Aku rasa teman teman pernah mendengar tentang meriam besi. Ianya cuma sebatang besi yang diameternya lebih kurang 5 atau 6 inci, panjangnya pulak terserah, selalunya 6 kaki.
Di kampung aku, tidak ada yang bermain meriam besi, mungkin batang besi untuk membuat meriam itu terlalu sukar untuk di cari, tidak seperti di bahagian Miri, Sarawak, untuk mendapat batang besi itu begitu mudah, itu pun dalam tahun 1980.
Hari ini usah dikatakan besi buruk, kalau jarum jatuh pun di orang kutip untuk di jual kilo. Kini besi sudah berharga, kemungkinan semua meriam meriam besi yang yang di tanam dalam tanah sudah di gali oleh pencari pencari besi buruk untuk di jual kilo. Letupan merian besi kini tidak kedengaran lagi.
Pada Ramadan 1980 aku tinggal di rumah bapa saudara ku di Miri, Sarawak. Itulah kali pertama aku mengenali apa itu meriam besi. Bentuk dan rupa tiada jauh bezanya, cuma besi dan buluh menjurangkan meriam ini. Kalau nak di bandingkan bunyi letupan meriam besi dan buluh, aku berani katakan 1000 kali dahsyatnya bunyi letupann meriam besi ini.
Selepas solat tarwih, malam itu sepupu lelaki ku membawa aku kesatu tempat. Pada siang hari setahu ku tempat itu adalah tempat bapa saudaraku memelihara kambing. Rupa rupanya dia ada menanam sebatang meriam besi di kawasan kandang kambing tersebut. Dia memberi tahu ku bahwa meriam besi itu sudah lima tahun di situ. Aku macam tidak percaya, batang besi itu di tutup begtu rapi, masih dalam keadaan elok.
Tempat bapa saudara aku tinggal itu adalah kawasan kediaman perkerja perkerja sebuah syarikat minyak. Rumah rumah di situ di bina dengan cara detach, iaitu tiap tiap rumah berkembar dua. Kalau tak silap aku dalam 500 buah rumah yang dihuni oleh berbilang bangsa dan agama.
Sebelum kami meletupkan mariam besi itu, sepupu ku ada memberitahu aku bahwa pemainan ini cuma satu kali. Aku tidak tanya kenapa. Apa bila dia meletupkan meriam besi itu, alamak, bunyi letupannya dasyat sekali, kalau orang lemah jantung pasti boleh jalan di situ juga. Dia lantas menarik tangan ku untuk menghendap.
Tidak sampai lima minit, terdengarlah sumpah seranah orang orang disitu. Dalam kami terhendap hendap itu aku sempat mendengar sebahagian dari sumpah seranah orang orang di situ. "Bodoh, mahu mati kah". "Tiada otak tidak tahu budak kecil mahu tidur". Itu orang melayunya, lain pula orang Iban, "Belik laut nyak". Maksudnya, "Orang melayu bodoh". Bukan itu saja semua lampu beranda rumah mereka, mereka nyalakan tanda protes.
Maka baru aku faham kenapa sepupu ku kata , cuma main sekali. Itulah kenangan yang tidak pernah aku lupa, dulu aku kira meriam buluh ku hebat, tapi ternyata ada lagi yang hebat dan sumpah seranah pun hebat hebat jua. Lalu aku tersenyum, benar benar dashyat, walau bagaimana pun aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya yang akan menjelma. Nasihat ku jangan main meriam besi...hahaha.

No comments:
Post a Comment