Rasidah menangis teresak esak dikamarnya. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa selama ini dia cuma menumpang kasih.
"Ya allah, ampuni dosa ku, aku redha atas segala qadak dan kadar mu, namun aku tidak mampu menerima kenyataan ini. Kenapa selama ini mereka merahasiakan segala-galanya kepada ku, kenapa?". Rasidah bertanya. Pertanyaan yang sudah terjawab.
Rasidah tidak menyesal dia seorang anak angkat, tetapi kenapakah dihari kebahgiaan ini ianya terungkap. Selama ini susuk tubuh manusia yang dianggapnya sebagai ayah kandungnya adalah orang lain. Orang yang tidak boleh menjadi wali dihari pernikahannya. Setiap sentuhannya membatalkan wuduk.
Rasidah adalah seorang guru. Cikgu Rasidah nama glamornya. Sejak peristiwa itu Rasidah tidak mesra seperti dulu. Telah terbina jurang kemesraan diantara ayah angkatnya dan dia. Bukan kerana dendam dan bukan jua kerana benci. Kerana dia tahu batas hukum. Halal dan haram. Kini yang ada, hanyalah rasa hormat. Hormat seorang anak kepada seorang ayah. Tiada lagi pelukan seperti dulu, apa lagi ciuman.
Apakah ada rasa bersalah atau berdosa dipihak sang ayah angkat? Usahlah kita nak tepuk dada dan nak tanya selera, itu semua perbuatan bodoh dan jahil. Al-Quran dan Hadith ada, kembalilah kejalan yang lurus.
Menurut Islam mengambil anak angkat dan memeliharanya adalah harus, tetapi mengakuinya sebagai anak sendiri dengan dibinkan atau dibintikan anak itu kepada si ayah angkat adalah haram.
Dalilnya: Firman Allah s w t menerusi Surah Al-Ahzab ayat 4 dan 5:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ (4) ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ"
ertinya: "Dan Allah tiada menjadikan anak angkatmu itu menjadi anakmu.. Panggillah mereka menurut nama bapanya; hal itu lebih adil di sisi Allah. Kalau kamu tiada mengetahui bapanya maka mereka itu menjadi saudara kamu dalam Islam dan menjadi anak angkat."
Rasulullah s a w bersabda menerusi Hadisnya yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar maka ia dilaknati oleh Allah."
Dan sebuah lagi Hadis yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti-kan orang yang bukan bapanya yang sebenarnya maka ia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."
Ayat dan Hadis tersebut telah menyokong bahawa perbuatan mengebin/membintikan seseorang yang bukan ayahnya adalah haram.
Maka sama-samalah kita renongkan.

No comments:
Post a Comment