Saturday, 23 July 2011

Samson dan Delilah

Di zaman persekolahan ku, aku gemar membaca cerita-cerita dongeng, mitos dan sejarah. Hari ini aku ingin berkongsi salah satu dari cerita-cerita itu, ia itu kisah Samson dan Delilah. Kalau tak silap aku cerita asal Samson dan Delilah adalah berasal dari kitab Injil. Aku sebenarnya tidak mahu tahu kesahihan cerita ini, yang penting bagi aku ada kisah disebalik cerita itu.

Samson adalah seorang lelaki gagah, yang mempunyai susuk badan yang tegap. Di-zamannya, Samson adalah pahlawan terbilang, tiada seorang pun boleh menandingi kekuatannya.

Namun pun demikian Samson mempuyai rahsia di sebalik kekuatannya. Sebagi seorang lelaki naluri untuk menyintai wanita pasti ada, akhirnya Samson jatuh cinta pada seorang wanita yang cantik jelita bernama Delilah. Samson pun mengawini Delilah.

Delilah mempuyai maksud jahat tehadap Samson, setiap malam sebelum tidor, Delilah akan memujuk Samson agar memberi tahu rahsia disebalik kekuatannya. Samson tetap enggan memberi tahu rahsia itu, tapi pada satu malam kealphaan Samson telah memberi bayangan rahsia disebalik kekuatannya. Delilah mengambil kesempatan ini untuk menewas Samson.

Disebalik cerita itu , dizaman kita ini telah bermunculan Samson moden, kita akan melihat terpampang didada akbar Samson samson moden diseret di muka pengadilan, satu demi satu mereka jatuh tersungkur ditangan Delilah morden.

Kalau Samson zaman dulu punya kekuatan dari segi fizikal, Samson moden pula mempunyai kekuatan dari segi kedudukan, pengaruh, dan wang ringgit. Rahsia untuk menewaskan Samson adalah dirambutnya, dan rahsia untuk menewaskan Samson moden ada di-CCTV yang dipasang dibilik bilik hotel.

Dari segi moral Samson zaman dulu kawin secara sah dengan Delilah, tapi Samson moden pula dah punya isteri tapi main sorok sorok dengan Delilah moden. Namun pengakhirnya sama, jatuh tersungkur di tangan Delilah

Maka sama samalah kita renungkan agar ia menjadi iktibar untuk kita, kerana Allah sentiasa melihat perbuatan kita, Allah maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog