Abdullah Ats Tsaqafi berkata : “Aku berkata : “Wahai Rasulullah! Khabarkanlah kepadaku akan sesuatu, yang akan aku pegang teguh!”
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab : “Katakanlah! Tuhanku Allah. Kemudian, kamu berpendirian teguh (istiqamah)!”
Aku bertanya lagi : “Wahai Rasulullah! Apakah yang lebih engkau takuti
padaku?”
Rasulullah s.a.w. lalu mengambil lidahnya, seraya bersabda : “Ini!”
Dirawikan At Tirmidzi dan di pandangnya shahih.
Diriwayatkan, bahawa Ma’az bertanya : Wahai Rasulullah! Amal apakah yang paling utama ?”
Lalu Rasulullah s.a.w. mengeluarkan lidahnya. Kemudian meletakkan jarinya di atas lidah itu.”
Dirawikan Ath Thabrani dan Ibnu Dun ya.
Anas bin Malik berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidaklah berdiri teguh (lurus) iman hamba Allah, sebelum berdiri teguh (lurus) hatinya. Dan hatinya itu tidak berdiri teguh (lurus) sebelum berdiri teguh (lurus) lidahnya. Dan tidak akan masuk sorga seseorang, dimana tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya.”
Dirawikan Ibnu Abid Dun ya dengan sanad lemah.

No comments:
Post a Comment