Senja itu aku sedang menikmati pemandangan di tepi pantai, suasananya sungguh indah sekali, dengan warna keemasan menyelubungi seluruh alam. Sungguh Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa maksud yang tersirat. Jiwa ku tersentuh dengan pemandang senja itu. Aku teringat kisah seorang nenek yang pernah aku jumpa suatu ketika dulu, di tempat ini dan di senja begini.
"Assalamualaikum nek." Aku menyapa nenek itu. Kelihatan wajah nenek itu suram, mungkin dia kesunyian, bisik hati ku.
"Waalaikumusallam." Jawab nenek itu selamba, dia memberi senyuman kepada ku, walau pun aku tahu senyumannya adalah terpaksa.
Nenek ini berasal daripada keluarga yang berada, suaminya sudah lama meninggal, kini dia tinggal bersama anak anaknya. Dia mempunyai dua orang anak prempuan dan tiga orang anak lelaki. Kesemua anak anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai perkerjaan yang tetap. Dari pandangan ku tentu nenek ini hidup bahagia, tiada apa lagi yang perlu di risaukan, harta dan wang peninggalan suaminya sudah cukup untuk menyara hidupnya.
"Budak budak itu cucu nenek kah?" Tanya ku. Soalan itu sengaja aku tanya, kerana aku melihat tidak seorang pun budak budak itu memperdulikannya.
"Ya, semuanya lapan orang." Jawab nenek itu. Aku tidak mahu tahu lebih lanjut tentang cucu cucunya, aku sekadar ingin tahu mengapa dia kelihatan muram dan sepi, bagi ku mustahil keluarga yang sebesar ini dengan kemewahan yang melimpah ruah tidak mebahagiakan nenek ini.
Senja terus berlalu, waktu margrib hampir tiba, lantas aku terus bertanya."Nenek belum balik kah? Waktu margrib dah hampir ni." Ingatan ikhlas dari ku, aku melihat anak anaknya masih duduk bersembang sesama sendiri, cucu cucunya pula riuh rendah dengan hilai ketawa sambil berkejar kejaran di tepi pantai yang sayup sayup kedengaran alunan ombak memukul tepian pantai.
"Belum nak, mungkin lepas margrib nanti." Aku terkejut dengan jawapannnya. Kelihatan pengunjung pengujung yang lain sudah mulai beredar. Suasana yang riuh rendah kini menjadi sepi, tapi nenek tua bersama keluarganya masih di situ.
Aku terus memberi salam kepada nenek itu, meninggal senja kian sepi, memberi kesimpulan yang bererti, menjadi pedoman di kala sepi, kerana Allah tiada di hati, maka hidup ini ibarat senja nan sepi.

No comments:
Post a Comment