Sunday, 31 July 2011

Bibir Pecah

     Sekiranya anda di hinggapi sakit bibir :-
bibir jadi retak atau pecah, maka ambil getah jarak dan sapu pada bibir yang luka itu nescaya lekas sembuh. 

Insya Allah selamat mencuba.

Agar Rambut Subur

Ramai wanita yang gelisah kerana rambut mereka tidak subur dan kelihatan macam lalang lalang kekeringan. Untuk menyuburkan rambut, ambil beberapa biji pisang Ambun (pisang bunga) dan ambil kulitnya. Dijemur kulit pisang itu selama seminggu hingga betul betul kering.
Kulit pisang itu di bakar dengan api kayu hingga jadi arang. Ambil arang itu dan bancuh dengan air (biar pekat), lepas itu tapis ambil airnya. Airnya itu di embunkan selama satu malam. Setelah rambut anda dibersihkan dengan syampu misalnya, maka basuhlah dengan air pisang itu dan urut urut kulit rambut anda. Lepas itu basuhlah dengan air sejuk.
Insya Allah rambut anda subur.



Bahaya Lidah dan Keutamaan Diam

Segala pujian bagi Allah yang menjadikan manusia dengan sebaik baiknya dan sepadan padannya. DilhamNya cahaya iman, lalu dihiasiNya dan diperelokkanNya. DiajariNya keterangan, lalu di dahuluiNya dan di utamakanNya dari makhluk lain. Di limpahkanNya  kedalam hati manusia itu gudang ilmu pengetahuan, lalu di sempurnakanNya. Kemudian, diutusNya kepada manusia itu tabir rahmatNya dan di turunkanNya. Kemudian, dan diperbantukanNya manusia itu dengan lidah yang akan menterjemahkan, apa yang terkandung oleh hati dan akalnya. Dan di singkapkanNya dari hati manusia itu, tiraiNya dan di lepaskanNya. Lalu manusia itu melepaskan lidah dengan kebenaran dan menegaskan dengan kesyukuran, dari apa yang di utamakan dan dianugrahkan olehNya, dari ilmu pengetahuan yang di perolehnya dan tutur kata yang memudahkannya.

Besarnya bahaya lidah dan keutamaan diam.

Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu besar. Tiada terlepas daripada bahayanya, selain dengan diam. Maka karena itulah, Agama memuji diam dan mengajak kepada diam. Nabi s.a.w. bersabda :

"Barang siapa diam, niscaya ia terlepas (dari bahaya)." [Dirawikan At Tirmidzi dari Abdullah bin Umar, dengan sanad dlai'f.]

"Diam itu suatu hukum dan sedikitlah yang melaksanakannya." [Dirawikan Abu Manshur Ad Dailami dari Ibnu Umar, dengan sanad dlai'f]

Hukum pada hadis ini, artinya : hikmah dan memikirkan akibat.

Insyaa Allah akan di sambung di post yang mendatang, Selamat berpuasa, semuga bermanfaat. Assalamualaikum.

Yang membatalkan puasa dan hikmahnya

 Assalamualaikum semua, esok kita akan menunaikan rukun Islam yang keempat ia itu Puasa, apabila disebut saja puasa sudah terbayang di dalam minda kita, kita akan ditegah daripada makan dan minum, mulai dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari. Disini aku ingin berkongsi ilmu mengenai pekara perkara yang membatalkan puasa, bukannya teman teman ku tidak tahu perkara perkara itu, cuma aku ingin mengingati diri ku agar puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.




Perkara perkara yang membalkan puasa:          


1)    Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2)    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
3)    Muntah dengan sengaja.
4)    Melakukan persetubuhan pada siang hari.
5)    Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6)    Keluar darah haid dan nifas.
7)    Gila.
8)    Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9)    Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
10)  Murtad.

Antara hikmah puasa :

1)   Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2)   Membentuk sifat sifat mulia seperti sabar, berdisipln, bertimbang rasa dan bersyukur.
3)   Dapat menjauhkan diri saripada segala dosa dan kejahatan.
4)   Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.


Semuga apa yang aku huraikan disini bermanfaat. Selamat berpuasa, mudah mudahan  segala apa yang kita amalkan ada semata mata kerana Allah. Assalamualaikum.

Saturday, 30 July 2011

KENANGAN RAMADAN

            Apa bila Ramadan menjelang aku teringat kisah silam, dimana aku mula mula belajar berpuasa. Pada masa itu umur ku baru dalam ligkungan tujuh tahun. Kebetulan pula waktu itu cuti sekolah telah bermula. Ini bermakna waktu untuk berihat tentu panjang, almaklum sebagai budak kampung aktiviti cuti sekolah aku penuhi dengan bermain dengan rakan rakan kampung yang sebaya dengan ku.
            Masih jelas dalam ingatan ku pertama kali aku bangun sahur, mata ku masih terpejam, nasi yang aku makan terasa tidak mahu masuk ke mulut ku, mungkin belum biasa, aku cuma dapat makan sedikit sahaja, selepas itu aku menyambungkan tidur ku.
            Ke esokan harinya, selepas mandi, aku bersiap siap diri untuk pergi bermain dengan rakan rakan kampung ku, seperti biasa sebelum pergi bermain aku pasti minum dulu, dengan selamba aku menuju kedapur untuk mendapat kan secawan air kopi, puas aku cari tapi air kopi belum di sedia oleh ibu ku, lantas aku bertanya pada ibu ku kenapa hari ini tiada air kopi, ibu ku hanya memberitahu aku bahawa kami berpuasa.
            Aku pun turun dari rumah untuk berjumpa rakan rakan sekampung ku, seperti biasa mereka sudah siap sedia menunggu. Aktiviti yang selalu kami buat adalah berrmain dengan roda basikal, kami akan menyorongkan roda basikal itu sekeliling kampung. Permainan itu memang meletihkan. Sudah puas bermain dengan roda basikal aktiviti selanjutnya ada membuat rondaan di kebun kebun orang cina yang kebetulan tidak jauh dari kampung ku.
            Di kebun orang cina itu banyak di tanam dengan pokok buah buahan, pokok buah yang aku dan rakan rakan gemar sekali ganggu adalah pokok jambu. Kami terus memanjat pokok jambu itu, entah kenapa pada hari itu nasib kami malang sedikit, rupa rupanya anjing peliharan cina itu menghidu kehadiran kami, anjing itu terus menyalak ,apa lagi kami terus terjun dari pokok itu dan lari bertepiaran dengan masing membawa buah buah jambu yang sempat kami petik. Aku hampir di gonggong oleh anjing itu, nasib baik aku ada buah jambu, aku baling anjing itu dengan buah jambu yang ada pada aku, anjing itu pun tidak jadi mengejar kami.
            Dengan nafas yang tersekat sekat sempat juga kami ketawa melihat anjing yang mengejar kami, lari lintang pukang kerana takut di baling dengan buah jambu kepunyaa tuannya. Apa lagi kami pun balik kerumah masing masing sambil memakan buah jambu. Aku duduk di anak tangga rumah ku sambil memakan buah jambu itu, tanpa ku sedari ibu ku memerhati perbuatan ku, dan menegur aku, apa aku tidak berpuasa.
            Aku sebenarnya tidak ingat bahawa aku berpuasa pada hari itu, mungkin juga rakan rakan ku pun sama. Petang itu aku tak sanggup berdepan dengan ibu ku untuk berbuka puasa, namun aku buat muka tembok untuk turut serta di majilis itu. Andai kata anjing yang pernah aku baling dengan buah jambu tuannya dahulu dapat membaca kisah ini tentu dia akan tersenyum geram. Walau bagai mana pun aku uchapkan kepada teman teman semua Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN.

     Assalmualaikum teman teman semua, bulan Ramadan  Al Mubarak kian hampir, maka seluruh umat Isam di dunia akan berpuasa. Puasa ada rukun islam ke empat, maka mejadi wajib ke atas kita yang cukup syarat untuk mengerjakanya.

     Sebesar besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari segala tipudaya syaitan dan angan angannya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

     "Puasa itu separuh kesabaran."
      Firman Allah :

      "Hanyasanya orang orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan."
                                                                                                                                             (az Zumar : 10)

       Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas batas perkiraan dan perhitungan, dan memadailah kalau kita mengatahui keutamaannya dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut.:

       "Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau bauan minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwat, makannya dan minumannya kerana Aku, dan Akulah yang memberi balasannya sendiri.

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

          Aku akhiri kalam ku ini dengan uchapan Selamat berpuasa, semuga segala amalan yang kita lakukan  adalah ikhlas semata mata mencari keredhaanNya, Amin. Assalamualaikum.
         

Friday, 29 July 2011

Harimau Luka Di Jajahan Sendiri

     KECEWA itu sudah pasti kita rasakan, bagi aku itu adalah lumrah, walau apa pun  alasan di beri, aku tetap dengan pendirian ku yang kalah tetap kalah. Kalau di lihat dari segi pemainan kita akan memberi alasan Team Singa melambat lambatkan permainan, itu adalah taktik, tapi aku tertanya tanya dalam lambat lambatnya sang Singa mereka mendapat satu gol. Alasan apa yang patut kita beri ?

     SATU  gol yang di sumbatkan oleh sang Singa membuktikan TARING mereka lebih tajam daripada kuku sang Harimau, sebelum ini aku pernah katakan bahagian pertahanan kita yang paling lemah, kalau tiada penjaga gawang sehandal Fahmi aku berani katakan sang Harimau bukan saja luka tapi penuh dengan bekas bekas gigitan sang Singa, mungkin keterlaluwan aku berkata begitu, aku bukan tak sokong sang Harimau tapi kenyataannya memang sebegitu, aku minta maaf kalau menyinggong perasaan segelintir orang.

     WALAU bagaimana pun aku tetap puji bahgian penyerang, mereka telah cuba sedaya upaya namun tetap gagal, mungkin nasib tidak menyebelah mereka, aku tetap akur. Pasti esok hari di dada dada akbar negara sang Singa penuh dengan kata kata pujian diatas kemenangan mereka, bagaimana pulak di dada akhbar kita, adakah masih mepertahankan kelemahan sang Harimau, jawapannnya akan dapat kita baca esok.

     WAHAI sang Harimau usah kau kecewa kekalahan hari ini bukan bererti kita kalah untuk selama lamanya, berjuang terus berjuang, selagi ada kemampuan. Kalah atau menang, semangat ku tetap bersama mu. majulah sukan untuk negara. 

Thursday, 28 July 2011

HARIMAU vs SINGA

PASTI malam besok stadium akan penuh dengan penyokong kedua dua team, suasana pasti meriah. Bagi peminat peminat bola sepak kedua pasukan yang tidak kesempatan boleh menonton di depan tv. Aku harap pasukan kita Malaysia akan bermain bermati matian. Ini ada peluang terbaik untuk mengangkat martabat bola sepak negara kita setelah sang Singa mampu menumpulkan kuku kuku Harimau pada pusingan pertama.

Kali ini sang Harimau pasti mengaum sambil menunjuk kuku kukunya, lebih lebih lagi di jajahan sendiri, begitu juga sang Singa mereka pasti tidak mahu kuku kuku Harimau mencakar mereka, sudah pasti tiga hari yang lalu sang Singa sibuk mengasah taring taringnya. Sang Harimau harus menerkam dahulu agar sang Singa tidak sempat menunjukan taringnya.

Kelemahan sang Harimau jelas di bahagian pertahanan, aku harap sang Harimau berhati hati di bahagian ini. Aku tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang kekuatan dan kelemahan  sang Harimau, apa yang aku impikan adalah kemenangan yang mutlak dari sang Harimau.

Hanya ada beberapa perkataan semangat yang aku bekalkan kan agar menjadi panduan sang Harimau.

    Warfare is the Way of deception. Thus although [you are] capable, display incapability to them. When committed to employing your forces, feign inactivity. When [your objective] is nearby, make it appear as if distant; when far away, create the illusion of nearby.

Aku sebagai penyokong setia team Malaysia sentiasa berdoa semuga misi kali ini membawa kejayaan. Tiada yang mustahil kecuali kita yang memustahilkannya. Majulah Sukan untuk Negara.

Wednesday, 27 July 2011

HARIMAU MALAYA



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua rayat Malaysia.Ini kata aku hari ini ingin meluah kan kata hati segelintir peminat peminat Team Bola Sepak Malaysia. Tempoh hari Team Malaysia telah kecundang pada Team Negara jiran iaitu Singapura. Namun bukan itu yang ingin Ini kata aku bicarakan. Kalah menang dalam satu perlawanan adalah lumrah, walau seribu alasan dan sebab yang akan di beri, kekalahan itu tetap juga bergelar kalah.

Kita di negeri Sabah dan Sarawak tetap berada di belakang Team Negara memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, kerana kita rakyat Malaysia. Apa yang Ini kata aku bentang kan di sini adalah gelaran atau nama jolokan
yang di berikan kepada Team Malaysia ia itu Harimau Malaya,.

Harimau Malaya adalah seekor Harimau yang hidup di Semananjung Malaysia, Sebelum Malaysia ditubuhkan Semanajung Malaysia adalah Malaya, itu adalah sejarah. Tapi bukan itu juga yang Ini kata aku bicarakan disini.

Penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak rasa terkilan apa bila pengulas sukan kerap kali memberi nama jolokan kapada Team Malaysia dengan nama jolokan Harimau Malaya, mereka rata rata katakan ini sepatutnya tidak terjadi kerana nama jolokan itu sudah tidak relevan, Kita penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak rasa dipingirkan dengan nama jolokan itu.

Ini kata aku telah berberapa kali berhujah dengan mereka  memberi alasan itu hanyalah nama jolokan, tapi mereka tetap berkeras tidak setuju, kesimpulannya Ini kata aku hanya ingin meluahkan perasaan meraka di laman ini agar mereka berpuas hati, sekurang kurangnya ada juga pendapat mereka diambil pedulikan. Ini kata aku Cuma sebagai medan untuk menyuarakan pendapat mereka.

Ini kata aku, hanya boleh memberi cadangan agar Harimau Malaya di gantikan dengan nama jolokan HARIMAU MALAYSIA kerana kita Orang Malaysia, Rakyat Malaysia, kita 1 Malaysia. Apa kata kamu, mungkin kata kamu berlainan daripada Ini kata aku. Ini kata aku dan penyokong penyokong Team Malaysia dari Sabah dan Sarawak berdoa semuga Team Malaysia dapat mengalahkan Team negara jiran di pusingan kedua dengan jaringan MALAYSIA 3 _ SINGAPURA 0. Akhir kalam Majulah Sukan untuk Negara 

Tuesday, 26 July 2011

Senja nan sepi

 Senja itu aku sedang menikmati pemandangan di tepi pantai, suasananya sungguh indah sekali, dengan warna keemasan menyelubungi seluruh alam. Sungguh Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa maksud  yang tersirat. Jiwa ku tersentuh dengan pemandang senja itu. Aku teringat kisah seorang nenek yang pernah aku jumpa suatu ketika dulu, di tempat ini dan di senja begini.

"Assalamualaikum nek." Aku menyapa nenek itu. Kelihatan wajah nenek itu suram, mungkin dia kesunyian, bisik hati ku.

 "Waalaikumusallam." Jawab nenek itu selamba, dia memberi senyuman kepada ku, walau pun aku tahu senyumannya adalah terpaksa.

 Nenek ini berasal daripada keluarga yang berada, suaminya sudah lama meninggal, kini dia tinggal bersama anak anaknya. Dia mempunyai dua orang anak prempuan dan tiga orang anak lelaki. Kesemua anak anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai perkerjaan yang tetap. Dari pandangan ku tentu nenek ini hidup bahagia, tiada apa lagi yang perlu di risaukan, harta dan wang peninggalan suaminya sudah cukup untuk menyara hidupnya.

"Budak budak itu cucu nenek kah?" Tanya ku. Soalan itu sengaja aku tanya, kerana aku melihat tidak seorang pun budak budak itu memperdulikannya.


"Ya, semuanya lapan orang." Jawab nenek itu. Aku tidak mahu tahu lebih lanjut tentang cucu cucunya, aku      sekadar ingin tahu mengapa dia kelihatan muram dan sepi, bagi ku mustahil keluarga yang sebesar ini dengan kemewahan yang melimpah ruah tidak mebahagiakan nenek ini.

Senja terus berlalu, waktu margrib hampir tiba, lantas aku terus bertanya."Nenek belum balik kah? Waktu margrib dah hampir ni." Ingatan ikhlas dari ku, aku melihat anak anaknya masih duduk bersembang sesama sendiri, cucu cucunya pula riuh rendah dengan hilai ketawa sambil berkejar kejaran di tepi pantai yang sayup sayup kedengaran alunan ombak memukul tepian pantai.

"Belum nak, mungkin lepas margrib nanti." Aku terkejut dengan jawapannnya. Kelihatan pengunjung pengujung yang lain sudah mulai beredar. Suasana yang riuh rendah kini menjadi sepi, tapi nenek tua bersama keluarganya masih di situ.

Aku terus memberi salam kepada nenek itu, meninggal senja kian sepi, memberi kesimpulan yang bererti, menjadi pedoman di kala sepi, kerana Allah tiada di hati, maka hidup ini ibarat senja nan sepi. 



Sunday, 24 July 2011

Kisah Satu Hari

Aku ingin berkongsi cerita ini bersama teman teman di laman ini untuk menjadi peringatan agar apa saja tindakan yang kita ambil mestilah berlandaskan kepercayaan agama yang kita anuti ia itu Islam. Ini adalah kisah benar, cuma nama dan tempatnya tidak akan aku nyatakan disini demi untuk menjaga nama baik teman ku itu.

Aku cuba meceritakan kisah ini dengan gaya cerpen, tentu nanti ada kelemahan kelemahan yang terdapat dalam penulisan ini, almaklum aku baru saja ingin berjinak jinak dalam alam pernulisan, andai terdapat kelemahan kelemahan dalam penulisan ini sudi kiranya teman teman memberi tunjuk ajar.

Pada tahun 1997, dunia mengalami kemerosotan ekonomi. Negara kita juga tidak ketinggalan merasai bahangnya. Teman ku ini berkerja dengan sebuah syarikat tempatan yang menjual kenderaan terpakai. Dia adalah seorang jurujual.

Entah kenapa pada hari itu boss tempat dia berkerja tiba tiba saja bercerita tentang kehebatan seorang bomoh. Teman ku itu tertarik dengak topik itu, kerana ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kehebatan bomoh itu, maka dengan tidak segan silu dia membuat perjumpaan dengan bomoh itu. Dia sangat terdesak, sudah enam bulan dia tidak dapat menjual sebuah kereta pun, maka jalan yang terbaik adalah berurusan dengan bomoh itu, manalah tahu nasibnya boleh berubah.

Pada malam jumaat yang telah dijanjikan dia menjemput bomoh itu. Didalam perjalanan menuju ke rumahnya tiba tiba seekor tikus melintas kenderaan yang mereka pandu.

"Ah itu halangan kecil." Kata bomoh itu. Teman ku tidak mengambil indah dengan apa yang di kata bomoh itu.

"Kamu ada menyediakan bunga tak?" Tanya bomoh itu kepada teman ku.

"Tidak ada." Jawap teman ku selamba.  

"Kalau begitu kita ke tapak pekuburan, disana banyak bunga." Bomoh itu memberi cadangan. Teman ku tidak membantah, dia terus memandu ke tapak perkuburan. Sesampai di tapak perkuburan bomoh itu pun sibuk memetik kuntum kuntum bunga.

"Bunga ini nanti sebagai syarat untuk mandi." Kata bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya mengangguk angguk kepala tanda setuju.

Mereka sampai di rumah waktu magrib. Sebelum upacara di mulakan Teman ku mengambil kesempatan untuk solat magrib. Tidak juga aku bertanya sama ada bomoh itu solat magrib atau pun tidak.

Selesai solat magrib upacara pun dimulakan. Pada waktu itu teman ku memakai baju melayu dan berkain pelikat, isterinya pula memakai sepasang baju kurung dan berkerudung.

"Kamu berdua mesti di mandikan bersama." kata bomoh itu. Belum sempat teman ku bertanya apa apa, bomoh itu terus menyambung kata katanya."Tak usah tukar pakaian, mandi terus dengan pakaian yang sedia ada." Teman ku dan isterinya akur dengan permintaan bomoh itu.

"Kamu ini kena perbuatan orang." Tiba tiba saja bomoh itu meberitahu teman ku. "Orang bodoh mana pulak yang nak buat aku ni, aku ni bukannya orang berada." Bisik hati teman ku.
"Kamu banyak musuh, rambut sama hitam hati lain lain." Bomoh itu memberi penerangan, seolah olah tahu bisikan hati teman ku.

Selepas upacara mandi, bomoh itu mengarahkan teman ku supaya pakaian yang basah itu di simpan di dalam sebuah beg dan akan di bawa pulang oleh bomoh itu.

"Pakaian kamu berdua aku hendak kuburkan, sebab semua perbuatan jahat orang telah melekat di pakaian itu." Kata bomoh itu kepada teman ku.  Teman ku tidak berkata apa kerana tepaksa akur.

"Berapa pengerasnya?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.

"Berapa saja yang kau beri, tapi emas yang bersambung tidak boleh di tukar dengan nilai wang." Kata bomoh itu selamba, sambil mulutnya kumat kamit membaca sesuatu, mungkin mentra semerah padi. Aku dapat bayangkan pengeras kedua yang bomoh itu tetapkan, membuat teman ku ini melihat berberapa ekor
kunang kunang berterbangan mengelilingi kepalanya. Apa nak dikata sendiri buat sendiri tanggung.

Bomoh itu meminta kebenaran turun ke laman rumah teman ku, kononnya untuk membuat pagar gaib, agar nanti perbuatan jahat tidak akan berulang.

"Kalau aku beri salam kau mesti jawab ya." Bomoh itu memberi peringatan kepada teman ku, dan terus turun ke laman rumah. Tidak berberapa minit bomoh itu memberi salam. Salam bomoh itu pun di sahut oleh teman ku, sambil menghulurkan tangan mempelawa naik ke rumah.

"Ada orang tanam barang jahat di halaman rumah kamu." Kata bomoh itu kepada teman ku,

"Kau harus ambil sendiri, ianya tidak jauh, di bawah lingkaran sayur labu yang kau tanam." Terang bomoh itu kepada teman ku.

"Kau takut?" Tanya bomoh itu kepada teman ku. Teman ku hanya menganggukkan kepala.

"Baiklah aku akan menemani kamu." Pelawa bomoh itu kepada teman ku. Mereka menjumpai barang yang di katakan bomoh itu, dan terus naik ke rumah.

Rupa rupanya barang itu cuma kotak mancis King Kong, kandungannya ada secebis kayu dan sebatang jarum.

"Apa kaitannya secebis kayu dan jarum ini?" Tanya teman ku kepada bomoh itu.

"Kamu tidak faham, kayu ini bukan sebarang kayu, ia adalah dari pada kayu nisan,tujuan kayu ini adalah supaya hidup kamu umpama orang yang sudah mati dan kamu tidak akan berjaya dalam hidup kamu,dan jarum ini untuk membuat kamu sakit." Begitu panjang lebar penerangan bomoh itu kepada teman ku.

"Dah berapa lama kotak ini berada di laman rumah saya?" Tanya teman ku.

"Lebih kurang tiga tahun." Jawab bomoh itu.

"Tiga tahun tak masuk akal, kenapa kotak ini tidak rosak, sayur labu itu baru saja di tanam satu bulan yang lalu, saya tidak percaya." Kata kata teman ku ini membuat wajah bomoh itu berubah, jelas terbayang di wajah bomoh pembohongannya hampir terbongkar. Bomoh itu cuba memberi berbagai alasan kenapa kotak itu tidak rosak, tapi teman ku sudah tidak berminat. Aku teringat dialog bomoh itu tentang tikus yang melintas semasa dalam perjalanan ke rumah teman ku, halangan kecil katanya.

Teman ku mengambil keputusan untuk menghantar bomoh itu pulang. Pengerasnya tetap di beri, wang lima puluh ringgit, gelang emas isterinya dan pakaian pun menjadi korban di atas kebodohannya sendiri.

Moral dari cerita ini adalah sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Qadak dan Qadar Allah, perbuatan mempercayai bomoh adalah syirik.

Gambar ini hanya sebagai hiasan semata mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.



 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Saturday, 23 July 2011

Samson dan Delilah

Samson dan Delilah

Di zaman persekolahan ku, aku gemar membaca cerita-cerita dongeng, mitos dan sejarah. Hari ini aku ingin berkongsi salah satu dari cerita-cerita itu, ia itu kisah Samson dan Delilah. Kalau tak silap aku cerita asal Samson dan Delilah adalah berasal dari kitab Injil. Aku sebenarnya tidak mahu tahu kesahihan cerita ini, yang penting bagi aku ada kisah disebalik cerita itu.

Samson adalah seorang lelaki gagah, yang mempunyai susuk badan yang tegap. Di-zamannya, Samson adalah pahlawan terbilang, tiada seorang pun boleh menandingi kekuatannya.

Namun pun demikian Samson mempuyai rahsia di sebalik kekuatannya. Sebagi seorang lelaki naluri untuk menyintai wanita pasti ada, akhirnya Samson jatuh cinta pada seorang wanita yang cantik jelita bernama Delilah. Samson pun mengawini Delilah.

Delilah mempuyai maksud jahat tehadap Samson, setiap malam sebelum tidor, Delilah akan memujuk Samson agar memberi tahu rahsia disebalik kekuatannya. Samson tetap enggan memberi tahu rahsia itu, tapi pada satu malam kealphaan Samson telah memberi bayangan rahsia disebalik kekuatannya. Delilah mengambil kesempatan ini untuk menewas Samson.

Disebalik cerita itu , dizaman kita ini telah bermunculan Samson moden, kita akan melihat terpampang didada akbar Samson samson moden diseret di muka pengadilan, satu demi satu mereka jatuh tersungkur ditangan Delilah morden.

Kalau Samson zaman dulu punya kekuatan dari segi fizikal, Samson moden pula mempunyai kekuatan dari segi kedudukan, pengaruh, dan wang ringgit. Rahsia untuk menewaskan Samson adalah dirambutnya, dan rahsia untuk menewaskan Samson moden ada di-CCTV yang dipasang dibilik bilik hotel.

Dari segi moral Samson zaman dulu kawin secara sah dengan Delilah, tapi Samson moden pula dah punya isteri tapi main sorok sorok dengan Delilah moden. Namun pengakhirnya sama, jatuh tersungkur di tangan Delilah

Maka sama samalah kita renungkan agar ia menjadi iktibar untuk kita, kerana Allah sentiasa melihat perbuatan kita, Allah maha mengetahui.

Friday, 22 July 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,
Dengan rasa syukur kepada Allah, yang dengan rahmat, taufik dan hidayah-nya semata. Alhamdullilah dapat kiranya saya memberi sedikit sumbangan dalam tulisan saya. Namun demikian andai terdapat bahasa atau pendapat saya dalam setiap tulisan ini dan tulisan yang akan menyusul kemudian bercanggah dengan pemikiran saudara-saudaraku yang saya hormati saya mohon sudi kiranya saudara-saudaraku memberi tunjuk ajar.

QS. LXXIII Al-Muzzammil : 20
Artinya : Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu akan kamu peroleh (balasan) nya di-sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan paling besar pahalanya.

Kita telah maklum manusia di-jadikan Allah dalam bentuk sebaik-baiknya, dan menciptakan langit dan bumi dengan KudratNya, mengatur segala urusan dengan hikmatNya, dan tiada-Ia menciptakan jin dan manusia melainkan untuk ibadah kepadaNya. Bersyukurlah kita kepada Allah yang telah memberikan kita akal agar kau dan aku dapat membezakan antara hak dan batil, maka dengan adanya wadah ini marilah kita sama-sama cuba menuju kearah itu, semuga apa yang kita usahakan nanti mendapat keredhanNya.

Semuga selawat dan salam melimpah atas penghulu segala Rasul, berserta keluarganya yang baik-baik lagi suci, semuga Allah S.W.T. menyelamatkan dan memuliakan mereka hingga hari pembalasan.

Saudara-saudaraku yang saya hormati, saya akhiri coretan saya yang sulung ini dengan harapan semuga ianya bermanfaat untuk kita semua. Wallahu'alam.

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog