Monday, 8 August 2011

Hadis 40 (Sifat orang Islam) 1

            Saban hari kita membaca di dada akhbar pertelingkahan orang orang Melayu. Ada yang menuduh kumpulan ini tidak islamik, kumpulan iitu tidak Islamik. Betulkah orang orang Melayu di negara ini beragama Islam? Ada orang yang akan marah, mungkin mereka anggap aku ini bodoh, bertanya soalan sedemikian rupa. Betulkah agama pegangan kita Islam? Atau Islam cuma di KP, iaitu Islam di Kad Pengenalan.

            Aku rasa  mereka patut marah, kerana setiap orang Melayu yang lahir di Negara ini pasti beragama Islam. Aku minta maaf andai aku tidak sensitif mengenai itu. Aku sendiri orang Melayu beragama Islam. Apa kah keislaman aku itu tulen, jawapannya ada pada diri kita sendiri.

            Di hari baik dan bulan yang penuh berkah ini, aku cuba merenung salah satu daripada "Empat Puluh Hadis Pilihan" yaitu "Sifat Orang Islam". Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita dengan dua warisan, nilainya tiada termampu kita bayar, iaitu Al'Quran dan Hadis. Warisan ini adalah titik notah untuk kita menjalani kehidupan kita di alam fana ini. Hidup yang pasti penuh onak dan duri, simpang siur, namun ada jalan lurusnya yang kurang diminati.Tiada fomula fomula lain di dunia yang dapat menandingi kandungan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w..

          1. "Sifat Orang Islam"
Terjemahan Hadis:  Daripada Abdullah ib Umar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda "Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada Hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seorang Islam, Allah akan menutup keaibannya."

            Sekarang cuba kita tanya diri kita, apa yang kita faham tentang maksud tersurat dan tersirat pada hadis ini.Baik aku tulis kan huraiannya:

            1. Perkataan mukmin (kalau kita baca tek bahasa arabnya) di dalam Hadis ini adalah bererti orang Islam yang sebenar, bukan pada zahirnya sahaja : setakat mengucapkan dua kalimah syahdat di lidah tampa meresap ke dalam hati dan amalan, atau setakat memiliki nama dan tradisi agama Islam sahaja. Muslim yang sebenar juga seorang yang mukmin, kerana orang orang mukmin sahajalah yang sanggup menganggap seorang Islam yang lain itu sebagai saudaranya, tepat seperti firman Allah: ("Orang mukmin adalah bersaudara.") Adapun maksud 'bersaudara' di sini ialah perhubungan antara sesama Islam adalah seperti perhubungan saudara saudaranya menurut keturunan, iaitu suatu bentuk perhubungan yang kuat yang tidak ada pengkhianatan dan kezaliman. Bentuk perhubungan yang seperti ini adalah timbul dari iman yang telah mendarah daging dan yang telah menguasi gerak geri dan tingkahlakunya menuju ke arah yang di redhai oleh Allah. 


            2. Menolong hajat saudara; ertinya berusaha dan berkerjasama untuk kepentingan dan kebajikan, sama ada yang mengenai kepentingan peribadi perseorangan dan lebih lebih lagi yang mengenai kepentingan ramai. Maeraka yang berusaha menolong orang lainakan mendapat pula balasan pertolongan daripada Allah bagidirinya, yang bererti sesiapa yang ingin supaya hajatnya tercapai maka hendaklah menolong orang lain dan tidak merasa susah dan berat untuk membantu mereka yang kurang dan brhajat mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan.


            3. Melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya, bererti berusaha dengan segala daya bagi menimbulkan kesenangan dan kegembiraan antara sesama Islam. Ia bukan sahaja setakat berdoa, malah dengan cara yang lebih berkesan ailah berusaha bagi menyenangkan saudaranya. Usaha usaha yang suci dan jujur seperti ini akan mendapat ganjaran baik daripada Allah, di mana Allah akan menghilangkan pula kedukaan dan kesusahannya pada Hari Kiamat.
         

            4, Menutup keaiban, keburukan dan kejahatan; sama ada kejahatan dan keburukan itu kecil atau besar hendaklah di tutup dan tidak di dedahkan kepada ramai. Dalam perkara ini ada beberapa pendapat:


            a. Sekiranya dengan memberitahu kepada ramai perkerjaan jahat itu akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam, maka kejahatan itu wajib di dedahkan dan di nyatakan kepada umum.
            b. Sekiranya pendedahan itu tidak mendatangkan sebarang faedah dan maslahat kepada ramai, bahkan sebalinya memburukkan nama orang yang terlibat, maka kejahatan dan keburukan itu tidak boleh di nyatakan kepada umum, apalagi kalau kejahatan itu dilakukan oleh orang yang tak pernah di dengar keburukan peribadinya. Adalah di harapkan, dengan menyembunyikan kejahatan ini, ia akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
            c. Kalau pendedahan kejahatan itu boleh menjadi peringatan dan pengajaran kepada yang lain supaya beringat ingat dan tidak terikut ikut, demikian pula dapat menjadi panduan dan contoh tauladan bagi masyarakat, maka pendedahan kejahatan itu tidak di anggap salah.
            d. Tidak boleh memberitahu kecacatan atau keaiban yang ada pada tubuh badan seseorang, sekiranya kecacatan atau keaiban itu memang selamanya di sembunyikan oleh orang berkenaan daripada diketahui oleh orang lain. Perbuatan memberitahu orang lain dalam hal hal yang seperti ini di anggap sebagai menyakiti perasaan saudaranya.

            Kesimpulan dan Pengajaran:


            1. Orang Islam adalah bersaudara sesama mereka, tolong menolong dan tidak melakukan kezaliman dan kerosakan kepada kawan kawan, lebih lebih lagi bersikap memijak kepala kawan untuk maslahat diri sendiri.

            2. Melepaskan hajat saudara Islam adalah di antara jalan jalan untuk mendapatkan pertolongan Allah atau untuk Allah memakbulkan doa dan permohonan.

            3. Berusaha bagi menghapuskan kedudukan saudara Islam adalah di suruh dan di galakkan, misalnya menziarahi saudara Islam yang sakit dan membantu dalam kesulitan. Allah akan membalas usaha usaha ini dengan memberi ganjaran baik di akhirat.

            4. Menyembunyikan keaiban saudara Islam adalah di suruh, memberitahu kejahatan  dan mencegahnya adalah wajib, demikian pula mededahkan kejahatan untuk menjadi panduan dan tauladan adalah di haruskan.

            5. Orang islam di arahkan supaya sedia berkerja sama dalam perkara perkara kebajikan dan dalam amalan amalan yang di redhai Allah.

            Huraian huraian di atas aku petik dari Empat Puluh Hadis Pilihan , Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab "Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Tentu sebagai orang Melayu kita faham maksud hadis tersebut, atau kita sengaja buat buat tidak faham. Ini bukan kata aku, ini adalah sabda Rasulullah s.a.w..Atau mungkin ada yang lebih alim lagi boleh menafsir hadis ini dengan bijaksana mengikut arus zaman.

            Cuba kita lihat di seluruh Negara Islam, apa yang terjadi, perebutan kuasa sana sini, pembunuhan sana sini. Berebut dari siapa, berbunuh kerana apa? Yang jatuh ke bumi Orang Islam. Siapa yang jatuhkan? Aku rasa aku tidak mahu pergi jauh, nah disini di Negara kita sendiri. Apabila tidak ada kesepakatan, rasa tidak puas hati, mungkin juga hasad dengki, orang Melayu dengan Melayu, mereka tidak segan silu mepertahankan idealogi mereka dengan menguchapkan kalimah Allah, di jalanan sambil berteriak "ALLAH HUAKBAR".

            "ALLAH HUAKBAR sana, ALLAH HUAKBAR sini, tapi dituju untuk siapa? Sana Islam sini pun Islam, dua dua mengaku Islam, jadi siapa yang tidak Islam disini. Mereka lebih pentingkan idealogi daripada bermufakat dan bermuzakarah. Cobalah sekali sekali baca Al'Quran dan Hadis, tapi kalau baca sahaja dan tidak di amalkan jadi segi empat balik.

            Cuma pinta ku renungkanlah maksud Hadis tersebut, fahamilah apa yang tersurat dan tersirat, agar keharmonian terjalin di antara kita. Jangan jadi Harimau sama Harimau berebut mangsa, Serigala tersenyum dapat habuan. Andai ada kata kata ku yang kurang sopan, aku minta maaf, yang baik semuanya datang dari Allah, dan yang kurang baik adalah hawa nafsu aku sendiri, akhir kalam, selamat berpuasa, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog