Sunday, 14 August 2011

Kad Raya

 Assalamualaikum, kepada semua teman teman muslimin dan muslimat, ada sebahagian daripada teman teman kita tidak pernah menerima Kad Raya.  Era mengirim dan membalas Kad Raya sudah berakhir.

Kalau dulu setiap rumah pasti mempunyai kad raya, mereka akan menghias kad kad itu mengikut kreativiti mereka. Ianya menjadi kebangaan. Setiapkali apabila berkunjung kerumah kawan kawan pasti kad raya jadi tumpuan. Mereka pasti bertanya berapa banyak kad raya yang diterima, lebih lebih lagi kalau kad itu datangnya daripada penyanyi atau pelakon idola mereka.

            Sejak kehadiran telepon bimbit, kad raya tidak lagi relevan, pesanan dan ucapan hanya cukup dihantar melalui sms. Mungkin cari ini lebih cepat, tapi kemeriahan tidak dapat kita rasa. Bukanlah aku tidak setuju dengan cara sms, selama ini setiap kali menjelang raya aku cuma hantar sms. Yang seronoknya sms ini, semua teman teman akan hantar tepat jam duabelas malam. Tepat jam duabelas malam, kalau dirumah ada ramai adik beradik, kedengaranlah tone tone yang beranika ragam, selepas itu ianya akan senyap, cuma sekali sekala ada sms yang lambat masuk menganggu ketenteraman kita hendak tidur. Namun pun demikian semua teman teman akan menerima tek ucapan yang sama.

            Cuma yang tak seronoknya kita cuma baca sorang sorang. Lain pulak dengan kad raya, semua teman teman yang datang berkunjung kerumah kita pasti berpeluang membaca ucapan ucapan yang tertulis didalamnya. Ucapan uchapannya pulak bermacam macam ragam, ada yang lucu tidak kurang yang menusuk kalbu. Namun keburukan yang nyata ialah kadang kadang kad raya itu akan sampai selepas tiga minggu berlalu. Tidak seperti sms rasa menanti itu tidak ada, tetapi kad raya berlainan, rasa menanti itu tetap wujud, lebih lebih lagi kalau kad yang kita harap daripada seseorang istemewa tidak tiba.

            Namun kita tetap akur dengan peredaran zaman, sama ada kita nak teruskan berkirim kad raya, atau bersms terserah, kerana kita punya pilihan, diera ini pun masih banyak kad kad raya yang dijual dipasaraya. Akhir kalam dengan kesempatan ini aku uchapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.




No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog