Bila kita kata Anjng Liar, sudah pasti itu adalah gelaran di beri pada Anjing anjing yang tidak bertuan. Pada mula anjing anjing ini memang bertuan, mungikin ianya terlalu aktif membiak, atau anjng anjing itu sendiri yang lari daripada tuannya, maka lahirlah kumpulan kumpulan anjing liar ini.
Bila sebut pasal anjing aku teringat pada seorang kawan sekampung ku. Dia orang melayu beragama Islam, tapi keluarganya membela anjing. Oleh kerana membela anjing, budak budak kampung mengelarnya Man kafir, tiap kali bila aku balik kampung, aku akan bertanya pada adik beradik ku di mana Man Kafir sekarang ini.
Gelaran kafir itu tidak dapat di pisahkan dari pada kawan ku itu. Sebagai orang Islam kita tidak boleh memberi gelaran gelaran tidak elok pada sesiapa, tapi bukanlah maksud orang orang kampung untuk menghina kawan ku ini, oleh kerana terlalu ramai yang mengunakan nama Man, maka untuk senang di kenali dan diperkuatkan lagi dengan memelihara anjing gelaran itu sudah sebati dengannya. Itu cerita lama, apa yang ingin aku ceritakan disini adalah apa yang belaku pagi tadi.
Pagi tadi selepas solat subuh, kira kira jam 5:15, aku turun berkerja seperti biasa, kebetulan ada seorang teman sejawat hendak pergi ke dermaga, lalu aku pun pergi menjemputnya. Apabila kami berdua berada di satu simpang untuk menuju ke kalan utama, tiba tiba ada seorang gadis melambai lambai. Pada masa itu kami berdua masih berhenti di pesimpangan.
"Jeff ada orang meminta tolonglah." Aku memberitahu teman ku. "Macam mana ni ?" Pertanyaan ku itu tidak bejawab, teman ku hanya memerhati gadis itu, gadis itu menghampiri kenderaan kami,, aku menurukan sedikit cermin jendela sebelah teman ku.
Gadis itu menangis tersedu sedu, di belakangnya ada beberapa ekor anjing liar menyalaknya. Aku bertanya pada gadis itu. "Kenapa dengan kamu ini?" Dalam sedu sedan , dengan suara yang terputus, dia mahu kami menolong dia. Apa yang jelas aku dengar adalah perkatan , "Boleh tolong saya, boleh tolong saya".
Sekali lagi aku bertanya kepada teman ku. "Macam mana ini Jeff?" Sekali lagi teman ku tidak memberi jawapan, masa berlalu.
"Ok, kamu mahu kami hantar awak dimana?" Tanya ku pada gadis itu. Dia memberi tahu kami dia tinggal di Permy Jaya. Lantas aku membenarkan dia masuk. Namun hati ku berdebar debar, apakah gadis ini benar benar minta tolong atau pun dia hanya berpura pura. Dalam perjalanan gadis itu masih menangis, bertambah nyaring tangisannya. Mata ku sentiasa melihat dari cermin, kalau kalau gadis itu akan berbuat sesuatu yang tidak baik.
"Kamu jangan menangis lagi, kamu sudah selamat, cuba beri tahu kami cerita yang sebenarnya bagai mana kamu boleh sampai di sini." Pinta ku pada gadis itu. Gadis itu memberi tahu bahwa ada seorang lelaki yang membawanya, itu saja yang di ulang ulangnya. Tangisannya masih lagi kedengaran, mungkin rasa sakit hati,penyesalan dan dendam yang membuat dia tak berhenti menangis.
Tiba giliran teman ku bertanya pada gadis itu. "Kamu bangsa apa?" "Iban!' jawab gadis itu. Selepas itu teman ku berdialog dalam bahasa Iban dengan gadis itu. Aku cuma mendengar saja cerita mereka berdua, yang ada yang aku faham dan tidak.
Kami menurunkan gadis itu di persimpangan Permy Jaya. Sempat juga aku memberi tahu gadis itu bahwa lain kali jangan ikut oran sembarangan. "Ya." Itu saja jawabnya namun tangisan nya belum reda. Lega rasa hati ku, kami terlambat sampai di dermaga, namun tidak lewat bagi teman ku untuk checkin.
Pengalaman ini membuat aku mengandaikan, semua ini berlaku adalah kerana kebodohan kita sendiri, Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, lihatlah anjing anjing liar itu

No comments:
Post a Comment