Assalmualaikum teman teman semua, bulan Ramadan Al Mubarak kian hampir, maka seluruh umat Isam di dunia akan berpuasa. Puasa ada rukun islam ke empat, maka mejadi wajib ke atas kita yang cukup syarat untuk mengerjakanya.Sebesar besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari segala tipudaya syaitan dan angan angannya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Puasa itu separuh kesabaran."
Firman Allah :
"Hanyasanya orang orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan."
(az Zumar : 10)
Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas batas perkiraan dan perhitungan, dan memadailah kalau kita mengatahui keutamaannya dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut.:
"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau bauan minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwat, makannya dan minumannya kerana Aku, dan Akulah yang memberi balasannya sendiri.
Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
- Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
- “Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.Aku akhiri kalam ku ini dengan uchapan Selamat berpuasa, semuga segala amalan yang kita lakukan adalah ikhlas semata mata mencari keredhaanNya, Amin. Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment