Sunday, 16 December 2012

Keliru

"Allah tahu bukan?" tiba-tiba saja Diana bertanya. Aku melihat disekeliling. Selain aku, Tasha dan Antonia yang ada. Rupa rupanya soalan itu di tuju kepada ku.

"Maha Mengetahui", jawab ku. Dalam benak fikiran ku, aku tidak faham yang tersirat dari pertanyaan itu.

"Apa maksud kamu"?, aku cuba memancing permasaalahan Diana dengan pertanyaan.

"Begini, katanya. Allah mengetahui apa yang kita pilih bukan".

"Ya betul, Maha mengetahui balas ku. Tapi aku tidak faham apa yang kamu maksudkan"?

"Ok aku beri contoh, katanya. Andaikata dulu aku mempunyai tiga orang teman lelaki..." Belum habis Diana bercerita aku menyampuk.

"Wow hebatnya engkau." membuat Diana hampir hampir tidak mahu meneruskan ceritanya.

 Begitulah sikap kebanyakan daripada kita, suka menyampuk, walau pun tujuan hanya untuk bergurau, namun belum tentu teman kita suka dengan gurauwan kita. Peringtan yang baik untuk aku.

"Ah, aku gurau aje,"kata ku memberi alasan. Diana terus menyambung ceritanya.

"Maksud ku begini, ketiga tiga teman lelaki ku itu aku anggap baik. Aku ketagori kan mereka  A, B dan C, namun demikian aku pilih yang C. Sehingga sekarang telah menjadi suami ku yang sah."

"Dan itu pilihan kamu yang terbaik bukan?" Tanya ku.

"Ya yang terbaik diantara ketiga-tiganya." Jawab Diana.

"Dan Allah tahu bukan?" Soalan itu lagi.

Aku jadi binggung lagi dengan soalannya. Ianya diakiri dengan ungkapan Allah tahu bukan. Dia cuma ingin memberi tahu aku bahawa Allah tahu pilihannya. Munngkin itu maksudnya.  Berulang  kali aku cuba mendapat bayangan dari permasaalahannya, setiap kali itu juga dia katakan Allah tahu bukan.

Lalu aku mengambil kesempulan, sebenarnya dia keliru. Keliru dalam memahami erti Allah Maha Mengetahui. Ini bukan masaalah remeh, ianya berkaitan dengan akidah.

"Al'Alim" (Yang Maha Mengetahui)
Dia-lah Zat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu sesuai dengan keadaan yang sebenarnya. Dia mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku, yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, sejak azalinya. Pengetauan-nya sangat luas dan jelas, sehingga tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan-nya.

"Begini Diana, aku tidak mahu tahu apa yang tersirat didalam persoalan kamu tentang Allah tahu, cuma pinta ku, kamu dengar dan teliti apa yang akan aku unggkapkan ini." Kata ku padanya.

"Kita sebagai orang islam wajib mempercayai rukun iman, salah satu daripadanya adalah Qadha dan Qadar. Jodoh adalah satu daripada qadha dan qadar daripada allah. Tapi harus kamu ingat, jangan jadikan Allah tahu itu tiket untuk kamu membela dan melepaskan diri dari kesalahan sendiri. Setiap yang baik dari Allah dan yang jahat itu dari perbuatan kita sendiri dengan izinnya juga. Jangan kita salahkan Allah andai pilihan itu tidak membahagiakan kita. Kita punya ikhtiar dan akal, gunakan lah sebaik mungkin dan sekali lagi aku ingat kan yang baik dari Allah dan yang jahat itu daripada kita sendiri". aku cuba menyakin kan Diana.

"Allah tahu bukan"? Diana mengulangi soalan yang sama.

"Diana telebih dahulu aku meminta maaf andai kata kenyataan ku ini tidak tepat". kata ku padanya.

"Jangan salahkan Allah diatas permilihan kita sendiri, Bukan bererti Allah tahu itu, Allah telah tetapkan Qadar kita. Kita punya akal punya ikhtiar". Agak keras suaraku.

Diana diam sahaja. Ada kalanya tejadi perdebatan yang hangat diantar kami berdua, masing masing mempertahankan kebenaran. Sekali sekala Tasha dan Antonia menoleh kami berdua. Aku cuba menenang kan keadaan. Muka Diana kelihatan merah padam, mungkin marah. Suara aku mulai meninggi. Lantas aku sedar. Aku cepat cepat merendahkan nada suara ku.

"Diana, andai kata ada racun dihadapan kamu sekarang, aku suruh kamu minum adakah kamu akan meminumnya?" Tanya ku pada Diana. Diana hanya diam.

Aku sengaja meninggalkan Diana dengan soalan itu untuk dia berfikir, atau mungkin membuka pintu hatinya untuk bertanya pada yang lebih arif.

Namun sebagai seorang teman seagama aku doa kan semuga Diana diberi taufik dan hidayah dan aku rasa bersyukur kerana dengan permasaalahan itu telah membuka pintu hati ku untuk mengulang kaji dan mentelaah Kitab Tauhid. Semuga Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada kita semua. Aamiin.

Qadha ertinya PENENTUAN atau KEPUTUSAN yang telah sedia di-buat oleh Allah s.w.t. di-AZAL bagi setiap yang akan ada atau yang akan berlaku. AZAL ertinya ialah masa silam yang tidak ada permulaan baginya.

QADHA' itu ialah Allah telah menentukan di azal segala-gala yang akan ada atau yang akan berlaku.

Dan QADAR pula ertinya ialah PERLAKSANAAN Qadar' itu, iaitu segala-gala yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. di azal itu pasti akan ada atau akan berlaku dengan tepat dan tidak boleh tidak.

Perlu di ingat pengertian dan permahaman  sesuatu perkataan itu mesti tepat dan betul. Apa yang selalu membuat kita salah pengeritian dan faham adalah kerana kita tidak mahu memahami yang tersurat dan tersirat. Ini sangat membahaya. Lebih lebih lagi dalam soal akidah.

Sebagai orang Islam kita perlu mengetahui dan memahami hakikat Qadha' dan Qadar, untuk mengelakan daripada kemalasan dan kecuaian dalam mejalankan kehidupan yang boleh membawa kepada kemunduran dan kesempitan hidup.

Banyak orang Islam yang salah faham terhadap hakikat Qadha' dan Qadar ini lalu mereka berkata: "Apa faedah berusaha? Kalau Allah sudah menentukan di azali bahawa kita akan miskin, walau bagaimana pun kita berusaha, tentulah kita miskin juga,"

Samalah seperti permahami kita tentang Allah Maha Megetahui. Apa sahaja yang kita buat Allah sudah tahu sudah tercatik sejak azali, itu bukan salah kita. Nauzubillahminzalik.

Disini bukan lah aku hendak menghuraikan permasaalahan Qadha' dan Qadar,  tidak layak bagi aku untuk menghuraikannya dengan panjang lebar, cuma aku ingin mengingati diri ku dan teman-teman, agar mengetahui dan memahami setiap perkataan yang tersurat dan tersirat, agar aku dan kamu tidak salah pengertian maksudnya. Semuga bermanfaat.














Sunday, 9 December 2012

Anak Angkat

Rasidah menangis teresak esak dikamarnya. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa selama ini dia cuma menumpang kasih.

"Ya allah, ampuni dosa ku, aku redha atas segala qadak dan kadar mu, namun aku tidak mampu menerima kenyataan ini. Kenapa selama ini mereka merahasiakan segala-galanya kepada ku, kenapa?". Rasidah bertanya. Pertanyaan yang sudah terjawab.

Rasidah tidak menyesal dia seorang anak angkat, tetapi kenapakah dihari kebahgiaan ini ianya terungkap. Selama ini susuk tubuh manusia yang dianggapnya sebagai ayah kandungnya adalah orang lain. Orang yang tidak boleh menjadi wali dihari pernikahannya. Setiap sentuhannya membatalkan wuduk.

Rasidah adalah seorang guru. Cikgu Rasidah nama glamornya. Sejak peristiwa itu Rasidah tidak mesra seperti dulu. Telah terbina jurang kemesraan diantara ayah angkatnya dan dia. Bukan kerana dendam dan bukan jua kerana benci. Kerana dia tahu batas hukum. Halal dan haram. Kini yang ada, hanyalah rasa hormat. Hormat seorang anak kepada seorang ayah. Tiada lagi pelukan seperti dulu, apa lagi ciuman.

Apakah ada rasa bersalah atau berdosa dipihak sang ayah angkat? Usahlah kita nak tepuk dada dan nak tanya selera, itu semua perbuatan bodoh dan jahil. Al-Quran dan Hadith ada, kembalilah kejalan yang lurus.

 Menurut Islam mengambil anak angkat dan memeliharanya adalah harus, tetapi mengakuinya sebagai anak sendiri dengan dibinkan atau dibintikan anak itu kepada si ayah angkat adalah haram.

Dalilnya: Firman Allah s w t menerusi Surah Al-Ahzab ayat 4 dan 5:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ (4) ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ"
ertinya: "Dan Allah tiada menjadikan anak angkatmu itu menjadi anakmu.. Panggillah mereka menurut nama bapanya; hal itu lebih adil di sisi Allah. Kalau kamu tiada mengetahui bapanya maka mereka itu menjadi saudara kamu dalam Islam dan menjadi anak angkat."

Rasulullah s a w bersabda menerusi Hadisnya yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar maka ia dilaknati oleh Allah."

Dan sebuah lagi Hadis yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti-kan orang yang bukan bapanya yang sebenarnya maka ia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."

Ayat dan Hadis tersebut telah menyokong bahawa perbuatan mengebin/membintikan seseorang yang bukan ayahnya adalah haram.


Maka sama-samalah kita renongkan.

About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog