PASTI malam besok stadium akan penuh dengan penyokong kedua dua team, suasana pasti meriah. Bagi peminat peminat bola sepak kedua pasukan yang tidak kesempatan boleh menonton di depan tv. Aku harap pasukan kita Malaysia akan bermain bermati matian. Ini ada peluang terbaik untuk mengangkat martabat bola sepak negara kita setelah sang Singa mampu menumpulkan kuku kuku Harimau pada pusingan pertama.Kali ini sang Harimau pasti mengaum sambil menunjuk kuku kukunya, lebih lebih lagi di jajahan sendiri, begitu juga sang Singa mereka pasti tidak mahu kuku kuku Harimau mencakar mereka, sudah pasti tiga hari yang lalu sang Singa sibuk mengasah taring taringnya. Sang Harimau harus menerkam dahulu agar sang Singa tidak sempat menunjukan taringnya.
Kelemahan sang Harimau jelas di bahagian pertahanan, aku harap sang Harimau berhati hati di bahagian ini. Aku tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang kekuatan dan kelemahan sang Harimau, apa yang aku impikan adalah kemenangan yang mutlak dari sang Harimau.Hanya ada beberapa perkataan semangat yang aku bekalkan kan agar menjadi panduan sang Harimau.
Warfare is the Way of deception. Thus although [you are] capable, display incapability to them. When committed to employing your forces, feign inactivity. When [your objective] is nearby, make it appear as if distant; when far away, create the illusion of nearby.
Aku sebagai penyokong setia team Malaysia sentiasa berdoa semuga misi kali ini membawa kejayaan. Tiada yang mustahil kecuali kita yang memustahilkannya. Majulah Sukan untuk Negara.

No comments:
Post a Comment