Saturday, 13 August 2011

Selangkah Kealam Ghaib

Senja itu Mak Senah termenung, mungkin terkenang kisah silam. Mak Senah semasa mudanya memang cantik, berkulit cerah dan peramah orangnya. Sejak akhir akhir ini dia sering duduk seorang diri, tidak banyak cakap. Kegemaran Mak Senah lain sedikit. Dia suka merayau rayau diwaktu senja. Oleh kerana terbiasa dengan kegemara Mak Senah itu, orang kampung tidak hiran lagi. Dulu Mak Senah pernah hilang selama lapan hari. Selepas peristewa itu suara Mak Senah berubah menjadi sengau.

            Jam dinding rumah pak Abu sudah menunjuk angka sembilan, namun kelibat mak Senah tidak juga kelihatan. Pak Abu suami mak Senah semakin gelisah. Selalunya paling lewat pun mak Senah akan balik rumah jam tujuh. Sekali sekala pak Abu menjenguk diluar rumah melihat kalau kalau mak Senan sudah balik. Keresahan pak Abu semakin memuncak apa bila hingga jam sebelas mak Semah tidak pulang.

            Akhirnya pak Abu mengambil keputusan berjumpa dengan ketua kampung. Kisah mak Senah hilang tersebar dengan cepat. Tidak sampai sepuluh minit berkumpullah semua penduduk penduduk kampung dihalaman rumah ketua kampung untuk memberi bantuan mencari.

            Maka riuh rendahlah suara orang orang kampung pada malam itu memanggil nama mak Senah. Ada yang memukul gendang, ada yang memukul tin kosong dan ada juga yang melaungkan Azan. Namun mereka semua hampa. Mak Senah tidak juga keluar keluar menunjukan diri.

            Perasaan pak Abu benar benar tertekan. Sudah lima hari mak Senah hilang, dia tidak tahu apalagi tindakannya. Akhirnya pak Abu mengambil keputusan untuk berjumpa seorang bomoh. Sepanjang kehidupannya dia tidak pernah berurusan dengan bomoh, kali ini dia gagal untuk mempertahan kan imannya. Bomoh itu cuma memberi tahu bahawa isterinya masih hidup, dan dalam lindunggan orang halus. Mungkin orang halus dimaksud oleh bomoh itu makhluk Jin atau juga orang Bunian. Namun Allah sahaja yang maha mengetahui.

Masuk hari kelapan, namun pak Abu tidak pernah putus asa dia terus mencari. Senja itu dengan izin Allah dia terjumpa mak Senah. Dia menjumpai mak Senah di bawah pohon besar di belakang rumahnya. Mak Senah teraba raba seperti orang buta. Tampa membuang masa pak Abu pergi mendapatkan isterinya dengan penuh kasih sayang. Tapi mak Senah tidak seperti dulu lagi dengan pakaian yang kotor dan rambut yang mergerbang dia cuma mengeluarkan suara yang tidak dapat pak Abu faham.

            Pak Abu mendukong isterinya, air matanya mengalir kesian melihat keadaan isteri tersayangnya begitu daif sekali. Dia memberi tahu ketua kampung bahawa isterinya telah dijumpai. Maka ramailah penduduk penduduk kampung datang kerumah pak Abu malam itu.

            Pada malam itu juga pak Abu minta pertolongan jiran perempuannya untuk memberi mandi mak Senah. Selesai mandi dan menukar pakaian mak Senah pak Abu meminta jiran perempuannya menemani isterinya malam itu.                                                                                              (bersambung)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog