Sudah satu minggu mak Senah berada dirumah. Sejak penemuannnya, mak Senah tidak lagi seperti biasa, dia asik meracau racau. Bahasa yang mak Senah uchapkan sukar untuk difahami. Dia seperti orang buta, meraba raba.
Pak Abu benar benar tertekan dengan perubahan mak Senah. Sudah bermacam macam bomoh di panggil untuk menyembuh isteri kesayangannya, namun tidak seorang pun daripada bomoh itu dapat memulihkan keadaan mak Senah.
Bagi mak Senah, siang atau malam adalah sama. "Pasang kan lampu, pasang kan lampu." Itu saja yang mak Senah uchapkan. Suara mak Senak sudah tidak seperti biasa lagi, ianya kedengaran sengau. Pada waktu kisah ini terjadi kampung itu belum ada bekalan letrik dan air. Penduduk penduduk kampung itu cuma mengunakan lampu minyak tanah dan yang berkemampuan mengunakan lampu semawa. Punca air mereka adalah dari perigi. Demi cnta pak Abu kepada isterinya mak Senah, lampu semawa dipasangnya siang dan malam, namun hasilnya sama. Bagi mak Senah pemandangan tetap gelap gulita.
Kampung ini terletak diatas bukit, penghuninya rata rata orang melayu. Persekitran kampung itu masih lagi dikelilingi hutan tebal. Untuk sampai kekampung itu kita terpakasa melalui jalan jalan sempit yang beliku liku, kiri dan kanannya masih di tumbuhi pokok pokok besar. Kali pertama kita berkunjung kekampung itu pasti merasa seram dengan persekitrannya. Aku tidak dapat bayangkan kenapa mak Senah berani sangat keluar merayau rayau diwaktu senja dalam keadaan kampung yang sebegitu rupa. Jarak rumah kesebuah rumah lebih kurang lima puluh kilo meter.
Aku tidak pasti, adakah pak Abu pernah membawa mak Senah ke klinik atau hospital. Mungkin juga masa itu perjalanan ke klinik atau hospital jauh. Bagi orang normal untuk sampai kekampung itu mengambil masa satu jam. itu pun terpaksa jalan kaki, kerana tiada jalan yang sesuai untuk kenderaan, malah untuk sebuah basikal pun.
Bagi pak Abu alasan alasan yang di beri oleh bomoh bomoh itu tidak bererti lagi baginya. Makhluk halus, orang bunian, penunggu pokok dan bermacam macam lagi andaian diberi betul betul memeningkan kepala pak Abu.
Bagi aku, sebagai orang Islam kita wajib percaya pada yang gaib. Beriman atau percaya pada yang gaib merupakan ciri ciri orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Dalam surah Al-Baq:arah: 1-3, Allah berfirman:
Alif lam mim. Kitab (al-Quran) itu tidak ada keraguan padanya, pertunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian, rezeki yang Kami anugrahkan kepada mereka.
Didalam ayat diatas Allah telah berfirman bahawa kepercayaan kepada yang gaib, adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Gaib bermaksud sesuatu yang tidak dapat disaksikan dengan pancaindra: tidak nanpak oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, dua pancaindara utama. Tetapi dapat dirasa tentang kewujudannya oleh akal. Perkara gaib yang pertama sekali adalah Allah, percaya tentang adanya hari kebangkitan, ia itu hari kiamat. Dan lain lain kerpercayaanlain dalam rukun Iman.
Sama ada seseorang itu mempercayai kewujudan makhluk halus, seperti jin, iblis syatan dan sebagainya atau tidak, pada hakikatnya mahluk itu tetap wujud. Kewujudan makhluk itu tertulis jelas dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengalaminya. Kita sebagai orang Islam tidak boleh menafikan atau mentiadakan kesahihan sumber hukum seperti ini.
Makhluk halus selalu digambarkan sebagai makhluk jahat yang sentiasa menyakiti manusia, menyembunyikan manusia atau setidak tidaknya menggangu ketenteram seseorang. Untuk menakutkan anak anak kecil, orang tua tua suka mengungkapkan bahawa makhluk halus ini akan mendatangi anak anak kecil yang suka berjalan ditempat gelap, anak kecil yang suka menangis bila hendak tidor. Kita juga selalu dihidangkan dengan kerpercayaan tentang adanya hantu dan syaitan, yang menghuni paya, pokok besar, bukit bukau dan bermacam macam lagi. Semuanya ini menakutkan.
Bagi aku, kefahaman tentang makhluk halus ini seperti dijelaskan Al-Quran dan Al-Hadis perlu diketahui dengan sejelas jelasnya. Bukan dengan kepercayaan yang karut, yang dicernakan pada fikiran anak anak kecil untuk menakutkan mereka supaya tidak berani merayau seorang diri ditempat yang gelap. Dengan menakutkan anak anak seperti ini akan melahirkan genarasi yang berfikiran negatif yang sentiasa merasa takut.
Bebalik kisah mak Senah, apabila genap empat puluh hari selepas penemuannya, penglihatan mak Senah tiba tiba pulih seperti sedia kala. Aku sendiri tidak mengerti mengapa fenomena ini boleh terjadi. Allah saja yang maha mengetahui. Oleh kerana ini adalah kisah benar tak berani nak tokok tambah. Ini semua kehendak Allah.
Mak Senah akhirnya dapat melihat kembali. Kegembiraan pak Abu tidak dapat diselindungi lagi, dimerangkul isteri kesayangnya dengan erat sekali. Mak Senah pun mencerita pengelamannya. Pengelaman yang tak masuk akal bagi kita, tapi ianya benar dialami oleh mak Senah.
Jalan ceritanya sama seperti yang pernah kita dengar dari orang orang yang pernah mengalaminya. Senja itu mak Senah merayau rayau seperti biasa. Dalam perjalan itu mak Senah tiba tiba masuk ke sebuah kampung. Apa yang dia tahu, diatas bukit itu cuma ada sebuah kampung, iaitu kampung tempat dia tinggal.
Kampung ini sungguh indah sekali, penghuninya semua peramah. Mak Semah dibawa oleh seorang penghuni disitu untuk berjalan jalan sekeling kampung itu. Didalam pengembaraan mak Senah dia pernah diberi makan.
"Tapi yang peliknya makanan disitu tidak seperti makanan kita." Mak Senah cuba memberitahu dengan suaranya yang sengau.
"Berasnya berwarna hitam, sayur sayurannya seperti bunga, berwarana warni. Orang disana cantik cantik."
Beriya iya mak Senah bercerita. Tapi ada sesuatu cerita yang mak Senah tidak beri tahu ia seolah olah rahasia baginya. Yang anehnya pengembaraan itu dirasai cuma satu hari bagi mak Senah, sedangkan orang kampung mencarinya selama lapan hari, ini sungguh tidak masuk akal. Kita tidak tahu apa yang di rahasia oleh mak Senah sehingga hari ini dia tidak pernah member tahu.
Mak Semah sudah sembuh seperti sedia kala, cuma suaranya kekal menjadi sengau. Aku masih terfikir fikir kenapa penglihatan mak Senah boleh hilang selama empat puluh hari. Telalu sukar untuk kita fahami, dan apa yang mengakibat suaranya sengau. Semua persoalan itu tidak dapat aku jawab, yang pastinya apa yang terjadi pada mak Semah pasti menjadi iktibar yang positif bagi kita.
Sebagai orang Islam waktu senja, atau pun maghrib sepatutnya kita sudah berada dirumah, atau disurau, untuk menunaikan solat Maghrib. Sedangkan Rasululluah s.a.w. menganjurkan kita supaya menutup pintu dan tingkap, dan anak anak tidak digalak berada diluar rumah pada waktu itu.
Nabi s.a.w. telah menceritakan, apabila hilang matahari akan berkeliaranlah syaitan. Oleh yang demikian beliau memerintah supaya jangan melepaskan anak anak diwaktu itu dengan sabdanya:
"Apabila masuk peermulaan malam atau apabila kamu berada di petang hari, maka hendaklah kamu menahan anak anak kamu (dari keluar rumah) kerana ketika itu syaitan akan berkeliaran, apabila berlau sebahagian malam maka hendaklah kamu bebaskan mereka (anak anak) dan hendaklah kamu menutup pintu pintu rumah dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak tapat membuka pintu yang ditutup.
(Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari)
Maka aku harap kisah ini akan menjadi satu peringatan kepada kita agar kita tidak menjadi manusia yang lalai dari perintahnya. apabila sudah masuk waktu solat janganlah kita menunda nundakannya, bagi yang tidak boleh solat apa salahnya menunggu sehingga waktu solat berlalu baharulah kita keluar. Semuga cerita ini bermanfaat untuk kita semua.

No comments:
Post a Comment