Tuesday, 30 August 2011

Akibat Hujan Panas

Seperti biasa kisah yang akan aku paparkan di-sini berlaku di-sebuah kampung di-atas bukit. Kisah seorang budak prempuan berumur lima tahun yang tiba tiba meninggal dunia selepas berlari dalam hujan panas.

Pada tengah hari itu, hujan renyai renyai mulai turun. Apabila hujan turun di-waktu sang suria menyinar terik, telah menjadi kebiasaan orang kita tidak membenarkan anak anak bermain dibawah hujan panas itu.

Monday, 29 August 2011

Panggilan Dari Luar Pantai

Setiap kali telefon berdering, setiap kali juga Ana mengharap itu adalah panggilan daripada Zig suaminya. Ianya amat menyiksa.

"Zig kenapa kau tak call." Keluh Ana.

Dia baru saja bangun dari tidurnya. Tidur yang diulit mimpi. Mimpi yang terbawa bawa hingga kewaktu sedarnya.

Tahyul Tapi Benar (Akibat Ilmu Kepala Terbang) Bhg Akhir.

Isteri Pak Sudin sibuk mengemas apa apa saja barang kepunyaan Almahrum suaminya. Adalah diberi tahu barang barang kepunyaan Pak Sudin tidak boleh di-beri kepada orang lain kerana roh jahat atau hantu perliharaannya akan datang menggangu.
Aku pernah menulis mengenai bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia datang mengujungi kubur dan rumah mereka. Teman teman boleh membaca di-dalam blog ini dan clik di tajuk Menziarahi Kubur.
Mengenai masaalah roh kita cuma yakin dan beriman kepada firman Allah s.w.t. yang ertinya:
"Mereka hendak bertanya padamu (Wahai Muhammad) tentang roh. Katakan bahawa roh itu adalah urusan Tuhan."         (Bani Israil: 85)

Tahyul Tapi Benar (Akibat Ilmu kepala Terbang)

Ini adalah kisah benar. Aku dapat sumber ini dari orang yang tedekat. Ianya berlaku disubuah kampung diatas bukit, Kampung ini memang mempunyai kisah misterinya yang tersendiri.

Pak Sudin (nama samaran) memang terkenal dengan kekayaannya. Sumber kakayaannya memang boleh dipertikaikan. Dia mengamalkan ilmu hitam yang dipanggil penagalan. Kepala yang boleh terbang.

Sumber sumber darimana dia mendapat ilmu hitam itu aku benar benar tidak tahu, Apa yang ingin aku kongsikan disini adalah saat kematiannya.

Terompah Kayu Berwarna Merah (Bhg Akhir)

Kini enam tahun sudah berlalu. Berita tentang Jono, tidak lagi kedengaran. Emak dan bapa Jono pasrah. Hanya kepada ilahi berserah.

Zaiton tidak sanggup menanti. Satu penyeksaan katanya. Takut jadi andartu. Takut tidak laku. Di-fikir satu persatu. Tindakan jangan melulu. Lebih baik kawin umur dua puluh satu. Umur dua puluh dua dapat anak satu. Cuma satu, minta direstu, kedua pihak  harus setuju, jangan sampai dikata anak hantu.


Tuesday, 23 August 2011

Cirit

Kalau teman teman ada mengalami sakit perut tiba tiba (cirit) eloklah mengubatinya dengan cara tradisional.

Cara mengubati cirit di bawah ini telah di amalkan oleh orang orang tua di kampung pendalaman dan mereka dapati cara ini berkesan dan tiada kesan sampingan.

Cara caranya :

Monday, 22 August 2011

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam (BAHAYA KEDUA 2)

Nabi SAW bersabda :

"Berbahagialah orang yang menahan kelebihan dari lidahnya dan mambelanjakan kelebihan dari hartanya".

(Dirawikan Al-Baihaqi dan lain lain).

Maka perhatikanlah, bagaimana manusia memutar balikkan keadaan pada yang demikian. Mereka menahan kelebihan harta dan melepaskan kelebihan

Meriam Besi

Aku rasa teman teman pernah mendengar tentang meriam besi. Ianya cuma sebatang besi yang diameternya lebih kurang 5 atau 6 inci, panjangnya pulak terserah, selalunya 6 kaki.

Di kampung aku, tidak ada yang bermain meriam besi, mungkin batang besi untuk membuat meriam itu terlalu sukar untuk di cari, tidak seperti di bahagian Miri, Sarawak, untuk mendapat batang besi itu begitu mudah, itu pun dalam tahun 1980.

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam (BAHAYA KEDUA 1)

BAHAYA KEDUA : perkataan yang berlebihan.

Itu juga tercela. Dan ini termasuk turut campur pada yang tidak penting dan menambah pada yang penting sekadar perlu. Kerana orang yang mementingkan sesuatu itu mungkin ia menyebutkannya dengan perkataan pendek. Dan mungkin membesarkannya, menetapkan dan mengulang ulangi. Dan manakala tercapai maksudnya dengan sepatah kata, lalu disebutnya dua patah kata. Maka kata kedua itu berlebihan. Artinya : berlebihan dari keperluan.

Sunday, 21 August 2011

Menziarahi Kubur



Tiap kali Syawal menjelma pasti ramai umat umat Islam akan menziarahi tapak perkuburan. Kita akan melihat disegenap pelusuk tapak perkuburan akan dibanjiri oleh umat umat Islam. Ianya kelihatan seperti sebuah pesta.

 Menzairahi tapak perkuburan menjelang Syawal telah menjadi kebiasaan bagi umat umat Islam dinegara kita, namun ianya tidak menyalahi hukum syarak. Bagi aku menzairahi tapak perkuburan dapat membuat kita insaf, dan mengingati diri kita bahawa kita pasti akan kesana jua.

Saturday, 20 August 2011

Ajal Dan Maut

Kita tidak menjangka, bila ajal akan menjemput kita, begitu juga dengan seekor kucing ini. Ianya terjadi seperti sebuah mimpi. Siapa menjangka silincah ini akan menemui ajalnya.

Petang tadi sewaktu aku keluar rumah hendak membeli makanan untuk berbuka, aku terlihat seekor kucing hitam, menghendap hendap dipekerangan rumah ku. Waktu itu aku berada didalam kereta. Aku cuma melihat lagak silincah itu.


Friday, 19 August 2011

Akibat Mercun Papan

Setiap Ramadan tiba, masaalah yang sering kita dengar adalah mengenai mercun. Aku teringat pada seorang budak sekampung ku. Namanya Ibrahim, budak ini taklah nakal sangat tapi lurus bendul. Apa saja disuruh dia pasti akan menurut perintah. Oleh kerana perangainya yang lurus bendul itulah mengakibatkannya menjadi mangsa budak budak kampung.

Masa itu mercun belum lagi diharamkan, maka mercun bebas dijual dimana mana. Kedai yang paling banyak membekalkan mercun adalah kedai tokey Ah Hoi. Maka kedai inilah menjadi tumpuan budak budak kampung.

 

Zakat

Assalamualaikum, teman teman, hari ini kita sudah berpuasa selama 19 hari, ini bermaknaan tinggal 11 atau 10 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal, Insya Allah.

Apa kah teman teman sudah membayar Zakat? Aku cuma nak megingatkan sahaja. Walau pun belum terlambat, tapi lebih elok kalau kita boleh cepat cepat membayar, almaklum kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari esok. Bagi teman teman yang dah dapat menyarakan diri sendiri maka membayar zakat wajib hukumnya.


Monday, 15 August 2011

Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah 10 malam terakhir bulan Ramadan. Pada 10 malam terakhir inilah umat umat Islam yang benar benar mengharap ganjaran dan pahala daripada Allah akan beribadah semaksima mungkin. Ianya tepulang kepada keikhlasan induvidu tersebut.

"Ya Allah, Ya Rabb, hamba mohon kepadaMu andainya apa yang hambaMu nukilkan disini, tidak dapat hamba tunaikan, dan jika ianya menjadi hisab dihari perhitungan, janganlah hambaMu ini ditempatkan bersama sama orang yang munafik, maka ampuni dosa dosa hambaMu ini. Amin Ya Rabilalamin.

Meriam Buluh

Aku masih ingat waktu zaman kanak kanak ku. Apa bila tiba bulan Ramadan kami akan sibuk pergi kehutan mencari buluh untuk membuat meriam.  Kami akan pergi berkumpulan, dan setiap kumpulan mestilah membawa perkakas untuk menebang buluh.

Kebetulan pula di kawasan perkampungan kami masa itu banyak ditumbuhi oleh rimbunan buluh buluh liar, maka perkerjaan untuk mendapatkan buluh yang besar begitu mudah buat kami.

Sunday, 14 August 2011

Kad Raya

 Assalamualaikum, kepada semua teman teman muslimin dan muslimat, ada sebahagian daripada teman teman kita tidak pernah menerima Kad Raya.  Era mengirim dan membalas Kad Raya sudah berakhir.

Kalau dulu setiap rumah pasti mempunyai kad raya, mereka akan menghias kad kad itu mengikut kreativiti mereka. Ianya menjadi kebangaan. Setiapkali apabila berkunjung kerumah kawan kawan pasti kad raya jadi tumpuan. Mereka pasti bertanya berapa banyak kad raya yang diterima, lebih lebih lagi kalau kad itu datangnya daripada penyanyi atau pelakon idola mereka.

Selangkah Kealam Ghaib 2

Sudah satu minggu mak Senah berada dirumah. Sejak penemuannnya, mak Senah tidak lagi seperti biasa, dia asik meracau racau. Bahasa yang mak Senah uchapkan sukar untuk difahami. Dia seperti orang buta, meraba raba.

Pak Abu benar benar tertekan dengan perubahan mak Senah. Sudah bermacam macam bomoh di panggil untuk menyembuh isteri kesayangannya, namun tidak seorang pun daripada bomoh itu dapat memulihkan keadaan mak Senah.

Saturday, 13 August 2011

Selangkah Kealam Ghaib

Senja itu Mak Senah termenung, mungkin terkenang kisah silam. Mak Senah semasa mudanya memang cantik, berkulit cerah dan peramah orangnya. Sejak akhir akhir ini dia sering duduk seorang diri, tidak banyak cakap. Kegemaran Mak Senah lain sedikit. Dia suka merayau rayau diwaktu senja. Oleh kerana terbiasa dengan kegemara Mak Senah itu, orang kampung tidak hiran lagi. Dulu Mak Senah pernah hilang selama lapan hari. Selepas peristewa itu suara Mak Senah berubah menjadi sengau.

Balik Kampong 2

Ingin ku sambung kembali cerita balik Kampung, dalam hidup ku aku kira ada lima kali aku tak dapat balik kampung beraya. Sebab sebab mungkin ada persamaan dengan teman teman, salah satu daripadanya adalah cuti kena tahan, alasan majikan beri peluang pada rakan rakan lain yang belum balik cuti beraya.

Aku balik kampung hanya mempunyai satu tujuan, iaitu berjumpa dengan kedua orang tua, dan adik beradikku.

Friday, 12 August 2011

Balik Kampung

Alahamdulillah, hari ini sudah 12 hari kita berpuasa, hanya tinggal 18 hari lagi, kita akan meraikan kejayaan kita, Insya Allah. Sekarang ini tentu  ramai yang merancang hendak bercuti.

Bila aku kata bercuti, ertinya kita tidak berkerja. 

Thursday, 11 August 2011

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam (Bahaya Pertama 5)

Begitu pula, engkau bertanya tentang sesuatu persoalan, yang tidak perlu bagi engkau. Dan yang ditanya itu, kadang kadang tidak membolehkan bagi dirinya, untuk mengatakan: "Aku tidak tahu!". Lalu ia menjawab tanpa melihat lebih jauh.

Anjing Anjing Liar

Bila kita kata Anjng Liar, sudah pasti itu adalah gelaran di beri pada Anjing anjing yang tidak bertuan. Pada mula anjing anjing ini memang bertuan, mungikin ianya terlalu aktif membiak, atau anjng anjing itu sendiri yang  lari daripada tuannya, maka lahirlah kumpulan kumpulan anjing liar ini.

Bila sebut pasal anjing aku teringat pada seorang kawan sekampung ku. Dia orang melayu beragama Islam, tapi keluarganya membela anjing. Oleh kerana membela anjing, budak budak kampung mengelarnya Man kafir, tiap kali bila aku balik kampung, aku akan bertanya pada adik beradik ku di mana Man Kafir sekarang ini.

Wanita Jilbab Pakai Buang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Aku ingin menyentuh tentang wajibnya bagi wanita wanita Islam memakai Jilbab. Di zaman ini sudah ramai wanita wanita Islam menutup kepala mereka, ini satu petanda baik bagi umat Islam.

Yang menjadi tanda tanya aku, apakah mereka benar benar faham hukum memakai tutup kepala itu, atau mereka cuma ikut ikutan sahaja. Kerana sekarang ini aku lihat memakai tutup kepala hanya sebagai fesyen.

Wednesday, 10 August 2011

Seterika Kotor

            Kalau seterika anda kotor pada bahagian bawah atau tapaknya, anda boleh mencucinya dengan menaburkan sedikit gagam di-atas kertas suratkhabar (news print) dan gosoklah pada tapak seterika itu. Semua kotoran itu akan hilang. 
            Selamat mencuba.

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam (Bahaya Pertama 4)

Batas perkataan tentang yang tidak penting bagi engkau, ialah: bahawa engkau berkata kata dengan perkataan, di-mana jikalau engkau diam dari perkataan itu, niscaya engkau tidak berdosa.

Tuesday, 9 August 2011

Pakaian Berbau Harum

Untuk menjadikan pakaian anda berbau harum, selain dari di-sapu atau di-renjis air wangi ada satu cara lagi, iaitu ketika anda hendak menggosok atau menyeterika pakaian, renjiskan sedikit air wangi di-atas alas kain seterika itu, niscaya pakaian anda berbau wangi dan lama tahannya.

Bahaya Lidah dan Keutamaan Diam (Bahaya Pertama 3)


Mujahid berkata: “aku mendengar Ibnu Abas berkata: “Ada lima hal, yang lebih aku sukai, melebihi dari kuda yang sudah di siapkan untuk di kenderai, yaitu: Pertama jangan engkau berkata kata pada yang tidak bagi engkau. Kerana itu adalah hal yang berlebihan (tidak penting) dan tidak aman engkau dari dosa dan jangan engkau berkata kata pada yang tidak penting bagi engkau, sebelum engkau mendapat tempat bagi perkataan itu. Kerana banyak orang yang berkata kata tentang sesuatu yang penting baginya, yang di letakkannya pada bukan tempatnya. Lalu ia menghadapi kesulitan.
Kedua: jangan engkau bertengkar dengan orang yang lemah lembut dan orang bodoh. Kerana orang yang lemah lembut itu, akan marah kepada engkau dalam hatinya dan orang yang bodoh akan menyakiti engkau dengan lidahnya.
Ketiga: sebutlah temanmu apabila ia jauh dari engkau, dengan perkataan yang engkau sukai, ia menyebut engkau. Dan ma’afkanlah dia dari apa yang engkau sukai ia mema’afkan engkau.
Keempat: bergaullah dengan teman engkau dengan cara yang engkau sukai ia bergaul dengan engkau.
Kelima: berbuatlah sebagai perbuatan seseorang yang tahu bahwa perbuatan itu dibalas dengan baik dan di seksa dengan dosa”.
Orang bertanya kepada Lukmanul-hakim: “Apakah falsafah hidupmu (hikmahmu)?”. Lukmanul-hakim menjaab: “Aku tidak bertanya tentang sesuatu yang telah memadai bagiku. Dan aku tidak mmberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku”.
Muriq Al-“Ajli berkata: “Suatu hal, aku sudah mencarinya semenjak duapuluh tahun yang lalu, tetapi aku tidak meperolehnya. Dan aku tidak meninggalkan mencarinya”. Lalu mereka bertanya: “Apakah hal itu?”. Maka Muriq menjawab: “Diam daripada yang tidak penting bagiku”.
Umar r.a. berkata: “Jangan engkau datangi sesuatu yang tidak penting bagi engkau! Asingkanlah diri dari musuh engkau! Awasilah teman engkau dari orang banyak, kecuali orang kerpercayaan! Tidak ada orang yang kepercayaan, selain orang yang takut akan Allah Ta’ala. Jangan engkau temani orang zalim, nanti engkau memperoleh pengetahuan dari kezalimannya! Jangan engkau perlihatkan kepadanya rahsia engkau! Dan bermusyawarahlah tentang urusan engkau dengn mereka yang takut akan Allah Ta’ala.

Monday, 8 August 2011

Hadis 40 (Sifat orang Islam) 1

            Saban hari kita membaca di dada akhbar pertelingkahan orang orang Melayu. Ada yang menuduh kumpulan ini tidak islamik, kumpulan iitu tidak Islamik. Betulkah orang orang Melayu di negara ini beragama Islam? Ada orang yang akan marah, mungkin mereka anggap aku ini bodoh, bertanya soalan sedemikian rupa. Betulkah agama pegangan kita Islam? Atau Islam cuma di KP, iaitu Islam di Kad Pengenalan.

            Aku rasa  mereka patut marah, kerana setiap orang Melayu yang lahir di Negara ini pasti beragama Islam. Aku minta maaf andai aku tidak sensitif mengenai itu. Aku sendiri orang Melayu beragama Islam. Apa kah keislaman aku itu tulen, jawapannya ada pada diri kita sendiri.

            Di hari baik dan bulan yang penuh berkah ini, aku cuba merenung salah satu daripada "Empat Puluh Hadis Pilihan" yaitu "Sifat Orang Islam". Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita dengan dua warisan, nilainya tiada termampu kita bayar, iaitu Al'Quran dan Hadis. Warisan ini adalah titik notah untuk kita menjalani kehidupan kita di alam fana ini. Hidup yang pasti penuh onak dan duri, simpang siur, namun ada jalan lurusnya yang kurang diminati.Tiada fomula fomula lain di dunia yang dapat menandingi kandungan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w..

          1. "Sifat Orang Islam"
Terjemahan Hadis:  Daripada Abdullah ib Umar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda "Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada Hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seorang Islam, Allah akan menutup keaibannya."

            Sekarang cuba kita tanya diri kita, apa yang kita faham tentang maksud tersurat dan tersirat pada hadis ini.Baik aku tulis kan huraiannya:

            1. Perkataan mukmin (kalau kita baca tek bahasa arabnya) di dalam Hadis ini adalah bererti orang Islam yang sebenar, bukan pada zahirnya sahaja : setakat mengucapkan dua kalimah syahdat di lidah tampa meresap ke dalam hati dan amalan, atau setakat memiliki nama dan tradisi agama Islam sahaja. Muslim yang sebenar juga seorang yang mukmin, kerana orang orang mukmin sahajalah yang sanggup menganggap seorang Islam yang lain itu sebagai saudaranya, tepat seperti firman Allah: ("Orang mukmin adalah bersaudara.") Adapun maksud 'bersaudara' di sini ialah perhubungan antara sesama Islam adalah seperti perhubungan saudara saudaranya menurut keturunan, iaitu suatu bentuk perhubungan yang kuat yang tidak ada pengkhianatan dan kezaliman. Bentuk perhubungan yang seperti ini adalah timbul dari iman yang telah mendarah daging dan yang telah menguasi gerak geri dan tingkahlakunya menuju ke arah yang di redhai oleh Allah. 


            2. Menolong hajat saudara; ertinya berusaha dan berkerjasama untuk kepentingan dan kebajikan, sama ada yang mengenai kepentingan peribadi perseorangan dan lebih lebih lagi yang mengenai kepentingan ramai. Maeraka yang berusaha menolong orang lainakan mendapat pula balasan pertolongan daripada Allah bagidirinya, yang bererti sesiapa yang ingin supaya hajatnya tercapai maka hendaklah menolong orang lain dan tidak merasa susah dan berat untuk membantu mereka yang kurang dan brhajat mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan.


            3. Melepaskan kesusahan dan kedukaan saudaranya, bererti berusaha dengan segala daya bagi menimbulkan kesenangan dan kegembiraan antara sesama Islam. Ia bukan sahaja setakat berdoa, malah dengan cara yang lebih berkesan ailah berusaha bagi menyenangkan saudaranya. Usaha usaha yang suci dan jujur seperti ini akan mendapat ganjaran baik daripada Allah, di mana Allah akan menghilangkan pula kedukaan dan kesusahannya pada Hari Kiamat.
         

Bau Nafas


Ramai orang yang apabila bernafas akan berbau busuk dan ini boleh menjadikan kawan tidak suka kepada kita. Untuk mengubatnya cubalah cara tradisional ini:

            Ambil sebuku asam jawa (kira kira sebesar ibu jari kaki) bancuh dengan gula merah dan bubuh sedikit air panas. Ambil airnya dan minum.

            Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur.

            Akar bayam boeh juga di-jadikan ubat, iaitu ambil akar bayam kira kira satu ikat (10 batang), garam sesuku camca the, tumbuk batang bayam tadi hingga limat dan campurkan garam.
            Perah dan ambil airnya, kemudian di-embun semalaman. Apabila bangun tidur waktu pagi minumlah. Amalkan tiga pagi.

            Air the yang pekat dan jangan di-campur gula di-gunakan untuk berkumur tiap tiap pagi. Insya Allah nafas tidak berbau lagi.

Bahaya Lidah dan Keutamaan Diam (Bahaya Pertama 2)


Pada hadits lain tersebut: “Bahwa Nabi s.a.w. kehilangan Ka’ab bin ‘Ajrah. Lalu beliau tanyakan dimana Ka’ab sekarang. Mereka menjawab: “Ia sakit” LaluNabi s.a.w. keluar berjalan, sehigga sampai kepada Ka’ab. Sewaktu Nabi s.aw. masuk ketempat Ka’ab lalu beliau bersabda: “Gembiralah, hai Ka’ab!”. Maka sahut ibu Ka’ab: “Selamat, bagimu syurga, hai Ka’ab!”. Lalu Nabi s.a.w. bertanya: “Siapakah wanita yang bersumpah ini terhadap Allah?”. Ka’ab menjawab: “Ibuku wahai Rasulullah!”. Lalu Nabi s.a.w. menyambung: “Apakah yang memberitahukan kepada engkau, wahai Ibu Ka’ab?. Mungkin Ka’ab berkata perkataan yang tidak diperlukan atau tidak berkata yang di perlukan”. Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya dari Ka’ab bin ‘Ajrah dengan inad bagus.
Artinya: sesungguhnya syurga itu disediakan bagi orang yang tidak kena hisab (hitungan amal pada hari akhirat). Orang yang berkata kata, mengenai yang tidak di perlukan, niscaya ia kena hisab amal, walau pun perkataannya pada yang di perbolehkan (mubah). Maka tidak di sediakan syurga serta adanya perdebatan pada hisab itu. Sesungguhnya itu adalah semacam azab. Dari Muhammad bin Ka’ab yang mengatakan: “Rasulullah s.a.w. besabda: “Sesungguhnya orang pertama yang masuk dari pintu ini, ialah orang laki laki dari penduduk syurga”. Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya dan ini hadits mursal.
Lalu bangun beberapa orang sahabat Rasulullah menyambutnya, seraya mereka menerangkan kepada demikian. Merka berkata kepada Abdullah bin Salam: “Terangkanlah kepada kami, amal yang terpecaya pada dirimu, yang engkau harapkan!”. Maka Abdullah bin Salam menjawab: “Sesungguhnya aku ini orang yang lemah. Dan amal yang terpacaya, yang aku harapkan pada Allah, ialah selamat dada (iman) dan meninggalkan apa yang tidak penting (perlu) bagiku”.
Abu Dzar berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: “Apakah aku tidak memberitahukan kepadamu, amal yang ringanpada badan dan berat pada timbangan?”. Lalu aku menjawab: Belum, wahai Rasulullah!”. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: “Yaitu: bagus akhlak dan meninggalkan apa yang tidak penting”. Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya, dengan sanad yang terputus (munqathi)                                                            (bersambung)

Sunday, 7 August 2011

Sakit Gigi

Kalau dengan tiba tiba anda diserang sakit gigi, maka cubalah ubat ini, iaitu ambil sebuku tawas kira kira sebesar ibu jari, setengah camca teh garam, masukkan ke dalam gelas dan masukkan pula air panas ke dalam gelas itu dan tutup rapat supaya wapnya tidak keluar.

Apabila air itu sudah suam suam kuku, gunakannya untuk berkumur.

Selamat mencuba. Insya Allah.

Bahaya Lidah dan Keutamaan Diam (Bahaya Pertama 1)


BAHAYA PERTAMA: perkataan pada yang tidak memerlukan.
Ketahuilah, bahwa keadaan anda yang paling baik,ialah bahawa anda memelihara kata kata anda dari semua bahaya yang sudah kami sebutkan dahulu, yaitu mengumpat, lalat merah, bohong,berbantah, bertengkar dan lain lain sebagainya. Dan anda berkata kata mengenai yang mubah (yang di perbolehkan), yang tidak sekali kali mendatangkan melarat atas anda dan atas orang muslim. Kecuali anda berkata kata  dengan apa yang tidak anda perlukan. Dan tak ada hajat keperluan padanya. Maka anda sudah menyia nyiakan waktu anda. Dan mengadakan perhitungan (hisab) terhadap perbuatan lidah anda. Dan anda mengantikan sesuatu yang kurang baik, dengan yang baik. Kerana  jikalau anda alihkan masa berkata kata itu kepada berfikir, niscaya kadang kadang membukakan bagi anda pemberian rahmat Allah ketika berfikir yang besar faedahnya. Jikalau anda membaca tahlil (memgucapkan “Laa ilaaha I’llallaah), berzikir dan mengucapkan tasbih kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, niscaya adalah lebih baik bagi anda. Berapa banyak kalimat yang dapat dibangun istana dalam syurga. Siapa yang sanggup mengambil satu dari gudang gudang, lalu diambilnya tempat itu menjadi tempat tanah, yang tidak dimanfa’atkannya, niscaya ia merugi, kerugian yang nyata.
Inilah contoh orang yang meninggalkan zikir kepada Allah Ta’ala dan berbuat dengan perbuatan yang diperbolehkan, yang tidak di perlukannya. Kerana walaupun ia tidak berdosa, tetapi ia merugi, di mana telah lenyap keuntungan besar dengan berzikir kepada Allah Ta’ala.
“Sesungguhnya orang mu’min itu, diamnya adalah berfikir, pandangannya, adalah ibarat dan tutur katanya adalah zikir.” Begitulah Nabi s.a.w. bersabda. Menurut Al-Iraqi, ia tidak pernah menjumpai hadis ini.
Bahkan modal seorang hamba Allah itu, ialah waktunya. Manakala diarahkannya waktu itu kepada yang tidak diperlukannya dan tidak di simpannya untuk pahala di akhirat, maka sesungguhnya ia sudah menyia nyiakan modalnya. Kerana inilah, Nabi s.a.w. bersabda:-
“Diantara bagusnya Islam manusia itu, ialah meninggalkan apa yang tidak diperlukannya.” Dirawikan Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah.
Bahkan tersebut pada hadits yang lebih berat dari yang tadi, dimana Anas berkata: “Seseorang anak anak dari kami (golongan Anshar) telah shahid pada perang Uhud. Lalu kami dapati di atas perutnya batu terikat, lantaran lapar. Maka ibunya menyapu tanah dari mukanya, seraya berkata: “Selamat, syurga bagimu wahai anakku!.” Lalu Nabi s.a.w. menjawab: “Dimaana engkau tahu?. Mungkin ia berkata kata yang tak diperlukan dan ia tidak berkata kata, apa yang tidak mendatangkan melarat baginya.” Dirawikan Al-Tirmidzi dari Anas, secara singkat.                                                  (bersambung)

Lamunan Ramadan

            Pagi itu aku duduk di beranda rumah orang tua ku, suasana sepi, mungkin penghuni penghuni kampung ku masih nenyak tidur. Hari ahad, tambah pula bulan puasa, tentu sekali ada yang ambil kesempatan untuk rehat kan badan. Sekarang cuaca tengah panas, bahangnya sangat terasa, maklum saja tinggal di rumah yang beratap zink, jam 11 pagi sudah terasa kehangatnnya.

             Mata ku berputar putar seolah mencari sesuatu, entah kenapa tiba tiba pemandangan ku terhenti di sebuah rumah putih beratap biru. Seolah olah ada satu kuasa gaib yang menarik perhatian ku untuk mengimbau kenangan lalu.

            Rumah itu kepunyaan keluarga cina, itu dulu sekarang mereka sudah berhijrah, aku sendiri pun tidak tahu kemana haluan mereka. Pada masa keluarga ini berhijrah aku tiada di kampung, aku pergi belajar di tempat lain. Dulu aku pernah menceritakan di laman ini kenangan hari pertama aku berpuasa, masa itu umur ku dalam lingkungan tujuh tahun. Rumah itu bayak meninggalkan kenangan pahit dan manis pada aku. Aku pernah di kejar anjing kepunyaan tuan rumah itu, angkara buah jambu, itu dulu sekarang aku tak buat kerja bodoh itu lagi. Satu satunya kawan perempuan aku yang berbangsa cina adalah anak tuan rumah itu. Nama timang timangannya Siaw Moi. Siaw Moi dan aku menuntut di sekolah yang sama, maka persahabatan kami begitu erat, Siaw Moi aku anggap seperti adik ku sendiri, wajahnya cantik, berkulit cerah, cuma matanya saja yang sepet. Bila hujung minggu dia pasti berkunjung ke rumah kami, kadang kadang menolong ibu ku di dapur, masa itu aku tak kisah sangat aktiviti Siaw Moi dan Ibu ku. Pasti bila Siaw Moi pulang akan dibekalkan oleh Ibu ku dengan lauk pauk. Keluarga Siaw Moi tidak kisah Siaw Moi selalu berkunjung ke rumah kami, hubungan kekeluargaan antara dua bangsa yang berlainan ini sungguh rapat sekali, seolah olah tiada perbezaan langsung.

Suatu hari di bulan seperti ini, Ramadan, Siaw Moi pernah bertanya pada aku, "Ahmad apa kamu tidak lapar ke , tidak makan satu hari?'.

"Amoi (nama manja untuk Siaw Moi), memanglah lapar, tapi kena sabarlah". Aku memberi jawapan yang ringkas. Kalau aku berceramah dengan dia tentang rukun Islam tentu dia tidak akan faham.

"Kalau saya puasa boleh ke?". Siaw Moi bertanya lagi.

"Boleh siapa siapa pun boleh berpuasa, asal kamu tahan saja". Aku memberi perangsang kepadanya, sebenarnya aku ingin juga Siaw Moi merasa nikmat berpusa itu, kalau dia dapat berpuasa satu hari pun cukup, agar pengalaman ini dapat di kongsikan pada teman teman sekepercayaan dengannya.

"Kalau itu macam besok saya puasa". Siaw Moi membuat keputusan. Wajah Siaw Moi berseri seri, aku dapat melihat warna kemerah merahan di wajahnya, mungkin dia rasa sungguh gembira bila aku memberi tahu bahwa dia boleh berpuasa. Namun pun demikian aku memberi tahu dia supaya bangun pagi, kira kira jam empat untuk bersahur, maka banyaklah pertanyaannya berkenaan masaalah sahur, bangun sahur itu dapat menambah tenaga kita, bagi orang Islam bersahur itu sunnah, mungkin dia tidak akan faham. Bukan dia saja tidak faham , banyak juga orang orang Islam sendiri tidak faham fungsi bersahur itu. Dari Anas, Rasulullah s.a.w telah berkata: "Makan sahurlah kamu, sesungguhnya makan sahur itu berkat (menguatkan badan menahan lapr karena puasa)". Riwayat Bukhari dan Muslim. Aku mempelawa Siaw Moi agar petang esok berbuka di rumah kami, dia cuma anggukan kepala tanda setuju.

Pagi itu aku tidak kelihatan kelibat Siaw Moi, mungkin dia letih dan lapar, aku masih ingat mula mula aku berpuasa, jiwa rasa tertekan, tidak boleh langsung melihat air yang berais, keinginan meluap luap, itu dulu masa aku berumur tujuh tahun, kini aku sudah dewasa, pengertian berpuasa itu penting, sebagai orang Islam ilmu itu penting lebih lebih mengenai Islam, hukumnya jatuh wajib bagi orang orang islam yang baligh untuk belajar Fardu Ain dan Tauhid, tanpa kedua dua ilmu ini kita ibarat belayar di tengah lautan tanpa kemudi, terumbang ambing, terjerat dan akhirnya tengelam di telan ombak.

Waktu berbuka kian hampir, Siaw Moi tidak kelihatan, aku menunggu Siaw Moi di beranda rumah, mata ku liar mencari cari, sekejab aku turun ke bawah dan naik semula, perbuatan ku itu di perhatikan oleh ibu ku.

"Ahmad apa yang kau buat tu?". Macam kucing kehilangan anak je".Ibu ku bertanya, sambil memberi sindiran.Mungkin dia hairan dengan kelakuan ku. Dalam hati ku berkata, "Mungkin Siaw Moi tidak datang". Belum sempat kaki ku melangkah masuk rumah, terdengar suara Siaw Moi memanggil di bawah. Aku menyambut Siaw Moi lalu mempelawa dia masuk dan terus ke ruang makan. Ibu ku terpinga pinga melihat Siaw Moi datang pada waktu magrib. Aku memberitau pekara yang sebenarnya. Kami pun sama sama berbuka puasa.

"Mak cik, aya, saya tidak dapat cakap apa apa wo, saya rasa ini hari yang paling sedap saya makan". Siaw Moi memberitahu ibu ku. Aku teringat dengan sabda Rasulullah s.a.w.,Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kesenangan: Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka puasanya, dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa menemui Tuhannya." Mungkin Siaw Moi cuma mendapat sedikit nikmat, apalagi bagi orang orang Islam kalau mereka benar benar berpuasa semata mata kerana Allah, sudah tentu dapat menikmati apa yang telah Rasulullah s.a.w sabdakan.

"Kalau gitu esok kau puasa lagilah". Seloroh ibu ku pada Siaw Moi.

"Boleh, boleh". Siaw Moi menjawab. Rupa rupanya jawapan yang Siaw Moi beri itu benar benar di kotanya. Mulai hari itu sampai penghujung ramadan Siaw Moi datang berbuka di rumah kami. Kini Siaw Moi tiada lagi, aku cuba, membayangkan wajah cantik, kulit cerah gadis bermata sepet itu, ia begitu pudar, aku tidak dapat, wajahnya benar benar terhakis dalam ingatan ku, aku benar benar rindu, rindu pada ketabahannya, seorang yang berkepercayaan lain, dapat melaksana ibadat puasa walau pun cuma ikut ikutan, tidak seperti kebanyakan orang orang Islam sendiri, tidak segan silu makan di khalayak ramai, seolah olah hukum puasa itu tidak wujud dalam kamus mereka. 

Dulu rumah putih beratap biru itu penuh dengan kebun buah buahan, kini tiada lagi, keliling ruahnya sudah di pagari, perubahannya jauh sekali, rumah itu telah dimiliki oleh keluarga Pak Abu. Orang dari bandar, seorang pegawai daerah yang sudah besara. Tiba tiba lamunan ku terhenti,.seperti pemainan kaset di tekan butang stop, oleh seekor nyamuk yang tidak berpuasa pada hari itu yang menyuntik telingku.

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam 9

            Allah Ta'ala  berfirman:

(Maa jalfidlu min qaulin illa ladai-hi raqiibun 'a-tiid).
Artinya: "Tiada suatu perkatan yang di ucapakan-manusia-melainkan di dekatnya ada pengawas, siap sedia (mencatatnya)". (S. Qaf, ayat 18)

Ada suatu hal yang menunjukan kepada engkau atas umatnya selalu diam, yaitu: bahwa perkataan itu empat bahagian:-
1. Melarat semata mata.
2. Manfa'at semata mata.
3. Ada padanya melarat dan manfa'at.
4. Tidak ada padanya melarat dan manfa'at.

Adapun yang melarat semata mata, maka haruslah diam daripadanya. Begitu pula yang padanya manfa'at. Dan manfa'at itu tidak sempurna dengan adanya melarat. Adapun yang tidak ada padanya manfa'at dan melarat, maka ituhal yang sia sia. Berbuat dengan hal yang sia sia itu membuang buang waktu. Dan itu adalah kerugian yang sebenarnya. Maka tinggal lagi bahagian keempat. Berguguranlah tiga perempat perkataan dan tinggallah seperempat. Dan seperempat ini ada pula bahayanya. Karena bercampur dengan perkataan, yang ada padanya dosa, yaitu: ria yang sangat halus, berbuat buat perkataan, mengumpat, membersihkan diri dari perkataan yang sia sia, suatu percampuran yang sukar di ketahui. Maka manusia dalam keadaan bahaya.

Barang siapa mengatahui bahaya lidah yang halus halus, sebagaimana yang akan kami sebutkan, niscaya pasti ia mengatahui, bahawa apa yang di sebutkan oleh Nabi s.a.w. adalah uraian ucapan, di mana beliau bersabda:-
"Barangsiapa diam, niscaya ia terlepas dari bahaya". (Dirawikan At-Tirmidzi dari Abdullah bin Umar, dengan sanad dla'if)
Sesungguhnya, demi Allah, sudah pasti dianugerahkan kepada Nabi s.a.w. mutiara hikmah dan kata kata yang menghimpunkan segala maksud. Dan tiada yang mengetahui pengeritian pengertian yang melaut luasnya yang terkandung di bawah satu satu kilimat ucapannya, selain ulama ulama tertentu. Apa yang akan kami sebutkan nanti tentang bahaya bahaya dan kesulitan menjaganya, akan memperkenalkan kepada anda hakikatnya itu, insya Allah Ta'ala. Dan kami sekarang akan menghitung bahaya bahaya lidah. Akan kami mulai dengan seringan ringan nya dan akan kami mendaki yang sedikit lebih berat. Dan akan kami akhiri memperkatakan tentang mengumpat, lalat merah, dan dusta. Karena amat panjang untuk meninjau pada hal hal tersebut. Yaitu: duapuluh bahaya. Maka  ketahuilah yang demikian, niscaya anda akan memperoleh pertunjuk dengan pertolongan Allah Ta'ala.

Saturday, 6 August 2011

Pahala Solat Tarwih

Didalam Hadits Nabi s.a.w. sebagaimana warta Abi Hurairah r.a. mengatakan, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Siapa yang bangun dibulan Ramadan (solat tarwih) dengan iman dan mengharap pahala Allah, maka baginya diampuni dosanya yang belalu. 
(HR. Imam Bukhary dan Muslim)

            Adapun Pahala melakukan solat tarwih sejak tanggal 1 ramadan hingga tanggal 30 ramadan itu, adalah sebagaimana warta dari sahabat Ali bin Abi Talib r.a., bahwasanya Nabi s.a.w pernah ditanya tentang hal itu, lalu beliau bersabda: Orang mu'min yang melakukan Solat Tarwih dibulan Ramadan pada malam:

Tanggal    1    :  Dosanya keluar (hilang) bagaikan ia baru lahir dari kandungan ibunya.
Tanggal    2    :  Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua orang tuanya juga diampuni
                            bila keduanya memang orang mu'min.
Tanggal   3     :  Dipangg oleh Malaikatdari bawahnya 'Arasy seray menguchapkan: "mulailah
                            beramal kamu,, sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".
Tanggal   4     :  Diberi pahala yang sama, dan pahala orang membaca kitab Taurat,                                                                                          Injil Zabur dan Al-Qur'an.
Tanggal   5     :  Diberi pahala oleh Allah seperti pahala orang yang melakulan solat diMasjidil                                                                     Haram (Makkah), Masjid Madinah dan Masjidil Aqsha (Palestina).
Tanggal   6     :  Allah memberikan pahala seperti pahalanya orang yang Thawaf diBaitul Ma'mur,
                            dan batu batu serta pasir sama memohonkan ampun.
Tanggal   7     :  Seperti orang yang hidup dimasa Nabi Musa dan membantu kepadanya hingga                                                              dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
Tanggal   8     :  Diberi oleh Allah dari segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Tanggal   9     :  Seperti pahala beribadat kepada Allah sebagaimana Ibadat yang dilakukan oleh   
                            Nabi s.a.w.
Tanggal  10    :  Diberi kebaikan dunia dan akhirat.
Tanggal  11    :  Keluar dari dunia seperti pada hari ketika dilahirkan dari kandungan ibunya, yakni
                            keluar dari dunia sudah bersih dari dosa.
Tanggal  12    :  Datang pada hari kiamat mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam
                            bulan purnama (tanggal 14).
Tanggal  13    :  Datang dihari kiamat dengan aman dari segala kejahatan.
Tanggal  14    :  Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarwih, Maka
                            dihari kiamat ia tidak akan dilandrat oleh Allah swt.
Tanggal  15    :  Dimintakan ampun oleh para Malaikat, dan Malaikat yang memikul 'Arasy dan 
                            Kursy.
Tanggal  16    :  Ditulis bebas dari Neraka, dan ditulis masuk Syurga.
Tanggal  17    :  Ditulis pahala seperti pahala para Nabi.
Tanggal  18    :  Dipanggil para Malaikat : Wahai hamba Allah, bahwasanya  Allah telah redha
                            kepadamu dan kepada kedua orang tuamu.
Tanggal  19    :  Diangkat derjatnya ke Syurga Firdaus.
Tanggal  20    :  Diberikan pahalanya para Syuhada' dan Shalihin.
Tanggal  21    :  Dibangunkan rumah dari Nur didalam Syurga.
Tanggal  22    :  Kelak dihari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan
                           dan prihatin.
Tanggal  23    :  Dibangunkan sebuah Kota diSyurga.
Tanggal  24    :  Diberi pahala berupa dua puluh empat permohonan yang dikabulkan.
Tanggal  25    :  Dihapuskan siksanya kubur.
Tanggal  26    :  Pahalanya diangkat empat puluh tahun.
Tanggal  27    :  Dalam melintasi Ash-Shirath dihari Kiamat kelak bagaikan kilat menyambar, yakni 
                           sangat cepatnya.
Tanggal  28    :  Allah mengangkat baginya 1000 derjat.
Tanggal  29    :  Diberi pahalanya 1000 hajji yang mabrur.
Tanggal  30    :  Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah : Wahai hambak-Ku, makanlah buah
                           buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil serta minumlah dari Telaga
                           Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkaulah hambakKu."

Itulah Pahala melaksanakan Solat Tarwih dimalam bulan Ramadan. Walaupaun solat tarwih itu tidak wajib, yakni sunnah, namun sunahnya adalah sunnah istimewa. Dan begitu besarnya pahala melakukan nya. Oleh kerana itu setiap datang bulan Ramadan marilah kita laksanakan solat tarwih dengan iman dan kerana mengharap pahala Allah agar segala dosa kita diampuni Allah serta bersih dari dosa bagaikan bayi yang baru lahir dari kandungan ibunya.

Parut Hitam

Kalau bekas luka pada tubuh anda menjadi hitam, maka untuk menghilangkannya ailah ambil sebiji ubi kentang dan diparut atau ditumbuk hingga lumat kemudian tempelkan pada tempat yang hitam itu. 

Amalkan tiap tiap hari. amudah mudahan berhasil.
 Insya Allah.

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam 8

            Yunus bin Ubaid berkata: "Tiada seseorang manusia yang lidahnya diatas yang baik, melainkan aku melihat kebaikan itu pada amalannya yang lain".
            Al-Hasan Al-Bashari berkata: "Suatu kaum (golongan) berkata kata disamping Mu'awiah bin Abi Sufyan. Dan Al-Ahnaf bin Qais itu diam. Lalu Mu'awiah bertanya kepada Al-Ahnaf: "Bagaimana engkau, hai Aba Bahr, tiada berkata kata?". Lalu Al-Ahnaf menjawab: "Aku takut kepada Allah, jikalau aku bohong dan aku takut kepada engkau, jikalau aku benar".
            Abubakar bin 'Ayyasy berkata: "Berkumpullah empat orang raja, yaitu: raja India, raja Cina, raja Parsia (Kisra) dan raja Rum (Kaiser). Salah seorang mereka berkata: "Aku menyesal terhadap apa yang sudah aku katakan dan tidak menyesal terhadap apa yang tidak aku katakan:. Yang lain berkata pula: "Aku apabila berkata kata dengan suatu perkataan, maka perkataan itu menguasai aku dan aku tiada menguasainya. Dan apabila aku tiada berkata kata dengan perkataan itu, maka aku menguasainya dan ia tiada menguasai aku". Yang ketiga berkata: "Aku heran terhadap orang yang berbicara, jikalau perkatannya itu kembali kepadanya, niscaya mendatangkan kemelaratan baginya". Dan jikalau tidak kembali, niscaya tiada bermanfaat baginya". Raja yang keempat berkata: "Aku lebih sanggup menolak apa yang tidak aku katakan, daripada menolak apa yang aku katakan".
            Ada yang mengatakan, bahwa Al-Mansur bin Al-Nu'taz tinggal, tidak berkata kata dengan sepatah kata pun sesudah salat 'Isya, selama empat puluh tahun. Ada yang mengatakan, bahwa Ar-Rabi' bin Khaisan tidak berkata kata dengan perkataan dunia, selama dua puluh tahun. Apa bila pagi hari, ia meletakkan tinta, kertas dan pena, lalu semua yang diucapkannya ditulisnya. Kemudian, ia menghitungkan dirinya pada petang hari. Kalau anda bertanya: kelebihan besar ini bagi diam, apa sebabnya? Maka ketahuilah, bahwa sebabnya adalah banyaknya bahaya lidah, dari kesalahan, bohong, mengumpat, lalat merah, ria, nifaq (sifat bermuka dua), perkataan keji perbantahan, membersihkan diri, terjun dalam perbuatan batil, permusuhan, perbuatan yang sia sia, menyeleweng, menambahkan, mengurangi, menyakiti orang lain dan merusak kehormatan orang (membuka hal hal yang seharusnya ditutup)
            Inilah bahaya yang banyak. Dan menghalau kepada lidah, yang tidak berat bagi lidah. Mempunyai keenakan pada hati. Ada pengerak pengerak dari sifat (tabi'at) manusia dan setan. Orang yang terjun pada hal hal diatas, sedikitlah yang sanggup menahan lidahnya. Lalu dilepaskannya menurut yang disukainya dan ditahannya dari yang tiada disukainya. Yang demikian itu termasuk pengetahuan yang sulit, sebagaimana akan datang uraiannya.
            Terjun dalam hal hal tersebut iu berbahaya. Dan pada diam itu selamat. Maka karena itulah, besar keutamaan diam. Dan ini bersama yang terkandung dalam diam itu, yaitu: terkumpul cita cita, tetapnya kerohamatan diri, pengunaan waktu untuk berfikir, untuk berzikir dan untuk beribadah, selamat dari mengikutkan kata kata pada urusan duniawi dan dari hitungan (hisabnya) dihari akhirat. 
       

Friday, 5 August 2011

Syria demonstrators rally despite crackdown - Middle East - Al Jazeera English

Syria demonstrators rally despite crackdown - Middle East - Al Jazeera English

Kaki Tertusuk Duri

Sekiranya duri tertusuk ke dalam daging kita dan mengeluarkannya menjadi sukar, maka ambil getah betik dan sapu pada tempat yang tetusuk duri itu, niscaya duri trsebut  keluar.

Insya Allah. Selamat mencuba.

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam 7

            Ibnu Mas'ud berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia itu tiga macam: yang mendapat pahala, yang selamat dari dosa dan yang binasa. Yang selamat dari dosa, ialah diam. Dan yang binasa, ialah yang masuk dalam perbuatan batil".
Dirawikan Ath-Thabrani dan Yu"la dari Abi Sa"id Al-Khudri.

            Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya lidah orang mu"min itu dibelakang hatinya. Apabila ia berkehendak mengatakan sesuatu, niscaya  difahaminya dengan hatinya. Kemudian, dilakukannya dengan lidahnya. Dan lidah orang munafig itu, dihadapan hatinya. Apabila ia bercita cita akan sesuatu, niscaya dilakuknnya dengan lidahnya dan tidak difahaminya dengan hatinya"
Dirawikan Al-Kharaithi dari Al-Hasan Al-Bashari.

            Nabi Isa a.s. bersabda: "Ibadah itu sepuluh bahagian. Sembilan bahagian daripadanya pada diam. Dan sebahagian lagi pada lari dari manusia."
            Nabi kita s.a.w. bersabda; "Barangsiapa banyak perkataannya, niscaya banyak terpersoknya. Barangsiapa banyak terperosoknya, niscaya banyak dosanya. Dan barangsiapa banyak dosanya, niscaya niscaya neraka lebih utama baginya."
Dirawikan Abu Na"im dari Ibnu "Umar dengan sanad dla'if.

            Dari atsar (ucapan para sahabat), diantaranya, ialah: Abubakar Siddiq r.a. meletakkan batu kecil pada mulutnya, untuk mencegah dirinya dari berkata kata. Ia menunjukkan kepada lidahnya dan berkata: "Inilah yang mendatangkan kepadku hal hal kebinasaan".
            Abdullah bin Mas'ud berkata: "Demi Allah, yang tiada disembah, selain DIA. Tiadalah sesuatu yang lebih memerlukan kepada lamanya ditahan, selain lidah".
            Ibnu Thaus berkata: "Lidahku itu binatang  buas. Jikalau aku lepasakan, niscaya ia makan aku".
            Wahab bin Munabbih berkata tentang hikmah keluarga Daud a.s ,  bahwa menjadi hak kewajipan orang yang berakal, mengetahui keadaan zamannya, menjaga lidahnya dan menghadapi dengan baik persoalannya".
            Al-Hasan Al-Baashari berkata: "Tiada memahami agamanya yang tiada menjaga lidahnya".
            Al-Auza'i berkata: "Khalifah Umar bin Abdul-aziz r.a. menulis surat kepada kami, yang bunyinya sebagai berikut:-
            "Adapun kemudian, sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati, niscaya rela dengan mendapat sedikit dari dunia. Dan orang yang menghitung perkataannya dari perbuatannya, niscaya sedikitlah perkatannya, kecuali pada yang diperlukannya".
            Setengah mereka berkata: "Diam itu mengumpulkan dua kelebihan bagi seseorang: selamat pada agamanya dan memahami tentang temannya".
            Muhammad bin Wasi' berkata kepada Malik bin Dinar: "Hai Abu Yahya! Menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia, daripada menjaga dinar dan dirham (harta)".     

Thursday, 4 August 2011

Bahaya Lidah Dan Keutamaan Diam 6


            Abu Hurairah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau yang diam.”

Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

            Al-Hassan Al-Bashari berkata: “Disebutkan kepada kami, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diberi rahmat oleh Allah seorang hamba, yang berkata kata, lalu memperoleh faedah. Atau diam, maka ia selamat.”

Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya dan Al-Baihaqi dari Anas, dengan sanad dla’if.

             Ada orang yang meminta kepada Isa a.s. dengan katanya: “Tunjukilah kami suatu amalan, yang membawa kami masuk sorga!” Lalu Nabi Isa a.s. menjawab: “Jangan kamu bertutur kata selama lamanya!”
Maka mereka menjawab: “Kami tidak sanggup demikian”.
Lalu nabi Isa a.s. berkata: “Jangan kamu bertutur kata, selain yang kebajikan.” Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bersabda: “Kalau berkata itu perak, maka diam itu emas.”
Dari Al-Barra’ bin ‘Azib, yang mengatakan: “Seorang Arab desa datang pada nabi s.a.w., lalu berkata: “Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan, yang membawa aku masuk sorga!”.
Lalu nabi s.a.w. menjawab:
“Berilah makan orang yang lapar dan berilah minum orang yang haus! Suruhlah yang baik (amar ma’ruf) dan laranglah yang munkar (nahi munkar)! Jikalau engkau tidak sanggup, maka cegahlah lidahmu, selain yang kebajikan!”.

Dirawikan Ibnu Abid-Dun-ya dengan isnad baik.

            Nabi s.a.w. bersabda: “Simpanlah lidahmu, selain pada yang kebajikan! Kerana dengan demikian, engkau dapat mngalahkan setan”.

Dirawikan Ibnu Hibban dari Abi Dzar.

            Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah pada lidah setiap orang yang berkata. Maka hendaklah bertaqwa kepada Allah, manusia yang mengetahui apa yang dikatakannya!”.
Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila kamu melihat orang yang mu’min itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia! Kerana ia akan mengajarkan ilmu hikmah”.

Dirawikan Ibnu Majah dari Ibnu Khallad.

Gusi Berdarah

            Biasanya kalau seseorang itu kekurangan vitamin C, dia akan mengalami sakit gusi berdarah, pecah pecah bibir.
     
            Mudah sahaja untuk mengubatnya, iaitu ambil setengah camca besar garam dan bancuh dengan air suam. Air itu digunakan untuk berkumur. Insya Allah.

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog