Setiap Ramadan tiba, masaalah yang sering kita dengar adalah mengenai mercun. Aku teringat pada seorang budak sekampung ku. Namanya Ibrahim, budak ini taklah nakal sangat tapi lurus bendul. Apa saja disuruh dia pasti akan menurut perintah. Oleh kerana perangainya yang lurus bendul itulah mengakibatkannya menjadi mangsa budak budak kampung.
Masa itu mercun belum lagi diharamkan, maka mercun bebas dijual dimana mana. Kedai yang paling banyak membekalkan mercun adalah kedai tokey Ah Hoi. Maka kedai inilah menjadi tumpuan budak budak kampung.
Boleh dikatakan tiap tiap malam budak budak kampung akan bemain mercun, bagi aku, aku dan teman teman masa itu masih giat dengan meriam buluh, maklum saja safe bajet. Jenis mercun yang paling diminati adalah jenis mercun papan. Mercun papan ini juga mempunyai sais tertentu, dari yang paling kecil lebih kurang macam batang mancis, dan paling besar adalah sebesar batang rokok.
Entahlah, mungkin malam itu adalah malam malang bagi Ibrahim. Mula mula permainan mereka adalah main lontar melontar. Siapa sangka ianya berakhir dengan satu tragedi. Rupa rupanya mereka telah menukar cara permainan, dari lontar melontar kini mereka bertanding siapa berani menahan mercun meletup ditangan.
Mula mula mereka mengunakan mercun yang kecil. Semua mereka berjaya menahan mercun kecil itu meletup diditangan tanpa cedera, sehingga giliran Ibrahim, dialah budak pertama yang berani mencabar menahan mercun papan yang sebesar batang rokok itu ditangan.
Begitu nyaringnya bunyi letupan mercun itu, begitu jugalah nyaringnya bunyi laungan Ibrahin mengaduh kesakitan, wajah Ibrahim di tutupi oleh darahnya, dia meraung kesakitan, keadaan menjadi kelam kabut. Budak budak yang tadinya bermain bersama Ibrahim kini hilang entah dimana, masing masing menyelamatkan diri.
Akhirnya Ibrahim dihantar ke hospital malam itu juga. Nasib masih menyebelahi Ibrahim dia tidak apa apa, tapi dia kehilangan jari tangan tengah sebelah kanan.. Maka selepas peristiwa itu nama Ibrahim sudah ditambah. Kini Ibrahin digelar, "Ibrahim Puntung."
Aku harap cerita ini dapat menjadi tauladan, agar adik adik kita, atau anak anak kita, tidak menyalah gunakan mercun, semuga Hari Raya, kita disambut dengan kegembiraan bukan kedukaan.

No comments:
Post a Comment