Saturday, 30 July 2011

KENANGAN RAMADAN

            Apa bila Ramadan menjelang aku teringat kisah silam, dimana aku mula mula belajar berpuasa. Pada masa itu umur ku baru dalam ligkungan tujuh tahun. Kebetulan pula waktu itu cuti sekolah telah bermula. Ini bermakna waktu untuk berihat tentu panjang, almaklum sebagai budak kampung aktiviti cuti sekolah aku penuhi dengan bermain dengan rakan rakan kampung yang sebaya dengan ku.
            Masih jelas dalam ingatan ku pertama kali aku bangun sahur, mata ku masih terpejam, nasi yang aku makan terasa tidak mahu masuk ke mulut ku, mungkin belum biasa, aku cuma dapat makan sedikit sahaja, selepas itu aku menyambungkan tidur ku.
            Ke esokan harinya, selepas mandi, aku bersiap siap diri untuk pergi bermain dengan rakan rakan kampung ku, seperti biasa sebelum pergi bermain aku pasti minum dulu, dengan selamba aku menuju kedapur untuk mendapat kan secawan air kopi, puas aku cari tapi air kopi belum di sedia oleh ibu ku, lantas aku bertanya pada ibu ku kenapa hari ini tiada air kopi, ibu ku hanya memberitahu aku bahawa kami berpuasa.
            Aku pun turun dari rumah untuk berjumpa rakan rakan sekampung ku, seperti biasa mereka sudah siap sedia menunggu. Aktiviti yang selalu kami buat adalah berrmain dengan roda basikal, kami akan menyorongkan roda basikal itu sekeliling kampung. Permainan itu memang meletihkan. Sudah puas bermain dengan roda basikal aktiviti selanjutnya ada membuat rondaan di kebun kebun orang cina yang kebetulan tidak jauh dari kampung ku.
            Di kebun orang cina itu banyak di tanam dengan pokok buah buahan, pokok buah yang aku dan rakan rakan gemar sekali ganggu adalah pokok jambu. Kami terus memanjat pokok jambu itu, entah kenapa pada hari itu nasib kami malang sedikit, rupa rupanya anjing peliharan cina itu menghidu kehadiran kami, anjing itu terus menyalak ,apa lagi kami terus terjun dari pokok itu dan lari bertepiaran dengan masing membawa buah buah jambu yang sempat kami petik. Aku hampir di gonggong oleh anjing itu, nasib baik aku ada buah jambu, aku baling anjing itu dengan buah jambu yang ada pada aku, anjing itu pun tidak jadi mengejar kami.
            Dengan nafas yang tersekat sekat sempat juga kami ketawa melihat anjing yang mengejar kami, lari lintang pukang kerana takut di baling dengan buah jambu kepunyaa tuannya. Apa lagi kami pun balik kerumah masing masing sambil memakan buah jambu. Aku duduk di anak tangga rumah ku sambil memakan buah jambu itu, tanpa ku sedari ibu ku memerhati perbuatan ku, dan menegur aku, apa aku tidak berpuasa.
            Aku sebenarnya tidak ingat bahawa aku berpuasa pada hari itu, mungkin juga rakan rakan ku pun sama. Petang itu aku tak sanggup berdepan dengan ibu ku untuk berbuka puasa, namun aku buat muka tembok untuk turut serta di majilis itu. Andai kata anjing yang pernah aku baling dengan buah jambu tuannya dahulu dapat membaca kisah ini tentu dia akan tersenyum geram. Walau bagai mana pun aku uchapkan kepada teman teman semua Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog