Aku cuba meceritakan kisah ini dengan gaya cerpen, tentu nanti ada kelemahan kelemahan yang terdapat dalam penulisan ini, almaklum aku baru saja ingin berjinak jinak dalam alam pernulisan, andai terdapat kelemahan kelemahan dalam penulisan ini sudi kiranya teman teman memberi tunjuk ajar.
Pada tahun 1997, dunia mengalami kemerosotan ekonomi. Negara kita juga tidak ketinggalan merasai bahangnya. Teman ku ini berkerja dengan sebuah syarikat tempatan yang menjual kenderaan terpakai. Dia adalah seorang jurujual.
Entah kenapa pada hari itu boss tempat dia berkerja tiba tiba saja bercerita tentang kehebatan seorang bomoh. Teman ku itu tertarik dengak topik itu, kerana ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kehebatan bomoh itu, maka dengan tidak segan silu dia membuat perjumpaan dengan bomoh itu. Dia sangat terdesak, sudah enam bulan dia tidak dapat menjual sebuah kereta pun, maka jalan yang terbaik adalah berurusan dengan bomoh itu, manalah tahu nasibnya boleh berubah.
Pada malam jumaat yang telah dijanjikan dia menjemput bomoh itu. Didalam perjalanan menuju ke rumahnya tiba tiba seekor tikus melintas kenderaan yang mereka pandu.
"Ah itu halangan kecil." Kata bomoh itu. Teman ku tidak mengambil indah dengan apa yang di kata bomoh itu.
"Kamu ada menyediakan bunga tak?" Tanya bomoh itu kepada teman ku.
"Tidak ada." Jawap teman ku selamba.
"Kalau begitu kita ke tapak pekuburan, disana banyak bunga." Bomoh itu memberi cadangan. Teman ku tidak membantah, dia terus memandu ke tapak perkuburan. Sesampai di tapak perkuburan bomoh itu pun sibuk memetik kuntum kuntum bunga.
"Bunga ini nanti sebagai syarat untuk mandi." Kata bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya mengangguk angguk kepala tanda setuju.
Mereka sampai di rumah waktu magrib. Sebelum upacara di mulakan Teman ku mengambil kesempatan untuk solat magrib. Tidak juga aku bertanya sama ada bomoh itu solat magrib atau pun tidak.
Selesai solat magrib upacara pun dimulakan. Pada waktu itu teman ku memakai baju melayu dan berkain pelikat, isterinya pula memakai sepasang baju kurung dan berkerudung.
"Kamu berdua mesti di mandikan bersama." kata bomoh itu. Belum sempat teman ku bertanya apa apa, bomoh itu terus menyambung kata katanya."Tak usah tukar pakaian, mandi terus dengan pakaian yang sedia ada." Teman ku dan isterinya akur dengan permintaan bomoh itu.
"Kamu ini kena perbuatan orang." Tiba tiba saja bomoh itu meberitahu teman ku. "Orang bodoh mana pulak yang nak buat aku ni, aku ni bukannya orang berada." Bisik hati teman ku.
"Kamu banyak musuh, rambut sama hitam hati lain lain." Bomoh itu memberi penerangan, seolah olah tahu bisikan hati teman ku.
Selepas upacara mandi, bomoh itu mengarahkan teman ku supaya pakaian yang basah itu di simpan di dalam sebuah beg dan akan di bawa pulang oleh bomoh itu.
"Pakaian kamu berdua aku hendak kuburkan, sebab semua perbuatan jahat orang telah melekat di pakaian itu." Kata bomoh itu kepada teman ku. Teman ku tidak berkata apa kerana tepaksa akur.
"Berapa pengerasnya?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.
"Berapa saja yang kau beri, tapi emas yang bersambung tidak boleh di tukar dengan nilai wang." Kata bomoh itu selamba, sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu, mungkin mentra semerah padi. Aku dapat bayangkan pengeras kedua yang bomoh itu tetapkan, membuat teman ku ini melihat berberapa ekor
kunang kunang berterbangan mengelilingi kepalanya. Apa nak dikata sendiri buat sendiri tanggung.
kunang kunang berterbangan mengelilingi kepalanya. Apa nak dikata sendiri buat sendiri tanggung.
Bomoh itu meminta kebenaran turun ke laman rumah teman ku, kononnya untuk membuat pagar gaib, agar nanti perbuatan jahat tidak akan berulang.
"Kalau aku beri salam kau mesti jawab ya." Bomoh itu memberi peringatan kepada teman ku, dan terus turun ke laman rumah. Tidak berberapa minit bomoh itu memberi salam. Salam bomoh itu pun di sahut oleh teman ku, sambil menghulurkan tangan mempelawa naik ke rumah.
"Ada orang tanam barang jahat di halaman rumah kamu." Kata bomoh itu kepada teman ku,
"Kau harus ambil sendiri, ianya tidak jauh, di bawah lingkaran sayur labu yang kau tanam." Terang bomoh itu kepada teman ku.
"Kau takut?" Tanya bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya menganggukkan kepala.
"Baiklah aku akan menemani kamu." Pelawa bomoh itu kepada teman ku. Mereka menjumpai barang yang di katakan bomoh itu, dan terus naik ke rumah.
Rupa rupanya barang itu cuma kotak mancis King Kong, kandungannya ada secebis kayu dan sebatang jarum.
"Apa kaitannya secebis kayu dan jarum ini?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.
"Kamu tidak faham, kayu ini bukan sebarang kayu, ia adalah dari pada kayu nisan,tujuan kayu ini adalah supaya hidup kamu umpama orang yang sudah mati dan kamu tidak akan berjaya dalam hidup kamu,dan jarum ini untuk membuat kamu sakit." Begitu panjang lebar penerangan bomoh itu kepada teman ku.
"Dah berapa lama kotak ini berada di laman rumah saya?" Tanya teman ku.
"Lebih kurang tiga tahun." Jawab bomoh itu.
"Tiga tahun tak masuk akal, kenapa kotak ini tidak rosak, sayur labu itu baru saja di tanam satu bulan yang lalu, saya tidak percaya." Kata kata teman ku ini membuat wajah bomoh itu berubah, jelas terbayang di wajah bomoh pembohongannya hampir terbongkar. Bomoh itu cuba memberi berbagai alasan kenapa kotak itu tidak rosak, tapi teman ku sudah tidak berminat. Aku teringat dialog bomoh itu tentang tikus yang melintas semasa dalam perjalanan ke rumah teman ku, halangan kecil katanya.
Teman ku mengambil keputusan untuk menghantar bomoh itu pulang. Pengerasnya tetap di beri, wang lima puluh ringgit, gelang emas isterinya dan pakaian pun menjadi korban di atas kebodohannya sendiri.
Moral dari cerita ini adalah sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Qadak dan Qadar Allah, perbuatan mempercayai bomoh adalah syirik.

Gambar ini hanya sebagai hiasan semata mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.

No comments:
Post a Comment