Sunday, 2 June 2013

Cara-cara mengerjakan haji

Bacaan Talbiah:
LABBAIKA ALLAHUMMA LABBAIKA,
LABBAIKA LA SYARIKALAKA LABBAIKA;
INNAL HAMDA WAN NI’MATA LAKA,
WAL MULKA LA SYARIKA LAKA LABBAIKA.
Maksudnya: Aku patuhi perintah-Mu wahai Allah,
aku patuhi, aku patuhi.
Tiada sekutu bagi-Mu, aku patuhi perintah-Mu;
Sesungguhnya puji dan nikmat adalah milik-Mu,
begitu pula kerajaan, tiada sekutu bagi-Mu,
aku patuhi perintah-Mu.
Bacaan Talbiah di atas dibaca berulang kali oleh para jemaah sebaik saja mereka selesai berniat ihram untuk umrah atau haji.
Haji terbahagi kepada 3 cara perlaksanaan
SETIAP tahun, berjuta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan haji.
Ibadah haji terbahagi kepada tiga cara pelaksanaan (kategori) iaitu Haji Tamattu’, Haji Ifrad dan Haji Qiran.
Dari Aisyah r.a katanya: ‘‘Di antara kami ada yang ihram untuk Haji Ifrad (mendahulukan haji daripada umrah), ada yang ihram untuk Haji Qiran (mengerjakan haji yang digabungkan dengan umrah sekali gus) dan ada pula yang ihram untuk Haji Tamattu’ (mendahulukan umrah daripada haji).’’ – Hadis bilangan 1185 riwayat Muslim.
Musim Haji adalah dalam bulan-bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Haji Ifrad:
Iaitu berniat haji sahaja pada bulan-bulan haji dengan niat Ihram haji dan melaksanakan semua amal ibadat yang berkaitan haji. Umrah pula boleh dilakukan setelah selesai melaksanakan haji.

Haji Tamattu:
Iaitu berniat umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah.
Apabila tiba waktu haji (Hari Tarwiyah pada 8 Zulhijah) pada tahun yang sama maka ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji.

Haji Qiran:
Iaitu berniat haji dan umrah serentak pada bulan-bulan haji, kemudian menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan dengan haji. Umrah pula dikira telah selesai apabila selesai menunaikan haji.
Haji Qiran juga boleh berlaku kepada orang yang berniat umrah dalam bulan–bulan haji tetapi sebelum memulakan tawaf, ia berniat menunaikan haji.

Bagaimana mengerjakan Haji Tamattu’?
OLEH kerana ramai jemaah haji dari Malaysia berniat untuk mengerjakan Haji Tamattu’, Juwie telah meminta penceramah kursus haji dan umrah yang berpengalaman luas iaitu Ustaz Haji Abu Hassan Abdul Wahabmenerangkan cara-cara mengerjakan haji Tamattu’,

Definisi Haji Tamattu’:
BERNIAT umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun yang sama (8 Zulhijah), jemaah akan berniat haji dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji.

Cara mengerjakan Haji Tamattu’:
(1). MENGERJAKAN UMRAH
RUKUN UMRAH ialah pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan umrah… jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak, maka tidak sah umrahnya.
Rukun Umrah itu ada lima perkara: Pertama – niat, kedua – tawaf, ketiga – saie, keempat – bercukur atau bergunting rambut dan kelima – tertib pada kesemua rukun.
Sebelum berniat ihram umrah, jemaah disunatkan mandi sunat ihram dengan niat: “Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta’ala.”
Jemaah juga disunatkan memotong kuku, merapikan janggut, misai serta mencabut bulu-bulu ketiak dan ari-ari.
Selepas mandi sunat ihram, pakailah pakaian ihram dan disunatkan berwarna putih. Dirikan solat sunat ihram dua rakaat.
A. BERNIAT UMRAH (rukun)
Selepas solat sunat ihram, jemaah bolehlah berniat ihram umrah. Syarak memberi pilihan kepada jemaah sama ada hendak berniat ihram di Miqat atau sebelum Miqat iaitu di Zulhulaifah (kawasan Masjid Bir Ali) bagi jemaah yang memasuki Mekah dari Madinah dan di Qarn-al Manazil, bagi mereka yang memasuki Mekah dari tanah air.
Niat umrah ialah:
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”
Para jemaah disunatkan memperbanyakkan ucapan talbiah setelah berniat ihram umrah. Ucapan talbiah ini diulang-ulang dan tempoh berakhirnya talbiah apabila jemaah memulakan tawaf.
01122009900
SUASANA JEMAAH HAJI DI DATARAN KAABAH.
B. TAWAF (rukun)
Tawaf bermaksud, mengelilingi Kaabah mengikut syarat-syaratnya. Tawaf adalah rukun umrah yang kedua selepas niat.
Lafaz niat tawaf umrah ialah: “Ya Allah, aku berniat melakukan tawaf Baitullahil Haram tujuh kali keliling tawaf umrah kerana Allah Ta’ala, maka permudahkanlah bagiku dan terimalah amalan daripadaku.”
Di antara syarat-syarat sah tawaf ialah:
  • Dimulakan dari penjuru Hajarulaswad dan berakhir di tempat yang sama.
  • Berjalan ke hadapan dan bahu kiri sentiasa mengiring ke Kaabah.
  • Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
  • Menutup aurat.
  • Dilakukan di dalam Masjidilharam.
  • Mengekalkan niat tawaf.
Di antara sunat-sunat tawaf ialah:
  • Berjalan kaki, berittiba’, berlari-lari anak (ramal) pada tiga pusingan pertama dan berturut-turut tujuh pusingan tawaf.
Berhubung dengan bacaan doa, tidak ada bacaan yang khusus. Berzikir pun boleh.
Apabila selesai ibadat tawaf, jemaah boleh solat sunat tawaf sama ada dimakam Ibrahim, Multazam, Hijir Ismail atau dimana-mana di dalam Masjidilharam.
01122009914
SUASANA JEMAAH HAJI DI KAWASAN SAIE DI DALAM MASJIDILHARAM.
C. SAIE (rukun)
Saie bermaksud berulang-alik (tujuh kali) di antara Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Dilaksanakan sejurus selepas mengerjakan tawaf.
Saie dilakukan di Masaa’ (tempat saie).
Di antara syarat-syarat Saie ialah:
  • Setelah sempurna tawaf.
  • Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
  • Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
  • Melakukannya di tempat yang termaklum dan mengekalkan niat saie.
Lafaz niat saie umrah ialah: “Ya Allah, ya Tuhanku, sahaja aku saie di antara Safa dan Marwah tujuh kali saie umrah kerana Allah Ta’ala.”
Di antara sunat-sunat dalam ibadat saie ialah:
  • Naik ke hujung batu-batu bukit (yang kini sudah diratakan), dilakukan saie berturut-turut dan berlari-lari anak di antara dua dua tiang lampu hijau.
D. BERCUKUR (bagi lelaki) ATAU BERGUNTING RAMBUT BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN (rukun)
Untuk membebaskan diri daripada larangan ihram, jemaah hendaklah bertahallul. Bagi tujuan tahallul umrah, diwajibkan mengunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai. Sunat dilakukan di Bukit Marwah yang afdalnya bagi lelaki bercukur dan bagi wanita bergunting rambut.
E. TERTIB (rukun)
Tertib pada ibadat umrah ialah tertib dalam melaksanakan semua rukun, iaitu melaksanakan satu persatu mengikut susunan.
Sementara menanti Hari Wukuf, jemaah digalakkan untuk mengerjakan umrah sunat, mengikut kemampuan masing-masing.
2611200973026112009772
SUASANA JEMAAH HAJI PADA HARI WUKUF DI ARAFAH.
(2). MENGERJAKAN HAJI
PADA 8 Zulhijah yang disebut juga Hari Tarwiyah, jemaah akan berangkat ke Arafah. Sebelum bertolak ke Arafah, jemaah diingatkan supaya melakukan perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram haji, iaitu seperti mandi sunat ihram dan solat sunat ihram.
A. NIAT IHRAM HAJI (rukun)
Jemaah hendaklah berniat ihram haji. Ia boleh dilakukan dimana-mana di Kota Mekah, yang afdalnya berniat ihram di pintu gerbang hotel penginapan.
Niat di dalam hati: “Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”
B. WUKUF (rukun)
Pada 9 Zulhijah, setelah gelincir matahari (masuk waktu zuhur), maka masuklah waktu wukuf. Berakhirnya waktu wukuf setelah terbit fajar subuh, pada 10 Zulhijah.
Wukuf bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dan dalam sebarang keadaan. Yang afdalnya berwukuf sebahagian daripadasiang hari 9 Zulhijah dan sebahagian daripada malam 10 Zulhijah.
Di antara syarat sah wukuf ialah:
  • Telah berihram dengan niat haji.
  • Seorang ahli ibadat (tidak gila, tidak mabuk dan tidak hilang akal sepanjang masa).
  • Berada di bumi Arafah walau seketika, dalam waktu wukuf.
Amalan-amalan sunat seperti bertalbiah, berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan solat-solat sunat.
2711200980827112009807
SUASANA JEMAAH HAJI MABIT (BERMALAM DI MUZDALIFAH TAHUN LALU.
C. MABIT (bermalam) DI MUZDALIFAH (wajib)
Pada kebiasaannya selepas solat Isyak, jemaah akan bertolak secara berperingkat-peringkat dari Arafah menuju ke Muzdalifah untuk bermabit.
Waktu mabit bermula dari selepas separuh malam 10 Zulhijah. Berada seketika pada masa tersebut dikira telah memadai dan tertunailah kewajipan bermabit di Muzdalifah
Yang afdalnya berada di Muzdalifah sepanjang malam hingga terbit fajar.
Disunatkan mengutip tujuh biji anak batu untuk melontar di Jamrah Kubra, bagi tujuan menghasilkan Tahallul Awwal.
Sebanyak 63 biji batu lagi untuk melontar di tiga jamrah pada hari-hari Tasriq (11,12, dan 13 zulhijah) bolehlah dikutip di Mina.
2811200983830112009891
JEMAAH HAJI BERBARIS UNTUK PERGI MELONTAR JAMRAH DI MINA.
D. MELONTAR JAMRAH KUBRA (wajib)
Masuk waktu melontar Jamrah Kubra, adalah bermula selepas separuh malam 10 Zulhijah dan berakhirnya waktu melontar adalah sebelum terbenam matahari pada 13 Zulhijah.
E. BERCUKUR / BERGUNTING RAMBUT (rukun)
Selepas melontar tujuh biji anak batu di Jamrah Kubra pada pagi 10 Zulhijah (Hari Nahar), kemudian bercukur atau bergunting rambut di kepala, sekurang-kurangnya tiga helai, maka terlaksanalah Tahallul Awwal (melakukan dua daripada tiga perkara). Tiga perkara yang dimaksudkan ialah: Pertama – melontar di Jamrah Kubra, kedua – bercukur atau bergunting rambut dan ketiga – tawaf dan saie.
F. MABIT (bermalam) DI MINA (wajib)
Mabit di Mina bermaksud bermalam di Mina lebih daripada separuh malam pada 11,12 dan 13 Zulhijah.
G. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH (wajib)
Melontar di ketiga-tiga Jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Kubra (dahulu dikenali Aqaba) pada hari-hari Tasyrik (11,12, dan 13 Zulhijah) adalah wajib haji. Sekiranya uzur syarie, boleh mewakilkan kepada orang lain dengan syarat:
  • Uzur yang tiada harapan sembuh.
  • Orang yang menerima wakil, telah sempurna melontar ketiga-tiga jamrah bagi dirinya pada hari itu.
  • Pulang ke Mekah pada 13 Zulhijah dinamakan Nafar Thani setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Telah sempurna bermalam selama tiga malam berturut-turut pada 11, 12, dan 13 Zulhijah.
  • Telah melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra, Wusta dan Kubra) dengan sempurna (63 biji batu) pada 11, 12, dan 13 Zulhijah.
H. TAWAF (rukun)
Cara mengerjakan tawaf haji, sama seperti mengerjakan tawaf umrah.
Bagi mereka yang akan pulang dengan penerbangan awal, khususnya wanita yang dikhuatiri akan didatangi haid, hendaklah bersegera mengerjakan tawaf dan saie.
Kaedah tertib pada kebanyakan rukun adalah sesuai bagi tujuan merealisasikan hasrat tersebut.
01122009909
SUASANA DI KAWASAN SAIE DI DALAM MASJIDILHARAM TAHUN LALU.
I. SAIE (rukun)
Apabila telah selesai tawaf haji, hendaklah mengerjakan saie haji. Caranya juga adalah sama seperti dengan saie umrah.
Dengan selesainya ibadat saie bermakna terhasillah Tahallul Thani, kerana telah melakukan ketiga-tiga perkara iaitu:
  • Melontar Jamrah Kubra.
  • Bercukur/bergunting.
  • Tawaf dan saie.
J. TERTIB PADA KEBANYAKKAN RUKUN
Bermaksud rukun-rukun Haji Tamattu’ hendaklah dilakukan mengikut tertib atau ikut susunan cara mengerjakannya:
Pertama – niatkedua – wukufketiga – bercukur atau bergunting rambutkeempat – tawaf haji dan kelima – saie haji.
Ataupun: Pertama – niatkedua – wukufketiga – tawaf hajikeempat –saie haji dan kelima – bercukur atau bergunting rambut.
CARA (1)CARA (2)
1. Niat
2. Wukuf
3.Bercukur atau bergunting
4. Tawaf Haji
5. Saie Haji
1. Niat
2. Wukuf
3. Tawaf Haji
4. Saie Haji
5. Bercukur atau Bergunting
 
Dengan ini, selesailah cara-cara mengerjakan haji mengikut kaedah Tamattu’. Iaitu mengerjakan ibadat umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, kemudian mengerjakan ibadat haji pada tahun yang sama.
Semoga para jemaah mendapat kemudahan bantuan Allah bagi menyempurnakan ibadat haji yang mabrur, amin.
IMG_0562
GAMBAR HIASAN: JEMAAH KELUAR DARI MASJID NABAWI, MADINA

Saturday, 1 June 2013

Shahih Bukhari (Kitab Permulaan Turunnya Wahyu)


Shahih Bukhari
-Imam Bukhari-
       
Kitab Permulaan Turunnya Wahyu
Bab 1: Bagaimana Permulaan Turunnya Wahyu kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya."
l. Dari Alqamah bin Waqash al-Laitsi, ia berkata, "Saya mendengar Umar ibnul Khaththab رضي الله عنه (berpidato 8/59) di atas mimbar, 'Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, '(Wahai manusia), sesungguhnya amal-amal itu hanyalah dengan niatnya (dalam satu riwayat: amal itu dengan niat 6/118) dan bagi setiap orang hanyalah sesuatu yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya (kepada Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya. Dan, barangsiapa yang hijrahnya 1/20) kepada dunia, maka ia akan mendapatkannya. Atau, kepada wanita yang akan dinikahinya (dalam riwayat lain: mengawininya 3/119), maka hijrahnya itu kepada sesuatu yang karenanya ia hijrah."

2. Aisyah رضي الله عنها mengatakan bahwa Harits bin Hisyam رضي الله عنه bertanya kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم, "Wahai Rasulullah, bagaimana datangnya wahyu kepada engkau?" Rasulullah صلی الله عليه وسلم menjawab, "Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku bagaikan gemerincingnya lonceng, dan itulah yang paling berat atasku. Lalu, terputus padaku dan saya telah hafal darinya tentang apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat berubah rupa sebagai seorang laki-laki datang kepadaku, lalu ia berbicara kepadaku, maka saya hafal apa yang dikatakannya." Aisyah رضي الله عنها berkata, "Sungguh saya melihat beliau ketika turun wahyu kepada beliau pada hari yang sangat dingin dan wahyu itu terputus dari beliau sedang dahi beliau mengalirkan keringat"
 
3. Aisyah رضي الله عنها berkata, "[Adalah 6/871] yang pertama (dari wahyu) kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم adalah mimpi yang baik di dalam tidur. Beliau tidak pernah bermimpi melainkan akan menjadi kenyataan seperti merekahnya cahaya subuh. Kemudian beliau gemar bersunyi. Beliau sering bersunyi di Gua Hira. Beliau beribadah di sana, yakni beribadah beberapa malam sebelum rindu kepada keluarga beliau, dan mengambil bekal untuk itu. Kemudian beliau pulang kepada Khadijah. Beliau mengambil bekal seperti biasanya sehingga datanglah kepadanya (dalam riwayat lain disebutkan: maka datanglah kepadanya) kebenaran. Ketika beliau ada di Gua Hira, datanglah malaikat (dalam nomor 8/67) seraya berkata, 'Bacalah!' Beliau berkata, 'Sungguh saya tidak dapat membaca. Ia mengambil dan mendekap saya sehingga saya lelah. Kemudian ia melepaskan saya, lalu ia berkata, 'Bacalah!' Maka, saya berkata, 'Sungguh saya tidak dapat membaca:' Lalu ia mengambil dan mendekap saya yang kedua kalinya, kemudian ia melepaskan saya, lalu ia berkata, 'Bacalah!' Maka, saya berkata, 'Sungguh saya tidak bisa membaca' Lalu ia mengambil dan mendekap saya yang ketiga kalinya, kemudian ia melepaskan saya. Lalu ia membacakan, "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min'alaq. Iqra' warabbukal akram. Alladzii 'allama bil qalam. 'Allamal insaana maa lam ya'lam. 'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم pulang dengan membawa ayat itu dengan perasaan hati yang goncang (dalam satu riwayat: dengan tubuh gemetar). Lalu, beliau masuk menemui Khadijah binti Khuwailid, lantas beliau bersabda, 'Selimutilah saya, selimutilah saya!' Maka, mereka menyelimuti beliau sehingga keterkejutan beliau hilang. Beliau bersabda dan menceritakan kisah itu kepada Khadijah, 'Sungguh saya takut atas diriku.' Lalu Khadijah berkata kepada beliau, 'Jangan takut (bergembiralah, maka) demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan engkau selamanya. (Maka demi Allah), sesungguhnya engkau suka menyambung persaudaraan (dan berkata benar), menanggung beban dan berusaha membantu orang yang tidak punya, memuliakan tamu, dan menolong penegak kebenaran.' Kemudian Khadijah membawa beliau pergi kepada Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza (bin Qushai, dan dia adalah) anak paman Khadijah. Ia (Waraqah) adalah seorang yang memeluk agama Nasrani pada zaman jahiliah. Ia dapat menulis tulisan Ibrani, dan ia menulis Injil dengan bahasa Ibrani (dalam satu riwayat: kitab berbahasa Arab. dan dia menulis Injil dengan bahasa Arab) akan apa yang dikehendaki Allah untuk ditulisnya. Ia seorang yang sudah sangat tua dan tunanetra. Khadijah berkata, Wahai putra pamanku, dengarkanlah putra saudaramu!' Lalu Waraqah berkata kepada beliau, Wahai putra saudaraku, apakah yang engkau lihat?' Lantas Rasulullah saw: menceritakan kepadanya tentang apa yang beliau lihat. Lalu Waraqah berkata kepada beliau, 'Ini adalah wahyu yang diturunkan Allah kepada Musa! Wahai sekiranya saya masih muda, sekiranya saya masih hidup ketika kaummu mengusirmu....' Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم bertanya, 'Apakah mereka akan mengusir saya?' Waraqah menjawab, 'Ya, belum pernah datang seorang laki-laki yang (membawa seperti apa yang engkau bawa kecuali ia ditolak (dalam satu riwayat: disakiti / diganggu). Jika saya masih menjumpai masamu, maka saya akan menolongmu dengan pertolongan yang tangguh.' Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dan wahyu pun bersela, [sehingga Nabi صلی الله عليه وسلم bersedih hati karenanya - menurut riwayat yang sampai kepada kami[1] - dengan kesedihan yang amat dalam yang karenanya berkali-kali beliau pergi ke puncak-puncak gunung untuk menjatuhkan diri dari sana. Maka, setiap kali beliau sudah sampai di puncak dan hendak menjatuhkan dirinya, Malaikat Jibril menampakkan diri kepada beliau seraya berkata, 'Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah Rasul Allah yang sebenarnya.' Dengan demikian, tenanglah hatinya dan mantaplah jiwanya. Kemudian beliau kembali pulang. Apabila dalam masa yang lama tidak turun wahyu, maka beliau pergi ke gunung seperti itu lagi. Kemudian setelah sampai di puncak, maka Malaikat Jibril menampakkan diri kepada beliau seraya berkata seperti yang dikatakannya pada peristiwa yang lalu - 6/68]." [Namus (yang di sini diterjemahkan dengan Malaikat Jibril) ialah yang mengetahui rahasia sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain 124/4].


4. Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata, "Rasulullah صلی الله عليه وسلم adalah orang yang paling suka berderma [dalam kebaikan 2/228], dan paling berdermanya beliau adalah pada bulan Ramadhan ketika Jibril menjumpai beliau. Ia menjumpai beliau pada setiap malam dari [bulan 6/102] Ramadhan [sampai habis bulan itu], lalu Jibril bertadarus Al-Qur'an dengan beliau. Sungguh Rasulullah صلی الله عليه وسلم adalah [ketika bertemu Jibril - 4/81] lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang dilepas."

[1] Saya (Al-Albani) berkata, "Yang berkata, 'Menurut riwayat yang sampai kepada kami" adalah Ibnu Syihab az-Zuhri, perawi asli hadits ini dari Urwah bin Zubair dari Aisyah. Maka, perkataannya ini memberi kesan bahwa tambahan ini tidak menurut syarat Shahih Bukhari, karena ini dari penyampaian az-Zuhri sendiri, sehingga tidak maushul, sebagaimana dikatakan oleh al-Hafizh dalam Fathul Bari. Karena itu, harap diperhatikan!"
Sumber: Ringkasan Shahih Bukhari - M. Nashiruddin Al-Albani - Gema Insani Press (HaditsWeb)

Sunday, 16 December 2012

Keliru

"Allah tahu bukan?" tiba-tiba saja Diana bertanya. Aku melihat disekeliling. Selain aku, Tasha dan Antonia yang ada. Rupa rupanya soalan itu di tuju kepada ku.

"Maha Mengetahui", jawab ku. Dalam benak fikiran ku, aku tidak faham yang tersirat dari pertanyaan itu.

"Apa maksud kamu"?, aku cuba memancing permasaalahan Diana dengan pertanyaan.

"Begini, katanya. Allah mengetahui apa yang kita pilih bukan".

"Ya betul, Maha mengetahui balas ku. Tapi aku tidak faham apa yang kamu maksudkan"?

"Ok aku beri contoh, katanya. Andaikata dulu aku mempunyai tiga orang teman lelaki..." Belum habis Diana bercerita aku menyampuk.

"Wow hebatnya engkau." membuat Diana hampir hampir tidak mahu meneruskan ceritanya.

 Begitulah sikap kebanyakan daripada kita, suka menyampuk, walau pun tujuan hanya untuk bergurau, namun belum tentu teman kita suka dengan gurauwan kita. Peringtan yang baik untuk aku.

"Ah, aku gurau aje,"kata ku memberi alasan. Diana terus menyambung ceritanya.

"Maksud ku begini, ketiga tiga teman lelaki ku itu aku anggap baik. Aku ketagori kan mereka  A, B dan C, namun demikian aku pilih yang C. Sehingga sekarang telah menjadi suami ku yang sah."

"Dan itu pilihan kamu yang terbaik bukan?" Tanya ku.

"Ya yang terbaik diantara ketiga-tiganya." Jawab Diana.

"Dan Allah tahu bukan?" Soalan itu lagi.

Aku jadi binggung lagi dengan soalannya. Ianya diakiri dengan ungkapan Allah tahu bukan. Dia cuma ingin memberi tahu aku bahawa Allah tahu pilihannya. Munngkin itu maksudnya.  Berulang  kali aku cuba mendapat bayangan dari permasaalahannya, setiap kali itu juga dia katakan Allah tahu bukan.

Lalu aku mengambil kesempulan, sebenarnya dia keliru. Keliru dalam memahami erti Allah Maha Mengetahui. Ini bukan masaalah remeh, ianya berkaitan dengan akidah.

"Al'Alim" (Yang Maha Mengetahui)
Dia-lah Zat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu sesuai dengan keadaan yang sebenarnya. Dia mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku, yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, sejak azalinya. Pengetauan-nya sangat luas dan jelas, sehingga tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan-nya.

"Begini Diana, aku tidak mahu tahu apa yang tersirat didalam persoalan kamu tentang Allah tahu, cuma pinta ku, kamu dengar dan teliti apa yang akan aku unggkapkan ini." Kata ku padanya.

"Kita sebagai orang islam wajib mempercayai rukun iman, salah satu daripadanya adalah Qadha dan Qadar. Jodoh adalah satu daripada qadha dan qadar daripada allah. Tapi harus kamu ingat, jangan jadikan Allah tahu itu tiket untuk kamu membela dan melepaskan diri dari kesalahan sendiri. Setiap yang baik dari Allah dan yang jahat itu dari perbuatan kita sendiri dengan izinnya juga. Jangan kita salahkan Allah andai pilihan itu tidak membahagiakan kita. Kita punya ikhtiar dan akal, gunakan lah sebaik mungkin dan sekali lagi aku ingat kan yang baik dari Allah dan yang jahat itu daripada kita sendiri". aku cuba menyakin kan Diana.

"Allah tahu bukan"? Diana mengulangi soalan yang sama.

"Diana telebih dahulu aku meminta maaf andai kata kenyataan ku ini tidak tepat". kata ku padanya.

"Jangan salahkan Allah diatas permilihan kita sendiri, Bukan bererti Allah tahu itu, Allah telah tetapkan Qadar kita. Kita punya akal punya ikhtiar". Agak keras suaraku.

Diana diam sahaja. Ada kalanya tejadi perdebatan yang hangat diantar kami berdua, masing masing mempertahankan kebenaran. Sekali sekala Tasha dan Antonia menoleh kami berdua. Aku cuba menenang kan keadaan. Muka Diana kelihatan merah padam, mungkin marah. Suara aku mulai meninggi. Lantas aku sedar. Aku cepat cepat merendahkan nada suara ku.

"Diana, andai kata ada racun dihadapan kamu sekarang, aku suruh kamu minum adakah kamu akan meminumnya?" Tanya ku pada Diana. Diana hanya diam.

Aku sengaja meninggalkan Diana dengan soalan itu untuk dia berfikir, atau mungkin membuka pintu hatinya untuk bertanya pada yang lebih arif.

Namun sebagai seorang teman seagama aku doa kan semuga Diana diberi taufik dan hidayah dan aku rasa bersyukur kerana dengan permasaalahan itu telah membuka pintu hati ku untuk mengulang kaji dan mentelaah Kitab Tauhid. Semuga Allah memberi taufik dan hidayahnya kepada kita semua. Aamiin.

Qadha ertinya PENENTUAN atau KEPUTUSAN yang telah sedia di-buat oleh Allah s.w.t. di-AZAL bagi setiap yang akan ada atau yang akan berlaku. AZAL ertinya ialah masa silam yang tidak ada permulaan baginya.

QADHA' itu ialah Allah telah menentukan di azal segala-gala yang akan ada atau yang akan berlaku.

Dan QADAR pula ertinya ialah PERLAKSANAAN Qadar' itu, iaitu segala-gala yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. di azal itu pasti akan ada atau akan berlaku dengan tepat dan tidak boleh tidak.

Perlu di ingat pengertian dan permahaman  sesuatu perkataan itu mesti tepat dan betul. Apa yang selalu membuat kita salah pengeritian dan faham adalah kerana kita tidak mahu memahami yang tersurat dan tersirat. Ini sangat membahaya. Lebih lebih lagi dalam soal akidah.

Sebagai orang Islam kita perlu mengetahui dan memahami hakikat Qadha' dan Qadar, untuk mengelakan daripada kemalasan dan kecuaian dalam mejalankan kehidupan yang boleh membawa kepada kemunduran dan kesempitan hidup.

Banyak orang Islam yang salah faham terhadap hakikat Qadha' dan Qadar ini lalu mereka berkata: "Apa faedah berusaha? Kalau Allah sudah menentukan di azali bahawa kita akan miskin, walau bagaimana pun kita berusaha, tentulah kita miskin juga,"

Samalah seperti permahami kita tentang Allah Maha Megetahui. Apa sahaja yang kita buat Allah sudah tahu sudah tercatik sejak azali, itu bukan salah kita. Nauzubillahminzalik.

Disini bukan lah aku hendak menghuraikan permasaalahan Qadha' dan Qadar,  tidak layak bagi aku untuk menghuraikannya dengan panjang lebar, cuma aku ingin mengingati diri ku dan teman-teman, agar mengetahui dan memahami setiap perkataan yang tersurat dan tersirat, agar aku dan kamu tidak salah pengertian maksudnya. Semuga bermanfaat.














Sunday, 9 December 2012

Anak Angkat

Rasidah menangis teresak esak dikamarnya. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa selama ini dia cuma menumpang kasih.

"Ya allah, ampuni dosa ku, aku redha atas segala qadak dan kadar mu, namun aku tidak mampu menerima kenyataan ini. Kenapa selama ini mereka merahasiakan segala-galanya kepada ku, kenapa?". Rasidah bertanya. Pertanyaan yang sudah terjawab.

Rasidah tidak menyesal dia seorang anak angkat, tetapi kenapakah dihari kebahgiaan ini ianya terungkap. Selama ini susuk tubuh manusia yang dianggapnya sebagai ayah kandungnya adalah orang lain. Orang yang tidak boleh menjadi wali dihari pernikahannya. Setiap sentuhannya membatalkan wuduk.

Rasidah adalah seorang guru. Cikgu Rasidah nama glamornya. Sejak peristiwa itu Rasidah tidak mesra seperti dulu. Telah terbina jurang kemesraan diantara ayah angkatnya dan dia. Bukan kerana dendam dan bukan jua kerana benci. Kerana dia tahu batas hukum. Halal dan haram. Kini yang ada, hanyalah rasa hormat. Hormat seorang anak kepada seorang ayah. Tiada lagi pelukan seperti dulu, apa lagi ciuman.

Apakah ada rasa bersalah atau berdosa dipihak sang ayah angkat? Usahlah kita nak tepuk dada dan nak tanya selera, itu semua perbuatan bodoh dan jahil. Al-Quran dan Hadith ada, kembalilah kejalan yang lurus.

 Menurut Islam mengambil anak angkat dan memeliharanya adalah harus, tetapi mengakuinya sebagai anak sendiri dengan dibinkan atau dibintikan anak itu kepada si ayah angkat adalah haram.

Dalilnya: Firman Allah s w t menerusi Surah Al-Ahzab ayat 4 dan 5:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ (4) ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ"
ertinya: "Dan Allah tiada menjadikan anak angkatmu itu menjadi anakmu.. Panggillah mereka menurut nama bapanya; hal itu lebih adil di sisi Allah. Kalau kamu tiada mengetahui bapanya maka mereka itu menjadi saudara kamu dalam Islam dan menjadi anak angkat."

Rasulullah s a w bersabda menerusi Hadisnya yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar maka ia dilaknati oleh Allah."

Dan sebuah lagi Hadis yang bermaksud : "Orang-orang yang berbin/binti-kan orang yang bukan bapanya yang sebenarnya maka ia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."

Ayat dan Hadis tersebut telah menyokong bahawa perbuatan mengebin/membintikan seseorang yang bukan ayahnya adalah haram.


Maka sama-samalah kita renongkan.

Thursday, 29 November 2012

Maruah

Kemenangan Harimau Malaya semalam telah menafikan segala tomahan penyokong yang tidak setia (season supporter). Sebagai rayat Malaysia yang mencintai bangsa dan negara tidak seharusnya lekas melatah. Kenyataan aku ini bukanlah berdasarkan kemenangan Harimau Malaya semalam dan bukan juga kerana emosinal, kerana penentuan Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingn seterusnya adalah pada malam Sabtu ini.

Sememangnya kita sebagai penyokong Harimau Malaya mahukan kemenangan, kalau kalah pun kalah bermaruah. Namun pun demikian aku tidak menyalahkan seratus peratus kemarahan penyokong Harimau Malaya ketika menentang Singapura. Kekalahan 3 gol digelanggang sendiri amat memalukan. Bagi aku,seandainya Harimau Malaya dapat menjaringkan satu gol digawang Singapura pada malam itu tentu kemarahan itu tidaklah membuakbuak. Penyokong mahukan jaringan walau sekadar satu, sekurangkurangnya kita membalas bukan diperbudakkan. Harimau Malaya pada malam itu betul betul macam harimau hilang kuku.

Kenyataan aku ini bukanlah sesuatu yang mutklak, sesiapa saja boleh memberi kenyaatan asalakan ianya membangun, dan dari sudut pandangan ku, mesti ada pro dan kontra dari pihak penyokong, kalau tidak suram dan muramlah sukan bolasepak di negara kita ini. Akhir kalam dari kata ku ini, Harimau Malaya selamanya.

Sunday, 25 November 2012

Jangan tunggu orang

Terlihat gambar ini membuat aku teringat kenyaataan seorang budak yang sering aku jumpa. Setiap kali perjumpaan kami ada sahaja yang dia nak tahu dan nak diberi tahu.

Seperti biasa perjumpaan kami, dia terus menghampiri aku dan dengan spontan terus memula kan ceritanya.

"Saya ni susahlah, takda orang nak bawa salat kat rumah." dia memulakan cerita.

"Bapa dan Umie kamu tak salat kah? Tanya ku.

"Tak." Jawabnya selamba, kita selalu tunggu umie untuk bawa kita salat tapi tak pernah satu kali pun dia bawa." Penjelasan yang keliru daripadanya.

Yang peliknya, dia tidak sentuh sedikit pun tentang bapanya, seolah olah salat itu cuma untuk dia dan umienya sahaja. Untuk tidak mencari aib dalaman keluarga ini, aku cuma beri nasihat pada budak ini.

Begini, kata ku padanya, disekolah kamu telah diajari cara-cara mengerjakan salat bukan. Tidak perlulah kamu tunggu Umie kamu nak bawa kamu salat. Sebagai seorang budak lelaki kamu yang patut jadi imam kepada umie kamu. Jika kamu takut umie kamu marah, kalau kamu ajak dia salat, kamu dirikanlah salat sendirian. Mendirikan salat adalah kewajipan sebagai orang islam, sama ada suka atau tidak. Nanti diakhirat yang pertama sekali di soal adalah tentang salat kita.

Cerita kami berdua terputus begitu saja, kerana ada hamba hamba allah yang lain yang datang menyampuk dengan topik lain. Sebelum dia beredar aku sempat memberi kata isarat, JANGAN TUNGGU ORANG. Aku harap dia memahami isarat ku.

Sebenarnya dari kisah itu allah mendidik aku...astafiruillahalazim...mendidik aku dari kelemah kelemah yang tidak aku sedari.....Alhamdullilah.

Misai berdiri tegak

Lawak ke dak. Ada seorang permuda yang cacat pada sebelah bibir atasnya, alias sumbinglah tu. Pada satu hari ketika dia melihat dirinya di cermin ajiabnya, dia terperasaan ada kekurangan pada dirinya ia itu pada bibir atasnya. Lawak ke dak.

Rupa rupanya selama ini dia tidak terperasaan ada kecacatan pada bibir atasnya alias sumbing. Dia menyentuh dan meraba bibir atasnya.

"O mak ai, bila bibir atas ku ni terluka." Bisiknya dalam hati.

Tiba tiba kedengaran ada suara yang berteriakan. "Woi itu bukan lukalah, SUMBINGLAH ada faham kah bangang betul!" Suara itu terus menghilang.

Permuda itu tersenyum, senyuman yang tak menjadi, kalau jadi pun orang lain fikir itu bukan senyuman. Lawak ke dak.

"Ini tak boleh jadi." Bisik hatinya. Almaklum, bibirnya cacat, dia asik berbisik mengunakan hatinya saja. Permuda itu kebingungan, Apa kah benar bibirnya sumbing, atau suara itu cuba memperlikannya. Direnungnya dalam dalam dicermin ajiabnya pada bibir atasnya sambil jari jemarinya menjelajahi keseluruh bibir atasnya. Terlihat dan terasa olehnya ada satu belahan ditengah tengah bibirnya. "O mak ai, saluran sungei kah ni." Bisik hatinya.

Hatinya berbisik lagi "Mungkin benar kata suara itu, kalau luka tentu ada terasa pedihnya."

Permuda itu mengambil keputusan untuk berjumpa dokor pakar bibir untuk membuat permeriksaan. Hasil dari permeriksaan itu dia didapati positif menghidap penyakit kesumbingan. Doktor pakar bibir memberi cadangan supaya belahan dibibirnya dicantumkan alias pembedahan kulit. Permuda itu pun setuju.

Tampa membuang waktu, permuda itu terus membuat pembedahan kulit keatas bibirnya. Hasil dari pembedahan itu, sempurnalah bibir atas pemuda itu. Tiada lagi belahan kedua, tiada lagi saluran sungai. Dia tersenyum. Kali ini senyumannya menjadi, malah menjadi jadi membuat orang berfikir ini tidak boleh jadi. Lawak ke dak.

Pada satu hari. Hari liburan sipemuda itu pun pergi bersia sia di tepi pantai. Tujuan utamanya adalah nak menunjuknunjukkan senyumannya yang dah menjadi.

Malangnya ada sesuatu pelik terjadi pada misainya. Setiap kali dia tersenyum pada awek awek misainya turut berdiri tegak. Seolah olah misainya itu lebih gairah daripada dirinya.

"Ini tak boleh jadi." Katanya pada diri sendiri. Kini dia tidak berbisik pada hati, almaklum bibir dah sempurna. "Aku mesti berjumpa doktor pakar itu lagi." Katanya."

"Tuan doktor, saya ada satu kemuskilan pada misai saya, setiap kali saya tersenyum pada awek, misai saya akan berdiri tegak. Sebelum permedahan kulit, misai saya ok ok aje. Bolehkah tuan doktor memberi penjelasan." Pintanya.

"O mak ai, saya terlupa  nak bagi tahu awak tempoh hari, sebenarnya semasa pembedahan berjalan saya terambil sedikit kulit kemaluan awak. Mungkin itu penyebabnya misai awak akan berdiri tegak apabila awak melihat atau tesenyum pada awek awek." Kata doktor itu.

"O mak ai, patut pun." Kata pemuda itu.





About Me

My photo
Quick tempered,friendly,sometimes talkative.

Followers

Total Pageviews

ads

Search This Blog