan sang Harimau.

    Warfare is the Way of deception. Thus although [you are] capable, display incapability to them. When committed to employing your forces, feign inactivity. When [your objective] is nearby, make it appear as if distant; when far away, create the illusion of nearby.

Aku sebagai penyokong setia team Malaysia sentiasa berdoa semuga misi kali ini membawa kejayaan. Tiada yang mustahil kecuali kita yang memustahilkannya. Majulah Sukan untuk Negara.

Wednesday, 27 July 2011

HARIMAU MALAYA



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua rayat Malaysia.Ini kata aku hari ini ingin meluah kan kata hati segelintir peminat peminat Team Bola Sepak Malaysia. Tempoh hari Team Malaysia telah kecundang pada Team Negara jiran iaitu Singapura. Namun bukan itu yang ingin Ini kata aku bicarakan. Kalah menang dalam satu perlawanan adalah lumrah, walau seribu alasan dan sebab yang akan di beri, kekalahan itu tetap juga bergelar kalah.

Kita di negeri Sabah dan Sarawak tetap berada di belakang Team Negara memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, kerana kita rakyat Malaysia. Apa yang Ini kata aku bentang kan di sini adalah gelaran atau nama jolokan
yang di berikan kepada Team Malaysia ia itu Harimau Malaya,.

Harimau Malaya adalah seekor Harimau yang hidup di Semananjung Malaysia, Sebelum Malaysia ditubuhkan Semanajung Malaysia adalah Malaya, itu adalah sejarah. Tapi bukan itu juga yang Ini kata aku bicarakan disini.

Penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak rasa terkilan apa bila pengulas sukan kerap kali memberi nama jolokan kapada Team Malaysia dengan nama jolokan Harimau Malaya, mereka rata rata katakan ini sepatutnya tidak terjadi kerana nama jolokan itu sudah tidak relevan, Kita penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak rasa dipingirkan dengan nama jolokan itu.

Ini kata aku telah berberapa kali berhujah dengan mereka  memberi alasan itu hanyalah nama jolokan, tapi mereka tetap berkeras tidak setuju, kesimpulannya Ini kata aku hanya ingin meluahkan perasaan meraka di laman ini agar mereka berpuas hati, sekurang kurangnya ada juga pendapat mereka diambil pedulikan. Ini kata aku Cuma sebagai medan untuk menyuarakan pendapat mereka.

Ini kata aku, hanya boleh memberi cadangan agar Harimau Malaya di gantikan dengan nama jolokan HARIMAU MALAYSIA kerana kita Orang Malaysia, Rakyat Malaysia, kita 1 Malaysia. Apa kata kamu, mungkin kata kamu berlainan daripada Ini kata aku. Ini kata aku dan penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak berdoa semuga Team Malaysia dapat mengalahkan Team negara jiran di pusingan kedua dengan jaringan MALAYSIA 3 _ SINGAPURA 0. Akhir kalam Majulah Sukan untuk Negara 

Tuesday, 26 July 2011

Senja nan sepi

 Senja itu aku sedang menikmati pemandangan di tepi pantai, suasananya sungguh indah sekali, dengan warna keemasan menyelubungi seluruh alam. Sungguh Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa maksud  yang tersirat. Jiwa ku tersentuh dengan pemandang senja itu. Aku teringat kisah seorang nenek yang pernah aku jumpa suatu ketika dulu, di tempat ini dan di senja begini.

"Assalamualaikum nek." Aku menyapa nenek itu. Kelihatan wajah nenek itu suram, mungkin dia kesunyian, bisik hati ku.

 "Waalaikumusallam." Jawab nenek itu selamba, dia memberi senyuman kepada ku, walau pun aku tahu senyumannya adalah terpaksa.

 Nenek ini berasal daripada keluarga yang berada, suaminya sudah lama meninggal, kini dia tinggal bersama anak anaknya. Dia mempunyai dua orang anak prempuan dan tiga orang anak lelaki. Kesemua anak anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai perkerjaan yang tetap. Dari pandangan ku tentu nenek ini hidup bahagia, tiada apa lagi yang perlu di risaukan, harta dan wang peninggalan suaminya sudah cukup untuk menyara hidupnya.

"Budak budak itu cucu nenek kah?" Tanya ku. Soalan itu sengaja aku tanya, kerana aku melihat tidak seorang pun budak budak itu memperdulikannya.


"Ya, semuanya lapan orang." Jawab nenek itu. Aku tidak mahu tahu lebih lanjut tentang cucu cucunya, aku      sekadar ingin tahu mengapa dia kelihatan muram dan sepi, bagi ku mustahil keluarga yang sebesar ini dengan kemewahan yang melimpah ruah tidak mebahagiakan nenek ini.

Senja terus berlalu, waktu margrib hampir tiba, lantas aku terus bertanya."Nenek belum balik kah? Waktu margrib dah hampir ni." Ingatan ikhlas dari ku, aku melihat anak anaknya masih duduk bersembang sesama sendiri, cucu cucunya pula riuh rendah dengan hilai ketawa sambil berkejar kejaran di tepi pantai yang sayup sayup kedengaran alunan ombak memukul tepian pantai.

"Belum nak, mungkin lepas margrib nanti." Aku terkejut dengan jawapannnya. Kelihatan pengunjung pengujung yang lain sudah mulai beredar. Suasana yang riuh rendah kini menjadi sepi, tapi nenek tua bersama keluarganya masih di situ.

Aku terus memberi salam kepada nenek itu, meninggal senja kian sepi, memberi kesimpulan yang bererti, menjadi pedoman di kala sepi, kerana Allah tiada di hati, maka hidup ini ibarat senja nan sepi. 



Sunday, 24 July 2011

Kisah Satu Hari

Aku ingin berkongsi cerita ini bersama teman teman di laman ini untuk menjadi peringatan agar apa saja tindakan yang kita ambil mestilah berlandaskan kepercayaan agama yang kita anuti ia itu Islam. Ini adalah kisah benar, cuma nama dan tempatnya tidak akan aku nyatakan disini demi untuk menjaga nama baik teman ku itu.

Aku cuba meceritakan kisah ini dengan gaya cerpen, tentu nanti ada kelemahan kelemahan yang terdapat dalam penulisan ini, almaklum aku baru saja ingin berjinak jinak dalam alam pernulisan, andai terdapat kelemahan kelemahan dalam penulisan ini sudi kiranya teman teman memberi tunjuk ajar.

Pada tahun 1997, dunia mengalami kemerosotan ekonomi. Negara kita juga tidak ketinggalan merasai bahangnya. Teman ku ini berkerja dengan sebuah syarikat tempatan yang menjual kenderaan terpakai. Dia adalah seorang jurujual.

Entah kenapa pada hari itu boss tempat dia berkerja tiba tiba saja bercerita tentang kehebatan seorang bomoh. Teman ku itu tertarik dengak topik itu, kerana ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kehebatan bomoh itu, maka dengan tidak segan silu dia membuat perjumpaan dengan bomoh itu. Dia sangat terdesak, sudah enam bulan dia tidak dapat menjual sebuah kereta pun, maka jalan yang terbaik adalah berurusan dengan bomoh itu, manalah tahu nasibnya boleh berubah.

Pada malam jumaat yang telah dijanjikan dia menjemput bomoh itu. Didalam perjalanan menuju ke rumahnya tiba tiba seekor tikus melintas kenderaan yang mereka pandu.

"Ah itu halangan kecil." Kata bomoh itu. Teman ku tidak mengambil indah dengan apa yang di kata bomoh itu.

"Kamu ada menyediakan bunga tak?" Tanya bomoh itu kepada teman ku.

"Tidak ada." Jawap teman ku selamba.  

"Kalau begitu kita ke tapak pekuburan, disana banyak bunga." Bomoh itu memberi cadangan. Teman ku tidak membantah, dia terus memandu ke tapak perkuburan. Sesampai di tapak perkuburan bomoh itu pun sibuk memetik kuntum kuntum bunga.

"Bunga ini nanti sebagai syarat untuk mandi." Kata bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya mengangguk angguk kepala tanda setuju.

Mereka sampai di rumah waktu magrib. Sebelum upacara di mulakan Teman ku mengambil kesempatan untuk solat magrib. Tidak juga aku bertanya sama ada bomoh itu solat magrib atau pun tidak.

Selesai solat magrib upacara pun dimulakan. Pada waktu itu teman ku memakai baju melayu dan berkain pelikat, isterinya pula memakai sepasang baju kurung dan berkerudung.

"Kamu berdua mesti di mandikan bersama." kata bomoh itu. Belum sempat teman ku bertanya apa apa, bomoh itu terus menyambung kata katanya."Tak usah tukar pakaian, mandi terus dengan pakaian yang sedia ada." Teman ku dan isterinya akur dengan permintaan bomoh itu.

"Kamu ini kena perbuatan orang." Tiba tiba saja bomoh itu meberitahu teman ku. "Orang bodoh mana pulak yang nak buat aku ni, aku ni bukannya orang berada." Bisik hati teman ku.
"Kamu banyak musuh, rambut sama hitam hati lain lain." Bomoh itu memberi penerangan, seolah olah tahu bisikan hati teman ku.

Selepas upacara mandi, bomoh itu mengarahkan teman ku supaya pakaian yang basah itu di simpan di dalam sebuah beg dan akan di bawa pulang oleh bomoh itu.

"Pakaian kamu berdua aku hendak kuburkan, sebab semua perbuatan jahat orang telah melekat di pakaian itu." Kata bomoh itu kepada teman ku.  Teman ku tidak berkata apa kerana tepaksa akur.

"Berapa pengerasnya?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.

"Berapa saja yang kau beri, tapi emas yang bersambung tidak boleh di tukar dengan nilai wang." Kata bomoh itu selamba, sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu, mungkin mentra semerah padi. Aku dapat bayangkan pengeras kedua yang bomoh itu tetapkan, membuat teman ku ini melihat berberapa ekor
kunang kunang berterbangan mengelilingi kepalanya. Apa nak dikata sendiri buat sendiri tanggung.

Bomoh itu meminta kebenaran turun ke laman rumah teman ku, kononnya untuk membuat pagar gaib, agar nanti perbuatan jahat tidak akan berulang.

"Kalau aku beri salam kau mesti jawab ya." Bomoh itu memberi peringatan kepada teman ku, dan terus turun ke laman rumah. Tidak berberapa minit bomoh itu memberi salam. Salam bomoh itu pun di sahut oleh teman ku, sambil menghulurkan tangan mempelawa naik ke rumah.

"Ada orang tanam barang jahat di halaman rumah kamu." Kata bomoh itu kepada teman ku,

"Kau harus ambil sendiri, ianya tidak jauh, di bawah lingkaran sayur labu yang kau tanam." Terang bomoh itu kepada teman ku.

"Kau takut?" Tanya bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya menganggukkan kepala.

"Baiklah aku akan menemani kamu." Pelawa bomoh itu kepada teman ku. Mereka menjumpai barang yang di katakan bomoh itu, dan terus naik ke rumah.

Rupa rupanya barang itu cuma kotak mancis King Kong, kandungannya ada secebis kayu dan sebatang jarum.

"Apa kaitannya secebis kayu dan jarum ini?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.

"Kamu tidak faham, kayu ini bukan sebarang kayu, ia adalah dari pada kayu nisan,tujuan kayu ini adalah supaya hidup kamu umpama orang yang sudah mati dan kamu tidak akan berjaya dalam hidup kamu,dan jarum ini untuk membuat kamu sakit." Begitu panjang lebar penerangan bomoh itu kepada teman ku.

"Dah berapa lama kotak ini berada di laman rumah saya?" Tanya teman ku.

"Lebih kurang tiga tahun." Jawab bomoh itu.

"Tiga tahun tak masuk akal, kenapa kotak ini tidak rosak, sayur labu itu baru saja di tanam satu bulan yang lalu, saya tidak percaya." Kata kata teman ku ini membuat wajah bomoh itu berubah, jelas terbayang di wajah bomoh pembohongannya hampir terbongkar. Bomoh itu cuba memberi berbagai alasan kenapa kotak itu tidak rosak, tapi teman ku sudah tidak berminat. Aku teringat dialog bomoh itu tentang tikus yang melintas semasa dalam perjalanan ke rumah teman ku, halangan kecil katanya.

Teman ku mengambil keputusan untuk menghantar bomoh itu pulang. Pengerasnya tetap di beri, wang lima puluh ringgit, gelang emas isterinya dan pakaian pun menjadi korban di atas kebodohannya sendiri.

Moral dari cerita ini adalah sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Qadak dan Qadar Allah, perbuatan mempercayai bomoh adalah syirik.

Gambar ini hanya sebagai hiasan semata mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.



 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Saturday, 23 July 2011

Samson dan Delilah

Samson dan Delilah

Di zaman persekolahan ku, aku gemar membaca cerita-cerita dongeng, mitos dan sejarah. Hari ini aku ingin berkongsi salah satu dari cerita-cerita itu, ia itu kisah Samson dan Delilah. Kalau tak silap aku cerita asal Samson dan Delilah adalah berasal dari kitab Injil. Aku sebenarnya tidak mahu tahu kesahihan cerita ini, yang penting bagi aku ada kisah disebalik cerita itu.

Samson adalah seorang lelaki gagah, yang mempunyai susuk badan yang tegap. Di-zamannya, Samson adalah pahlawan terbilang, tiada seorang pun boleh menandingi kekuatannya.

Namun pun demikian Samson mempuyai rahsia di sebalik kekuatannya. Sebagi seorang lelaki naluri untuk menyintai wanita pasti ada, akhirnya Samson jatuh cinta pada seorang wanita yang cantik jelita bernama Delilah. Samson pun mengawini Delilah.

Delilah mempuyai maksud jahat tehadap Samson, setiap malam sebelum tidor, Delilah akan memujuk Samson agar memberi tahu rahsia disebalik kekuatannya. Samson tetap enggan memberi tahu rahsia itu, tapi pada satu malam kealphaan Samson telah memberi bayangan rahsia disebalik kekuatannya. Delilah mengambil kesempatan ini untuk menewas Samson.

Disebalik cerita itu , dizaman kita ini telah bermunculan Samson moden, kita akan melihat terpampang didada akbar Samson samson moden diseret di muka pengadilan, satu demi satu mereka jatuh tersungkur ditangan Delilah morden.

Kalau Samson zaman dulu punya kekuatan dari segi fizikal, Samson moden pula mempunyai kekuatan dari segi kedudukan, pengaruh, dan wang ringgit. Rahsia untuk menewaskan Samson adalah dirambutnya, dan rahsia untuk menewaskan Samson moden ada di-CCTV yang dipasang dibilik bilik hotel.

Dari segi moral Samson zaman dulu kawin secara sah dengan Delilah, tapi Samson moden pula dah punya isteri tapi main sorok sorok dengan Delilah moden. Namun pengakhirnya sama, jatuh tersungkur di tangan Delilah

Maka sama samalah kita renungkan agar ia menjadi iktibar untuk kita, kerana Allah sentiasa melihat perbuatan kita, Allah maha mengetahui.

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog