Showing posts with label Kisah benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah benar. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

Jangan tunggu orang

Terlihat gambar ini membuat aku teringat kenyaataan seorang budak yang sering aku jumpa. Setiap kali perjumpaan kami ada sahaja yang dia nak tahu dan nak diberi tahu.

Seperti biasa perjumpaan kami, dia terus menghampiri aku dan dengan spontan terus memula kan ceritanya.

"Saya ni susahlah, takda orang nak bawa salat kat rumah." dia memulakan cerita.

"Bapa dan Umie kamu tak salat kah? Tanya ku.

"Tak." Jawabnya selamba, kita selalu tunggu umie untuk bawa kita salat tapi tak pernah satu kali pun dia bawa." Penjelasan yang keliru daripadanya.

Yang peliknya, dia tidak sentuh sedikit pun tentang bapanya, seolah olah salat itu cuma untuk dia dan umienya sahaja. Untuk tidak mencari aib dalaman keluarga ini, aku cuma beri nasihat pada budak ini.

Begini, kata ku padanya, disekolah kamu telah diajari cara-cara mengerjakan salat bukan. Tidak perlulah kamu tunggu Umie kamu nak bawa kamu salat. Sebagai seorang budak lelaki kamu yang patut jadi imam kepada umie kamu. Jika kamu takut umie kamu marah, kalau kamu ajak dia salat, kamu dirikanlah salat sendirian. Mendirikan salat adalah kewajipan sebagai orang islam, sama ada suka atau tidak. Nanti diakhirat yang pertama sekali di soal adalah tentang salat kita.

Cerita kami berdua terputus begitu saja, kerana ada hamba hamba allah yang lain yang datang menyampuk dengan topik lain. Sebelum dia beredar aku sempat memberi kata isarat, JANGAN TUNGGU ORANG. Aku harap dia memahami isarat ku.

Sebenarnya dari kisah itu allah mendidik aku...astafiruillahalazim...mendidik aku dari kelemah kelemah yang tidak aku sedari.....Alhamdullilah.

Tuesday, 30 August 2011

Akibat Hujan Panas

Seperti biasa kisah yang akan aku paparkan di-sini berlaku di-sebuah kampung di-atas bukit. Kisah seorang budak prempuan berumur lima tahun yang tiba tiba meninggal dunia selepas berlari dalam hujan panas.

Pada tengah hari itu, hujan renyai renyai mulai turun. Apabila hujan turun di-waktu sang suria menyinar terik, telah menjadi kebiasaan orang kita tidak membenarkan anak anak bermain dibawah hujan panas itu.

Monday, 29 August 2011

Tahyul Tapi Benar (Akibat Ilmu Kepala Terbang) Bhg Akhir.

Isteri Pak Sudin sibuk mengemas apa apa saja barang kepunyaan Almahrum suaminya. Adalah diberi tahu barang barang kepunyaan Pak Sudin tidak boleh di-beri kepada orang lain kerana roh jahat atau hantu perliharaannya akan datang menggangu.
Aku pernah menulis mengenai bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia datang mengujungi kubur dan rumah mereka. Teman teman boleh membaca di-dalam blog ini dan clik di tajuk Menziarahi Kubur.
Mengenai masaalah roh kita cuma yakin dan beriman kepada firman Allah s.w.t. yang ertinya:
"Mereka hendak bertanya padamu (Wahai Muhammad) tentang roh. Katakan bahawa roh itu adalah urusan Tuhan."         (Bani Israil: 85)

Tahyul Tapi Benar (Akibat Ilmu kepala Terbang)

Ini adalah kisah benar. Aku dapat sumber ini dari orang yang tedekat. Ianya berlaku disubuah kampung diatas bukit, Kampung ini memang mempunyai kisah misterinya yang tersendiri.

Pak Sudin (nama samaran) memang terkenal dengan kekayaannya. Sumber kakayaannya memang boleh dipertikaikan. Dia mengamalkan ilmu hitam yang dipanggil penagalan. Kepala yang boleh terbang.

Sumber sumber darimana dia mendapat ilmu hitam itu aku benar benar tidak tahu, Apa yang ingin aku kongsikan disini adalah saat kematiannya.

Monday, 22 August 2011

Meriam Besi

Aku rasa teman teman pernah mendengar tentang meriam besi. Ianya cuma sebatang besi yang diameternya lebih kurang 5 atau 6 inci, panjangnya pulak terserah, selalunya 6 kaki.

Di kampung aku, tidak ada yang bermain meriam besi, mungkin batang besi untuk membuat meriam itu terlalu sukar untuk di cari, tidak seperti di bahagian Miri, Sarawak, untuk mendapat batang besi itu begitu mudah, itu pun dalam tahun 1980.

Friday, 19 August 2011

Akibat Mercun Papan

Setiap Ramadan tiba, masaalah yang sering kita dengar adalah mengenai mercun. Aku teringat pada seorang budak sekampung ku. Namanya Ibrahim, budak ini taklah nakal sangat tapi lurus bendul. Apa saja disuruh dia pasti akan menurut perintah. Oleh kerana perangainya yang lurus bendul itulah mengakibatkannya menjadi mangsa budak budak kampung.

Masa itu mercun belum lagi diharamkan, maka mercun bebas dijual dimana mana. Kedai yang paling banyak membekalkan mercun adalah kedai tokey Ah Hoi. Maka kedai inilah menjadi tumpuan budak budak kampung.

 

Monday, 15 August 2011

Meriam Buluh

Aku masih ingat waktu zaman kanak kanak ku. Apa bila tiba bulan Ramadan kami akan sibuk pergi kehutan mencari buluh untuk membuat meriam.  Kami akan pergi berkumpulan, dan setiap kumpulan mestilah membawa perkakas untuk menebang buluh.

Kebetulan pula di kawasan perkampungan kami masa itu banyak ditumbuhi oleh rimbunan buluh buluh liar, maka perkerjaan untuk mendapatkan buluh yang besar begitu mudah buat kami.

Saturday, 13 August 2011

Selangkah Kealam Ghaib

Senja itu Mak Senah termenung, mungkin terkenang kisah silam. Mak Senah semasa mudanya memang cantik, berkulit cerah dan peramah orangnya. Sejak akhir akhir ini dia sering duduk seorang diri, tidak banyak cakap. Kegemaran Mak Senah lain sedikit. Dia suka merayau rayau diwaktu senja. Oleh kerana terbiasa dengan kegemara Mak Senah itu, orang kampung tidak hiran lagi. Dulu Mak Senah pernah hilang selama lapan hari. Selepas peristewa itu suara Mak Senah berubah menjadi sengau.

Thursday, 11 August 2011

Anjing Anjing Liar

Bila kita kata Anjng Liar, sudah pasti itu adalah gelaran di beri pada Anjing anjing yang tidak bertuan. Pada mula anjing anjing ini memang bertuan, mungikin ianya terlalu aktif membiak, atau anjng anjing itu sendiri yang  lari daripada tuannya, maka lahirlah kumpulan kumpulan anjing liar ini.

Bila sebut pasal anjing aku teringat pada seorang kawan sekampung ku. Dia orang melayu beragama Islam, tapi keluarganya membela anjing. Oleh kerana membela anjing, budak budak kampung mengelarnya Man kafir, tiap kali bila aku balik kampung, aku akan bertanya pada adik beradik ku di mana Man Kafir sekarang ini.

Sunday, 7 August 2011

Lamunan Ramadan

            Pagi itu aku duduk di beranda rumah orang tua ku, suasana sepi, mungkin penghuni penghuni kampung ku masih nenyak tidur. Hari ahad, tambah pula bulan puasa, tentu sekali ada yang ambil kesempatan untuk rehat kan badan. Sekarang cuaca tengah panas, bahangnya sangat terasa, maklum saja tinggal di rumah yang beratap zink, jam 11 pagi sudah terasa kehangatnnya.

             Mata ku berputar putar seolah mencari sesuatu, entah kenapa tiba tiba pemandangan ku terhenti di sebuah rumah putih beratap biru. Seolah olah ada satu kuasa gaib yang menarik perhatian ku untuk mengimbau kenangan lalu.

            Rumah itu kepunyaan keluarga cina, itu dulu sekarang mereka sudah berhijrah, aku sendiri pun tidak tahu kemana haluan mereka. Pada masa keluarga ini berhijrah aku tiada di kampung, aku pergi belajar di tempat lain. Dulu aku pernah menceritakan di laman ini kenangan hari pertama aku berpuasa, masa itu umur ku dalam lingkungan tujuh tahun. Rumah itu bayak meninggalkan kenangan pahit dan manis pada aku. Aku pernah di kejar anjing kepunyaan tuan rumah itu, angkara buah jambu, itu dulu sekarang aku tak buat kerja bodoh itu lagi. Satu satunya kawan perempuan aku yang berbangsa cina adalah anak tuan rumah itu. Nama timang timangannya Siaw Moi. Siaw Moi dan aku menuntut di sekolah yang sama, maka persahabatan kami begitu erat, Siaw Moi aku anggap seperti adik ku sendiri, wajahnya cantik, berkulit cerah, cuma matanya saja yang sepet. Bila hujung minggu dia pasti berkunjung ke rumah kami, kadang kadang menolong ibu ku di dapur, masa itu aku tak kisah sangat aktiviti Siaw Moi dan Ibu ku. Pasti bila Siaw Moi pulang akan dibekalkan oleh Ibu ku dengan lauk pauk. Keluarga Siaw Moi tidak kisah Siaw Moi selalu berkunjung ke rumah kami, hubungan kekeluargaan antara dua bangsa yang berlainan ini sungguh rapat sekali, seolah olah tiada perbezaan langsung.

Suatu hari di bulan seperti ini, Ramadan, Siaw Moi pernah bertanya pada aku, "Ahmad apa kamu tidak lapar ke , tidak makan satu hari?'.

"Amoi (nama manja untuk Siaw Moi), memanglah lapar, tapi kena sabarlah". Aku memberi jawapan yang ringkas. Kalau aku berceramah dengan dia tentang rukun Islam tentu dia tidak akan faham.

"Kalau saya puasa boleh ke?". Siaw Moi bertanya lagi.

"Boleh siapa siapa pun boleh berpuasa, asal kamu tahan saja". Aku memberi perangsang kepadanya, sebenarnya aku ingin juga Siaw Moi merasa nikmat berpusa itu, kalau dia dapat berpuasa satu hari pun cukup, agar pengalaman ini dapat di kongsikan pada teman teman sekepercayaan dengannya.

"Kalau itu macam besok saya puasa". Siaw Moi membuat keputusan. Wajah Siaw Moi berseri seri, aku dapat melihat warna kemerah merahan di wajahnya, mungkin dia rasa sungguh gembira bila aku memberi tahu bahwa dia boleh berpuasa. Namun pun demikian aku memberi tahu dia supaya bangun pagi, kira kira jam empat untuk bersahur, maka banyaklah pertanyaannya berkenaan masaalah sahur, bangun sahur itu dapat menambah tenaga kita, bagi orang Islam bersahur itu sunnah, mungkin dia tidak akan faham. Bukan dia saja tidak faham , banyak juga orang orang Islam sendiri tidak faham fungsi bersahur itu. Dari Anas, Rasulullah s.a.w telah berkata: "Makan sahurlah kamu, sesungguhnya makan sahur itu berkat (menguatkan badan menahan lapr karena puasa)". Riwayat Bukhari dan Muslim. Aku mempelawa Siaw Moi agar petang esok berbuka di rumah kami, dia cuma anggukan kepala tanda setuju.

Pagi itu aku tidak kelihatan kelibat Siaw Moi, mungkin dia letih dan lapar, aku masih ingat mula mula aku berpuasa, jiwa rasa tertekan, tidak boleh langsung melihat air yang berais, keinginan meluap luap, itu dulu masa aku berumur tujuh tahun, kini aku sudah dewasa, pengertian berpuasa itu penting, sebagai orang Islam ilmu itu penting lebih lebih mengenai Islam, hukumnya jatuh wajib bagi orang orang islam yang baligh untuk belajar Fardu Ain dan Tauhid, tanpa kedua dua ilmu ini kita ibarat belayar di tengah lautan tanpa kemudi, terumbang ambing, terjerat dan akhirnya tengelam di telan ombak.

Waktu berbuka kian hampir, Siaw Moi tidak kelihatan, aku menunggu Siaw Moi di beranda rumah, mata ku liar mencari cari, sekejab aku turun ke bawah dan naik semula, perbuatan ku itu di perhatikan oleh ibu ku.

"Ahmad apa yang kau buat tu?". Macam kucing kehilangan anak je".Ibu ku bertanya, sambil memberi sindiran.Mungkin dia hairan dengan kelakuan ku. Dalam hati ku berkata, "Mungkin Siaw Moi tidak datang". Belum sempat kaki ku melangkah masuk rumah, terdengar suara Siaw Moi memanggil di bawah. Aku menyambut Siaw Moi lalu mempelawa dia masuk dan terus ke ruang makan. Ibu ku terpinga pinga melihat Siaw Moi datang pada waktu magrib. Aku memberitau pekara yang sebenarnya. Kami pun sama sama berbuka puasa.

"Mak cik, aya, saya tidak dapat cakap apa apa wo, saya rasa ini hari yang paling sedap saya makan". Siaw Moi memberitahu ibu ku. Aku teringat dengan sabda Rasulullah s.a.w.,Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kesenangan: Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka puasanya, dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa menemui Tuhannya." Mungkin Siaw Moi cuma mendapat sedikit nikmat, apalagi bagi orang orang Islam kalau mereka benar benar berpuasa semata mata kerana Allah, sudah tentu dapat menikmati apa yang telah Rasulullah s.a.w sabdakan.

"Kalau gitu esok kau puasa lagilah". Seloroh ibu ku pada Siaw Moi.

"Boleh, boleh". Siaw Moi menjawab. Rupa rupanya jawapan yang Siaw Moi beri itu benar benar di kotanya. Mulai hari itu sampai penghujung ramadan Siaw Moi datang berbuka di rumah kami. Kini Siaw Moi tiada lagi, aku cuba, membayangkan wajah cantik, kulit cerah gadis bermata sepet itu, ia begitu pudar, aku tidak dapat, wajahnya benar benar terhakis dalam ingatan ku, aku benar benar rindu, rindu pada ketabahannya, seorang yang berkepercayaan lain, dapat melaksana ibadat puasa walau pun cuma ikut ikutan, tidak seperti kebanyakan orang orang Islam sendiri, tidak segan silu makan di khalayak ramai, seolah olah hukum puasa itu tidak wujud dalam kamus mereka. 

Dulu rumah putih beratap biru itu penuh dengan kebun buah buahan, kini tiada lagi, keliling ruahnya sudah di pagari, perubahannya jauh sekali, rumah itu telah dimiliki oleh keluarga Pak Abu. Orang dari bandar, seorang pegawai daerah yang sudah besara. Tiba tiba lamunan ku terhenti,.seperti pemainan kaset di tekan butang stop, oleh seekor nyamuk yang tidak berpuasa pada hari itu yang menyuntik telingku.

Saturday, 30 July 2011

KENANGAN RAMADAN

            Apa bila Ramadan menjelang aku teringat kisah silam, dimana aku mula mula belajar berpuasa. Pada masa itu umur ku baru dalam ligkungan tujuh tahun. Kebetulan pula waktu itu cuti sekolah telah bermula. Ini bermakna waktu untuk berihat tentu panjang, almaklum sebagai budak kampung aktiviti cuti sekolah aku penuhi dengan bermain dengan rakan rakan kampung yang sebaya dengan ku.
            Masih jelas dalam ingatan ku pertama kali aku bangun sahur, mata ku masih terpejam, nasi yang aku makan terasa tidak mahu masuk ke mulut ku, mungkin belum biasa, aku cuma dapat makan sedikit sahaja, selepas itu aku menyambungkan tidur ku.
            Ke esokan harinya, selepas mandi, aku bersiap siap diri untuk pergi bermain dengan rakan rakan kampung ku, seperti biasa sebelum pergi bermain aku pasti minum dulu, dengan selamba aku menuju kedapur untuk mendapat kan secawan air kopi, puas aku cari tapi air kopi belum di sedia oleh ibu ku, lantas aku bertanya pada ibu ku kenapa hari ini tiada air kopi, ibu ku hanya memberitahu aku bahawa kami berpuasa.
            Aku pun turun dari rumah untuk berjumpa rakan rakan sekampung ku, seperti biasa mereka sudah siap sedia menunggu. Aktiviti yang selalu kami buat adalah berrmain dengan roda basikal, kami akan menyorongkan roda basikal itu sekeliling kampung. Permainan itu memang meletihkan. Sudah puas bermain dengan roda basikal aktiviti selanjutnya ada membuat rondaan di kebun kebun orang cina yang kebetulan tidak jauh dari kampung ku.
            Di kebun orang cina itu banyak di tanam dengan pokok buah buahan, pokok buah yang aku dan rakan rakan gemar sekali ganggu adalah pokok jambu. Kami terus memanjat pokok jambu itu, entah kenapa pada hari itu nasib kami malang sedikit, rupa rupanya anjing peliharan cina itu menghidu kehadiran kami, anjing itu terus menyalak ,apa lagi kami terus terjun dari pokok itu dan lari bertepiaran dengan masing membawa buah buah jambu yang sempat kami petik. Aku hampir di gonggong oleh anjing itu, nasib baik aku ada buah jambu, aku baling anjing itu dengan buah jambu yang ada pada aku, anjing itu pun tidak jadi mengejar kami.
            Dengan nafas yang tersekat sekat sempat juga kami ketawa melihat anjing yang mengejar kami, lari lintang pukang kerana takut di baling dengan buah jambu kepunyaa tuannya. Apa lagi kami pun balik kerumah masing masing sambil memakan buah jambu. Aku duduk di anak tangga rumah ku sambil memakan buah jambu itu, tanpa ku sedari ibu ku memerhati perbuatan ku, dan menegur aku, apa aku tidak berpuasa.
            Aku sebenarnya tidak ingat bahawa aku berpuasa pada hari itu, mungkin juga rakan rakan ku pun sama. Petang itu aku tak sanggup berdepan dengan ibu ku untuk berbuka puasa, namun aku buat muka tembok untuk turut serta di majilis itu. Andai kata anjing yang pernah aku baling dengan buah jambu tuannya dahulu dapat membaca kisah ini tentu dia akan tersenyum geram. Walau bagai mana pun aku uchapkan kepada teman teman semua Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog