Saturday, 13 August 2011

Balik Kampong 2

Ingin ku sambung kembali cerita balik Kampung, dalam hidup ku aku kira ada lima kali aku tak dapat balik kampung beraya. Sebab sebab mungkin ada persamaan dengan teman teman, salah satu daripadanya adalah cuti kena tahan, alasan majikan beri peluang pada rakan rakan lain yang belum balik cuti beraya.

Aku balik kampung hanya mempunyai satu tujuan, iaitu berjumpa dengan kedua orang tua, dan adik beradikku.
            Kalau tak balik kampung rasa bersalah tetap ada, namun pun demikian rasa tolak ansur pada teman teman tetap diutamakan. Disini aku ingin berkongsi cerita dengan teman teman tentang cerita Anjing Kurus yang pernah aku baca masa aku masih menuntut. Kisah Raja negeri Kudan bernama Affandi Hakim menyuruh temannya Syamsul Anuar pergi menziarahi ayahanda bondanya.
            Syamsul Anuar begitu liat untuk pergi menzizrahi ayah bondanya, maka Affandi Hakim menceritakan kisah "anjing kurus" agar dapat mengingati Syamsul Anuar akan kewajipan kepada ayah bondanya.
            Mungkin cerita aku ini akan ada cacat celarnya kerana aku sudah lupa jalan cerita sebenarnya, namun aku akan cuba bercerita dengan cara apa yang aku ingat.
            Ada seekor anjing yang sangat kurus tinggal di sebuah negeri, oleh kerana kekurusannya tiada seekor anjing pun didalam negeri itu sudi berkawan dengannya. Seluruh kaum anjing di negeri itu memandang hina akan dia kerana kedaifannya. Pada suatu hari pergilah dia ke pada suatu hutan, maka bertemulah dia dengan sepohon kayu besar. Ia pun menghempaskan dirinya kepada pangkal kayu itu sambil menangis dan meraung. Dengan kehendak Tuhan berkata kata lah kayu besar itu. "Wahai anjing kurus lagi daif, apa tujuan kamu datang kepadaku sambil melontar dirimu kepadaku."
            Apabila mendengar pohon itu berkata kata, maka anjing itu menghempaslah dirinya sambil berkata: "Hai raja segala kayu, aku mahu membunuh diri, biarlah aku mati disini, hidup tiada bererti bagiku.  Sudahlah aku ini  anjing, kurus lagi, dan semua anjing anjing lain memandang hina diriku ini. Lebih baik aku mati dari hidup dipandang hina.
            Maka berkatalah pohon kayu itu, "Wahai binatang yang lemah, beritahu aku apa hajat kamu, supaya dapat aku kabulkan permintaan kamu."
            Apabila anjing itu mendengar perkataan pohon itu, berkatalah dia, "Tiada lain permintaan ku, aku hanya ingin menjadi gemok."
            Selepas anjing itu habis berkata kata bertukarlah dia menjadi anjing gemok seperti keinginannya. Gembiralah anjing itu sambil melompat lompat kesana kemari kerana sungguh gembira.
            Anjing itu berterima kasih pada pohon kayu itu sambil melompat lompat,ekornya pula dijengkit jengkit, naik bukit sambil menyalak , apa yang di temunya semua digigit. Tidaklah dia berhenti menyalak, berjumpa pelanduk, pelanduk digigit, dimakannya sampai habis.
            Maka masuklah dia kesebuah kampung sambil menyalak, malang baginya oleh kerana dia anjing baharu dia pun dikerjakan oleh anjing anjing dikampung itu, habis luka luka badannya.
            Larilah dia kepohon kayu dahulu, sambil menghempas hempas diri. Maka bertanyalah pohon kayu itu kepadanya. Sambil menangis dia berkata, "Wahai raja segala kayu, adalah aku anjing yang kurus dengan pertolongan tuan aku menjadi gemok, kalau dapat tukar lah aku menjadi binatang lain.
            Maka bertukar lah anjing itu menjadi lembu.  Senanglah hatinya. Dengan tidak membuang waktu berjalan jalan lah dia disebuah negeri, tiba tiba dia diambil oleh seorang saudagar di buat untuk mengangkat barang dagangannya. Maka tiap tiap harilah dia melaku kan perkerjaan itu, dia pun menjadi letih dan lari kepada pohon kayu itu sambil meraung dan menangis meminta pulak menjadi kuda. Nasib pun masih sama, dia diambil oleh raja disuatu negeri menjadi kenderan raja. Oleh kerana tiada tahan menjadi kenderaan raja larilah dia kehutan berjumpa pohon kayu, lalu memohon menjadi manusia.
            Maka dengan takdir Allah yang maha kuasa jadilah dia seorang manusia yang bertubuh sasar dan berwajah tampan siap dengan pakaian yang cantik. Maka gembiralah dia sambil berjalan melihat dirinya, mengatur setiap langkah sambil memutar mutar kopiah,  lagak orang bangsawan.
            Adalah disebuah negeri seorang raja mempunyai seorang anak perempuan yang terlalu cantik. Maka terlihat oleh raja ada seorang pemuda yang masuk negirinya lalu di ambilnya menjadi menantu. Maka tetaplah dia menjadi menantu raja. Setelah sekian lama mangkatlah raja itu, lalu dia di angkat menjadi raja dinegeri itu.
            Pada satu hari teringinlah dia hendak membuat kapal untuk pergi berlayar melihat negeri negeri jajahannya. Maka dikerahya segala hulubalang mencari kayu untuk membuat kapal. Setelah sekian lama mencari tiada satu kayu pun yang sesuai cuma ada sepohon kayu yang paling besar, tempat anjing kurus itu meminta. Tetapi pohon kayu itu tidak dapat di tebang, habis mata kapak dan beliung sumbing kulitnya pun tidak terjejas. Maka terkejutlah mereka semua dengan kehebatan kayu itu. Mereka pun memberi tahu raja mereka tentang kayu itu. Maka tahulah raja itulah kayu yang pernah menolongnya daripada anjing kurus hingga menjadi manusia. Namun raja itu tidak perduli dengan budi pohoh kayu itu kepadanya disuruhya hulubalang dan penebang kayu itu menebang pohon itu.
            Sudah berpuluh puluh ekor kerbau disembelihkan untuk menjadi semah, tapi tetap juga pohon itu tidak mahu tumbang. Maka berkatalah pohon kayu iti, "Hai manusia, apa hajat kamu hendak menebang aku?"
            Maka berkatalah mereka kepada pohon kayu itu, "Raja kami yang menyuruh kami menebang kamu untuk di buatnya kapal."
            Maka berkata pohon kayu itu, "Tiada kuasa kamu menebang aku , tetapi kalu kamu suruh raja kamu datang disina aku sendiri akan rebah." 
            Apa bila didengar oleh mereka kata kata pohon kayu itu , maka diberi tahulah kepada raja, gembiralah raja itu mendengar kat kata pohon kayu itu.
            Keesokharinya berangkatlah raja ketempat pohon kayu itu. Maka berdirilah raja dengan kehebatannya, dikeliling oleh orang orang besarnya.
            Maka berkata lah pohon kayu iti didengar jelas oleh rayatnya "Hai hamba tiada mengenang akan kebajikan orang. Adakah patut engkau mahu menebang aku, padahal itu engkau daripada anjing kurus. Daripada pertolonggan aku hingga engkau menjadi gemok, engkau kemudian dari binatang haram menjadi halal, dari binatang hina menjadi mulia hingga menjadi manusia dan merasa engkau menjadi raja. Maka lupa engkau kepada budiku, hai binatang hina. Sekarang kembalilah kau kepada rupa asalmu. 
            Maka dengan serta merta itu juga dia melompat menjadi anjing kurus malah telebih kurus dari mulanya. Maka tersangatlah dia berdukacita dengan sesalan yang tak sudah sudah. Tidaklah sesalan itu bermanfaat baginya. Maka menghempaslah  dirinya kepangkal kayu sehingga mati.
            Semuga cerita ini bermanfaat untuk aku dan keluargaku dan juga teman teman, walau pun ceritanya agak tidak masuk akal tapi ianya menggandungi maksud yang tersirat. Ingatlah jasa kedua orang tua kita tidak akan dapat kita balas dengan cara apa sekali pun, semuga diHari Raya nanti kita semua dapat beraya bersama mereka.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog